Image |
Siapa Usamah Bin Zaid?
Usamah adalah seorang
yang berkulit hitam dan memiliki nama lengkap Usamah bin Zaid bin Haritsah bin
Syurahbil bin Ka'ab bin Abd Al-Uzza Al-Kalbi. Ayahnya adalah Zaid B.
Haritsah, anak angkat Rasulullah saw yang sangat Baginda saw cintai dan ibunya
pula adalah Ummu Aiman, bekas hamba sahaya. Ummu Aimanlah yang menjaga
Baginda saw ketika waktu kecil selepas ibunya wafat. Kerana itu dalam kehidupan
Rasulullah, baginda hampir tidak mengenal ibunda yang mulia selain Ummu Aiman.
Sejak dari kecil,
Usamah sudah diterapkan dengan sifat-sifat mulia sebagai seorang Muslim.
Tarbiyah yang diterima terus dari Rasulullah saw dan juga bapanya Zaid B
Haritsah telah menjadikan Usamah seorang remaja yang begitu menonjol akhlaknya
serta sifat kepimpinannya. Usamah adalah remaja yang sangat mencintai Allah dan
RasulNya (saw)
Usamah mempunyai jiwa
patriotik yang menebal didalam dirinya. Usamah sangat mencintai kebenaran
walaupun cara menegakkannya itu memerlukan pengorbanan yang besar. Usamah mempunyai
sifat yang tegas, berani serta berdisiplin. Maka tidak hairanlah jika Usamah
menjadi tentera Islam disaat usianya baru menginjak REMAJA. SubhanAllah!.
Kita tengok peperangan
yang Usamah sertai,
Ketika Perang Uhud –
Apabila Usamah dapat tahu bahawa Rasulullah saw akan melancarkan perang, maka
Usamah serta sahabat-sahabat seusianya pergi mengadap Rasulullah saw untuk
sama-sama dalam barisan tentera Islam untuk melancarkan jihad. Tetapi
Rasulullah saw telah menolak pemohonan mereka kerana faktor usia mereka yang
masih muda. Maka berlinanglah air mata Usamah kerana kecewa tidak dapat
mengikuti Baginda saw. L
Ketika Perang Khandak –
Kali ini Usama bertekad mahu mengikuti pasukan tentera Islam. Ketika proses
pemilihan oleh Rasulullah saw, Usamah cuba untuk meninggikan badannya supaya
kelihatan sama tinggi dengan orang dewasa dengan harapan supaya Rasulullah saw nampak
bahawa dirinya sudah cukup dewasa untuk menyertai pasukan tentera. J Maka khabar gembira datang.
Rasulullah saw memilihnya untuk bersama barisan tentera Islam. Usamah memegang
pedang untuk ke medan peperangan ini ketika umurnya hanya 15 tahun!.
AllahuAkhbar!
Ketika Perang Hunain –
Pada saat peperangan ini, tentera Islam menjadi kacau bilau dan terdesak hampir
kalah di medan. Tetapi Usamah serta sahabat-sahabatnya yang mulia tetap teguh
berdiri mempertahankan benteng Islam. Sedikit pun mereka tidak takut dan gentar
walaupun pada ketika itu umurnya jauh beza dengan musuh yang lebih dewasa
darinya. Dengan jumlah yang kecil dari tentera Islam, Rasulullah saw berhasil
mengembalikan kekalahan kepada kemenangan untuk pihak Islam.
Ketika Perang Mu’tah –
Ketika perang ini, pasukan tentera Islam diketuai oleh ayahnya, Zaid B
Haritsah. Didalam perang ini juga, Usamah menyaksikan dihadapan matanya sendiri
kesyahidan ayahnya yang dicintai. Namun, sedikit pun tidak melemahkan semangat
Usamah untuk meneruskan perjuangan ayahnya itu. Ketika ini jugalah Usamah
melihat sahabat-sahabat ayahnya syahid seorang demi seorang. Selepas ayahnya
Zaid B Haritsah syahid, panji tentera Islam di angkat oleh Ja’afar B Abi Talib.
Setelah Jaafar syahid, panji Islam di angkat pula oleh Abdullah B. Jarrah
sehingga beliau juga syahid sama ketiga-tiganya. Usamah tetap setia berada di
medan peperangan dibawah pimpinan Khalid Al Walid sehingga pasukan Islam yang sedikit
itu meraih kemenangan akhirnya.
Ketika Tahun kesebelas
Hijrah – Ketika ini, Rasulullah telah mengarahkan Usamah B Zaid sebagai
panglima tentera untuk memerangi tentera Rome. Didalam pasukan tersebut
terdapat sahabat-sahabat yang besar seperti Abu Bakar ra, Umar Al Khattab ra, Khalid
Al Walid ra, Sa’ad B Abi Waqqas ra, Abu Ubaidah B Jarrah ra dan sahabat senior
yang lain. Tetapi, disebabkan ketokohan Usamah sebagai seorang panglima yang
berani sejak dari remaja telah membuatkan Baginda saw memilihnya sebagai
Panglima Islam untuk menentang Rome. Ketika ini usianya belum pun mencecah 20
tahun!. Allahu Allah..
------------------------------
Cerita panjang-panjang
ni, apa yang kita dapat?. Apa ibrah yang boleh diambil?
Kita sebagai remaja
tidak berangan-angankah untuk menjadi seperti Usama Bin Zaid yang gagah berani
untuk agamaNya?
Renungi kata-kata Imam
Ghazali ini;
"Jika mahu
melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah keadaan anak muda hari
ini"
Siapa anak muda itu?.
Siapa anak muda yang dimaksudkan oleh Imam Ghazali ini? Siapa?
Yaa KAMU wahai REMAJA!
Kita sebagai remaja
harus tukar fikiran kita untuk berfikir dengan lebih jauh untuk agama, bangsa
dan negara. Usahlah masih lagi mengambil artis-artis barat sebagai idola. Ambillah
idola seperti Usamah Bin Zaid ini sebagai contoh didalam kehidupanmu.
Apakah yang ada pada
artis-artis barat yang hanya merugikan kita. Tidak sedikitpun memberikan
pengajaran yang baik untuk masa depan kita sebagai pewaris negeri.
Jangan biarkan minda
kita dijajah oleh unsur-unsur negative ini. MERDEKAkan jiwamu. Jadilah insan
yang merdeka jiwanya. Jadilah insan yang menang fikirannya bukan jiwa yang
kalah!
Sebagaimana Usamah ini
berani mempertahankan agamanya seusai remaja, kita juga harus mempunyai azam
seperti itu!.
Kita tidak perlu untuk
angkat senjata M16 atau pedang jenama Samurai untuk berdepan musuh . Cukuplah
angkat senjata kamu untuk belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang
cerah. Tanamkan didalam jiwa bahawa Islam adalah segala-galanya!
“Aku belajar
sungguh-sungguh ni untuk membantu Islam”
“Aku fokus dalam pelajaran
ini adalah untuk Islam”
AllahuAllah.
Lihatlah sekeliling
kamu wahai adik-adikku.
Kawan-kawan kita semua
masih diulit mimpi. Seronok dengan hiburan. Couple sana sini. Belajar ke mana,
aurat kemana. Tidak kira lelaki atau perempuan, masih lagi leka, mimpi, umpama
diri didalam syurga.
Serapkanlah jiwamu
dengan Islam wahai adik-adikku. Kita sebagai remaja inilah harapan untuk agama
Islam kita. Kita seharusnya bangga Islam didalam diri kita. Amalkanlah Islam
dengan sebaiknya. Solat jangan tinggal, tutup aurat dengan sempurna, jauhkan
dari pergaulan lelaki perempuan, kurangkan jalan-jalan membuang masa di
shopping complex. Ingatlah kita ada amanah yang perlu dipenuhi.
Amanah dari ibu bapa
kita.
Jangan kecewakan
mereka.
Jadilah seperti Usamah
Bin Zaid ini.
Remaja yang menjadi
kebanggaan ibu ayahnya.
Ramaja yang berjuang
demi Islam.
Remaja yang MERDEKA
jiwanya.
No comments:
Post a Comment