Friday, February 15, 2013

Jagalah Allah, Allah akan jaga kita





Hati ini rindu..

Rindu dengan adik2 yang dulu sama2 berusrah. Rindu dengan keletah mereka. Tiada masalah walau jauh pun. Tetap datang untuk menatap wajah mereka. Walau terasa penat, terasa berat, kaki tetap melangkah demi menyampaikan sebuah nasihat. Apabila melihat wajah mereka, hilang rasa negatif dalam jiwa. Kini terasa jauh akak bersama kamu. Kekangan masa, kekangan jarak melimitkan perhubungan kita. Tak mampu rasanya nak pergi menatap satu2 ke sana. Hanya Facebook yang menyambung ikatan kita.

Ya Allah, mohon satukan hati2 kami.

Adikku,

Jagalah Allah, Allah akan jaga kita..
Allah sentiasa sayang kita.. Jangan kita membelakangi Dia..

Ya akak faham. Umur sebaya kamu itu, banyak benda ingin kita mahu lakukan. Benda tak boleh pun harap2 boleh. Benda tak boleh pun, tutup mata kata, boleh2. Lantak orang nak cakap apa, asalkan apa yang kita buat ini adalah menggembirakan kita.

Dimana gembiranya jika apa yang Allah larang itu kita buat?. Bukankah Allah yang memberikan kita semuanya?. Mengapa kita sanggup melakukan larangan Dia?. Tidakkah kita rasa bersalah?.

Akak hadir memberi nasihat kerana sayangkan kamu adik2 akak semua. Perjalananmu masih jauh. Serahkan kehidupan kita hanya kepada Allah semata2.

Pesan akak..

Jaga solat
Jaga aurat
Jangan couple
Jaga batas perhubungan lelaki perempuan

Benda tak boleh tetap tak boleh. Jangan kita menghalalkannya.

Ingatlah Allah sentiasa memerhatikan kita. Bila2 masa saja kalau Allah nak tarik nyawa kita. Berhati2lah, bimbang sewaktu nyawa diambil olehNya, kita sedang melakukan maksiat.

Akak.. Cinta dan sayangkan kamu semua kerana Allah..
Semoga kita bertemu di syurgaNya



Thursday, February 14, 2013

Banyak yang perlu dibantu




Creadit Foto



Banyak yang perlu dibantu.

Itu kata hati saya. Dan tiba-tiba sebak. Kalaulah saya kaya, pasti saya akan bantu semuanya. Eheh, itu ada word ‘kalau’.. Hakikatnya entah bagaimana. Orang yang memang benar niat kerana Allah akan membantu tanpa ada tujuan disebaliknya. Dan kalau pun kaya nanti, benarkah seperti apa yang dikatakan dulu?. Sedarlah, harta itu ujian. Moga tidak lupa untuk bersyukur setiap masa. Ya Rabb..

Apabila saya jalan-jalan diserata wall Facebook, macam-macam yang saya temui yang perlu dibantu. Urusan Palestin, urusan Rohingya, urusan Syria. Tak lupa juga didalam negara, anak2 yatim, rumah kebajikan orang2 tua. Paling tidak boleh lupa adalah urusan ummah. Yang mengenai remajanya, yang kisah tak tutup auratnya, yang kisah couple tak habis2, kisah ummah saling bercakaran, membenarkan yang ini, mensalahkan yang itu. Hiks.

Ya Allah!..

Pening..

Semua memerlukan perhatian kita.

Maka benarlah apa yang dikatakan oleh As Syahid Imam Hassan Al Banna.

“Kewajipan kita melebihi dari masa yang ada”

Disatu sudut saya mengucapkan syukur kepada Allah. Alhamdulillah Ya Rabb..

Aku ini memang tak mampu nak pikul semua. Jauh disudut hati moga aku diberi kekuatan untuk membantu sama. Palestin, Syria, Rohingya, anak2 yatim, rumah orang2 tua semua ada dalam kepala ni. Alhamdulillah, Allah mendatangkan orang2 yang sangat baik hati. SubhanAllah!. Ada kumpulan yang perjuangkan Rohingya, ada kumpulan yang perjuangkan Syria, ada kumpulan yang perjuangkan Palestine, ada kumpulan yang berusaha membantu anak2 yatim dan orang tua2, ada kumpulan yang bersama fikirkan masalah ummah!.

Serius seronok!

Kita berbagi2 kerja. Kalau semua tertumpu kepada Palestin, siapa nak tolong Syria. Kalau semua tumpu Syria, siapa yang nak tolong Rohingya. Kalau semua orang tumpu Rohingya, siapa nak bela anak2 yatim orang2 tua di Malaysia. Kalau semua tumpu kepada anak2 yatim orang2 tua, sapa nak tolong nasib remaja2 yang telah hilang jati diri?!.

Maka saling berlapang dadalah. Kita pun tak mampu nak buat semua. Kalau kumpulan2 ni tak ada, susah juga kita.

Kita ini saling bantu membantu. Jika tak boleh tolong tenaga, tolonglah duit, tolong sebarkan. Semua dihujung jari, klik aje lah. Jangan lokek sangat!

Jangan sampai kita tak tahu apa yang sudah jadi pada saudara kita sekeliling. Jangan jadi manusia yang mementingkan diri sendiri!

Ambil tahulah kisah ummah.
Apa jadi pada Palestin?
Apa jadi pada Syria?
Apa jadi pada Rohingya?
Apa jadi pada umat sendiri, masyarakat sekeliling?
Jangan syok sendiri.
Jangan hidup didunia sendiri.
Hakikatnya kita bersaudara.

Mohon jangan tidur lama sangat, cepatlah bangun!
Dan juga mohon celik mata..

Ayuh!


Related Posts with Thumbnails