Creadit Foto |
Banyak yang perlu dibantu.
Itu kata hati saya. Dan
tiba-tiba sebak. Kalaulah saya kaya, pasti saya akan bantu semuanya. Eheh, itu
ada word ‘kalau’.. Hakikatnya entah bagaimana. Orang yang memang benar niat
kerana Allah akan membantu tanpa ada tujuan disebaliknya. Dan kalau pun kaya
nanti, benarkah seperti apa yang dikatakan dulu?. Sedarlah, harta itu ujian.
Moga tidak lupa untuk bersyukur setiap masa. Ya Rabb..
Apabila saya jalan-jalan
diserata wall Facebook, macam-macam yang saya temui yang perlu dibantu. Urusan
Palestin, urusan Rohingya, urusan Syria. Tak lupa juga didalam negara, anak2
yatim, rumah kebajikan orang2 tua. Paling tidak boleh lupa adalah urusan ummah.
Yang mengenai remajanya, yang kisah tak tutup auratnya, yang kisah couple tak
habis2, kisah ummah saling bercakaran, membenarkan yang ini, mensalahkan yang
itu. Hiks.
Ya Allah!..
Pening..
Semua memerlukan perhatian
kita.
Maka benarlah apa yang
dikatakan oleh As Syahid Imam Hassan Al Banna.
“Kewajipan kita melebihi
dari masa yang ada”
Disatu sudut saya
mengucapkan syukur kepada Allah. Alhamdulillah Ya Rabb..
Aku ini memang tak mampu
nak pikul semua. Jauh disudut hati moga aku diberi kekuatan untuk membantu
sama. Palestin, Syria, Rohingya, anak2 yatim, rumah orang2 tua semua ada dalam
kepala ni. Alhamdulillah, Allah mendatangkan orang2 yang sangat baik hati.
SubhanAllah!. Ada kumpulan yang perjuangkan Rohingya, ada kumpulan yang
perjuangkan Syria, ada kumpulan yang perjuangkan Palestine, ada kumpulan yang
berusaha membantu anak2 yatim dan orang tua2, ada kumpulan yang bersama
fikirkan masalah ummah!.
Serius seronok!
Kita berbagi2 kerja. Kalau
semua tertumpu kepada Palestin, siapa nak tolong Syria. Kalau semua tumpu
Syria, siapa yang nak tolong Rohingya. Kalau semua orang tumpu Rohingya, siapa
nak bela anak2 yatim orang2 tua di Malaysia. Kalau semua tumpu kepada anak2
yatim orang2 tua, sapa nak tolong nasib remaja2 yang telah hilang jati diri?!.
Maka saling berlapang
dadalah. Kita pun tak mampu nak buat semua. Kalau kumpulan2 ni tak ada, susah
juga kita.
Kita ini saling bantu
membantu. Jika tak boleh tolong tenaga, tolonglah duit, tolong sebarkan. Semua
dihujung jari, klik aje lah. Jangan lokek sangat!
Jangan sampai kita tak tahu
apa yang sudah jadi pada saudara kita sekeliling. Jangan jadi manusia yang
mementingkan diri sendiri!
Ambil tahulah kisah ummah.
Apa jadi pada Palestin?
Apa jadi pada Syria?
Apa jadi pada Rohingya?
Apa jadi pada umat sendiri,
masyarakat sekeliling?
Jangan syok sendiri.
Jangan hidup didunia
sendiri.
Hakikatnya kita bersaudara.
Mohon jangan tidur lama
sangat, cepatlah bangun!
Dan juga mohon celik mata..
Ayuh!
No comments:
Post a Comment