Saturday, September 14, 2013

Apa yang menyebabkan kamu jauh dari Allah ?





Wahai anak Adam!
Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan,  dan aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu!
[Riwayat Ahmad]

Ia membuatkan jiwa tersentak, mata berlinang.
Semoga kita dijauhkan menjadi golongan yang lupa pada Allah.

Kita kadang terlalu sibuk dengan dunia sehingga lupa akan kewajipan kita kepada Allah. Bukankah Allah yang memberi rezeki kepada kita?.

Kita sibuk mencari rezeki sehingga lupa akan solat, bukankah solat itu telah diwajibkan keatas kita?
Bukankah Allah saja yang memberi rezeki kepada kita?.

Kita sibuk mencari rezeki sehingga lupa solat awal waktu, malah melengah2kannya pula. Bukankah azan memanggil kita “Marilah menunaikan solat, marilah menuju kejayaan”, tapi kita masih sengaja melambat2kan solat. Tetapi peliknya, apabila kita berdoa, kita berharap semoga Allah makbulkan doa kita dengan cepat??!. Sifat apakah ini?

Bukankah Allah saja yang memberi rezeki kepada kita?.

Kita sibuk dengan assignment dan kerja2 kampus sehingga lupa menghadirkan diri ke dalam usrah, bukankah jika kita melapangkan diri didalam majlis2 ilmu, nescaya Allah akan melapangkan urusanmu?.

"Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu…” [58 : 11]

Bukankah hanya Allah yang memberi rezeki kepada kita?

Kita terlalu leka dengan trend semasa sehingga lupa menutup aurat dengan sempurna. Walhal Allah telah mewajibkanmu untuk menutup aurat. Mengapa kita buat endah dengan larangan Allah?. Bukankah hanya Allah yang memberi rezeki kepada kita?

“.. dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka… “ [24 : 31]

Kembalilah kepada Allah. Laksanakan segala suruhanNya. Kita tidak mahu menjadi golongan yang terugi. Lapangkan masa untuk beribadat kepada Allah. Apa lagi yang kita mahukan selain mendapat redhaNya.

Allah sedang menantimu wahai sahabatku.


No comments:

Related Posts with Thumbnails