Nasihat utk diri aku yg sering lupa diri…
15 minit lagi utk solat maghrib. Kali ini aku solat keseorangan krn roomateku tiada. Hajat dihati ingin menghabiskan mutabaah tilawah yg tergendala. Tetapi ada mutabaah yg lain yg aku perlu aku lakukan. Iaitu mathurat.. Biasanya aku baca mathurat selepas solat asar, tetapi asar tadi aku tidak membacanya. Maka perlu aku baca sementara manunggu maghrib. Takut2 terlupa dan smpi ke esok xbaca..Bacaan esok, utk esok la pandaiiii.... Ish2... manusia merana membuang masa...
Selepas membaca mathurat maka azan maghrib kedengaran. Aku amatinya. Terdetik didalam hati jalan yg aku pilih ini. Jalan dakwah dan tarbiyah... SubhanaAllah... Alhamdulillah wa syukrulillah.. aku dipilih utk berada di jalan ini. Adakah aku serius di jalan ini?? Masihkah mahu main2?? Masihkah leka dengan pujuk rayu dunia dan ajakan manusia?? Astaghfirullah....
Luruskan niat kamu wahai ukhti... Luruskan niat kamu wahai diri... Apa yg kamu cari didalam jalan ini?? Hanya redha Allah. Tiada yg lain. Maka tetapkan didalam dirimu wahai ukhti, tetapkan dalam hatimu wahai diri. Setiap yg kamu lakukan adalah ibadah!! Dan yakinlah, jika kita sudah setkan dlm minda, dah ditetapkan dlm hati, aku lakukan adalah kerana Allah, maka jangan ragu wahai ukhti, jangan ragu wahai diri... Setiapnya ada pahala disisi Allah... Maka jangan ada rasa jemu, jangan ada rasa penat, jangan ada rasa berputus asa. Disaat perkara tersebut terjadi terhadap dirimu.. maka beristighfarlah...
Jangan ada rasa, apa yg kamu buat adalah utk mendapatkan hasil. Janganlah kamu berbuat utk dilihat manusia. Janganlah kamu berbuat adalah utk mencukupkan mutabaah. Disaat perkara tersebut terjadi terhadap dirimu.. maka beristighfarlah... Astaghfirullah... Kerana syaitan sedang cuba memai2kan dan membolak balikkan hatimu...
Nyah kau dari sini wahai syaiton...!!!!!
Teringat pengisian Dr... Disaat hati merasakan terdapat masalah maka duduklah sejenak. Renungi diri. Letakkan tanganmu didadamu.
”Apa yg kamu lakukan adalah utk mencari redha Allah. Kuatkan semangatmu. Luruskan niatmu wahai ukhti. Luruskan niatmu wahai diri. Bersabarlah.... Allah melihat usahamu. Bukan hasil... Maka bekerjalah... ”
p/s : Hatiku ini merindu..Sinar cintaMu Yang Agung... Pasrah merayu redhaMu.. Ampuni dosa-dosaku... Rahmat dariMu ku dambakan... KeampunanMu ku pohonkan
No comments:
Post a Comment