Hati ini rindu..
Rindu dengan adik2 yang dulu sama2
berusrah. Rindu dengan keletah mereka. Tiada masalah walau jauh pun. Tetap
datang untuk menatap wajah mereka. Walau terasa penat, terasa berat, kaki tetap
melangkah demi menyampaikan sebuah nasihat. Apabila melihat wajah mereka,
hilang rasa negatif dalam jiwa. Kini terasa jauh akak bersama kamu. Kekangan masa, kekangan jarak melimitkan perhubungan kita. Tak mampu rasanya
nak pergi menatap satu2 ke sana. Hanya Facebook yang menyambung ikatan kita.
Ya Allah, mohon satukan hati2 kami.
Adikku,
Jagalah
Allah, Allah akan jaga kita..
Allah sentiasa sayang kita.. Jangan kita membelakangi Dia..
Allah sentiasa sayang kita.. Jangan kita membelakangi Dia..
Ya
akak faham. Umur sebaya kamu itu, banyak benda ingin kita mahu lakukan. Benda
tak boleh pun harap2 boleh. Benda tak boleh pun, tutup mata kata, boleh2.
Lantak orang nak cakap apa, asalkan apa yang kita buat ini adalah
menggembirakan kita.
Dimana
gembiranya jika apa yang Allah larang itu kita buat?. Bukankah Allah yang
memberikan kita semuanya?. Mengapa kita sanggup melakukan larangan Dia?.
Tidakkah kita rasa bersalah?.
Akak
hadir memberi nasihat kerana sayangkan kamu adik2 akak semua. Perjalananmu
masih jauh. Serahkan kehidupan kita hanya kepada Allah semata2.
Pesan
akak..
Jaga
solat
Jaga aurat
Jangan couple
Jaga batas perhubungan
lelaki perempuan
Benda tak boleh tetap tak
boleh. Jangan kita menghalalkannya.
Ingatlah
Allah sentiasa memerhatikan kita. Bila2 masa saja kalau Allah nak tarik nyawa
kita. Berhati2lah, bimbang sewaktu nyawa diambil olehNya, kita sedang melakukan
maksiat.
Akak..
Cinta dan sayangkan kamu semua kerana Allah..
Semoga
kita bertemu di syurgaNya
No comments:
Post a Comment