Tuesday, October 22, 2013

Sungguh ia bukan permainan








Ketika mula-mula disapa tarbiyah dahulu, seperti biasa kakak usrah tu datang bilik saya untuk adakan taklim. Masa tu saya sangat nerd. Tak tahu apa-apa. Ikut je. Ditakdirkan kakak usrah saya terjumpa dengan sahabat saya masa tu (sekarang akhwat ). Rupanya mereka kenal satu sama lain. Mereka bebual berdua, maklum kawan lamakan. Lepas habis usrah, mereka berdua berbual tentang perihal tarbiyah, usrah dan lain-lain. Masa tu, saya memang betul-betul nerd dan hanya dengar je apa mereka bualkan. Saya tak campur perbualan mereka sebab mana faham sangatkan bahasa orang2 tarbiyah ni hehe. Dengar je la. Tapi bila mereka berbual topik keluar masuk tarbiyah ni dengan serius, saya pun mencelah sibuk bertanya..

 “Tak boleh ke keluar masuk tarbiyah?. Kejap nak kejap tak nak?”

Kakak tu reply,

“Mana boleh!. Ingat tarbiyah ni buat kerja main2 ke?”

“OoOoOoOo gitu..” saya balas dengan selambernya.

Ia kisah 6 tahun lepas.

Pentingnya tarbiyah

Sekarang baru saya faham mengapa tarbiyah itu penting. Ia membuatkan hidup saya lebih bermakna. Banyak benda yang saya belajar. Dari sekecil perkara hingga sebesar perkara. Dari seorang yang jauh dari Allah sehingga ia kenal siapa itu Allah. Rupanya sebagai seorang Muslim ia tidak cukup hanya solat, puasa dan lain-lain. Rupa-rupanya ada tanggungjawap yang lebih besar.

Semua ini saya dapat dari tarbiyah!

Dari situ saya faham bahawa saya perlu ajak kawan-kawan sekitar saya untuk sama-sama dengan tarbiyah ini. Ia disebut dakwah. Sungguh ohsem kerja ini

Wasilah Tarbiyah

Usrah, Daurah, Katibah, Nadwah, Muktamar, Rehlah, Mukhayyam adalah wasilah Tarbiyah. Amat rugi jika tidak hadir kerana dari sini saya dapat mempertajamkan permahaman tentang dakwah dan tarbiyah.

Saya diajar untuk mengutamakan wasilah-wasilah tarbiyah ini. Jika murobbiyah mesej saya dan katakan ada usrah pada tarikh sekian-sekian, maka saya harus kosongkan waktu tersebut. Jika perlu ke daurah, saya  kosongkan tarikh tersebut. Jika ada Seminar yang murobbiyah suruh pergi, maka saya wajib kosongkan tarikh tersebut. Saya akan cuba sedaya upaya untuk hadirkan diri untuk itu. Kerana ia sangat penting untuk tarbiyah diri saya. Ia dapat menambahkan kefahaman. Bukan suka-suka murobbiyah suruh pergi kan.

Pernah saja hari-hari tersebut bertembung dengan perancangan yang lain. Kadang ada janji dengan kawan, kadang mak ajak pergi Gaint, kadang itu kadang ini, tapi boleh je adjust masa jalan tu. Cuma kita je nak ke tak nak. Kalau dah memang tak nak pergi tu, macam-macam alasan diberi. Mak tak bagilah, kawan merajuklah, kucing tak makan la last-last yang tak faham-fahamnya kitalah. Yang ruginya kitalah. Yang menjauh dengan tarbiyah tu kitalah. Diri sendiri!.

Pernah juga tarikh-tarikh program tersebut bertembung dengan waktu exam. Selalunya kalau exam, murobbiyah akan beri pengecualian. Pergilah exam. Tapi jika minggunya depan exam, minta pergi program hari ini, tapi tak pergi sebab exam minggu depan, agak janggal disitu.

Kita kurang yakin dengan pertolongan Allah.

“Jika kalian menolong (agama) Allah, niscaya Allah akan menolong kalian, dan mengukuhkan kaki-kaki kalian” ( Muhammad:7)

Niatlah pergi program tarbiyah untuk menolong agama Allah. Pasti dan pasti Allah akan menolong kamu. YAKINLAH!

Berkat kamu ke program tarbiyah dengan niat nak menolong agama Allah, maka masa yang tersisa untuk study exam itu lebih berkat, lekat dan ingat di fikiran kamu. Siapa yang tolong?. Allah kan?. Allah saja yang mengizinkan itu berlaku.

Dan lebih penting, pengurusan masa kamu bagaimana? Susunlah masa dengan sebaiknya.

Apakah ia alasan?

Dapat mesej dari murobbiyah,
“Isnin ni ada usrah ye pukul 9 malam di rumah akak macam biasa :)

Reply,
“InsyaAllah kak, kalau tak ada apa2 hal :)

Kalau tak ada apa2 hal??.. Salah reply tu. Seharusnya :-

“Boleh kak, insyaAllah”

JELAS, YAKIN dan MANTAP!

Jawapan “kalau tak ada apa2 hal”, sepertinya mengutamakan hal2 lain yang tak penting. Macam nak kata, hal2 tersebut lebih penting dari usrah.

Lain la jika ada exam pada tarikh dan masa tersebut, itu boleh bincang dengan murobbiah.
Atau kalau keluar rumah ni mak akan mengamuk satu kampung diamuknya, itu boleh bincang dengan murobbiah.
Atau ajak ahli2 usrah buat usrah kat rumah..

Walaupun demam, gagahkan diri untuk hadir usrah walau dalam usrah tu baring je – saya pernah begini!-

Pendek kata, tak ada alasan nak cuti usrah atau program2 tarbiyah!

Kita bukan buat kerja main2!

Tahun demi tahun bersama tarbiyah, baru saya faham mengapa kakak usrah saya 6 tahun dulu dengan tegasnya dia cakap,

“Mana boleh!. Ingat tarbiyah ni buat kerja main2 ke?”

Blup!

**kakak usrah saya tu dah ada anak 2 masuk 3 orang dah
**sahabat saya tu dah nikah dah sekarang :D



No comments:

Related Posts with Thumbnails