Thursday, March 12, 2009

Pengalaman 9 jam diatas kereta…



Cerita yg agak panjang dan agak memboringkan kepada mereka yg xsuka cerita yg merepek merapu meraban....kuikuikui...


Apabila seorang shbt me’request’ aku supaya menulis pengalaman 9 jam diatas kereta yg panjangnya adalah 2 depa saiz org dewasa, yg mana jika kereta tersebut potong kontena atau bas persiaran diatas highway, kereta tersebut seperti terhoyong hayang nk terbang dan kami seperti berada diawang2an..Heheh, saje tokok tambah. Hatiku terdetik...“Ahh, mls lah.. Banyak kerja ni...” Aku perasan sibuk..oh! Ayat kopi pes keretamayat..


Dan bila difikir2 balik ada baiknya juga aku tulis balik pengalaman aku diatas blog aku ni utk menjadi rujukan utk diri aku sendiri dan juga aku sendiri serta seorang aku..


Maka, bermulalah alkisah....


Apabila Haz (seperti nama sebenar) sudah pening kepala kerana lusa dh nk program ttp transpot xcomfirm lg camne. Nak naik ape, nk balik camne maka nk xnk kami terpaksa naik bas ke tempat tujuan. Tetapi keresahan hati Haz membuatkan aku juga kasihan melihat dia. Bukan apa, Haz perlu berada di kampus seawal yg mungkin hr Ahad tu krn Haz perlu submit, siapkan assignmnet n ntah ape2 lah... Aku xtahu...!!! Maka aku pon tlglah susahkan hati sendiri pikir mcmana nk dptkan kereta.. Setelah diusahakan segala2nya, maka kekecewaan jua yg melanda. Kereta xdpt juga, dan kami buat keputusan utk naik bas.


Esoknya!!!...


Tiba2, bila aku call, suara Haz kedengaran riang ria kerana katanya kereta dh dpt.. Aku tumpang gumbira kawan!!. Katanya mlm pukul 8 kite akan bergerak ke negeri yg sedang bergolak politiknya..Cis! Kebetulan aku juga berada diatas highway baru pulang menemani ‘lecturer’ ku memberikan ‘kuliah’nya di kampusku yg terdahulu...


Malamnya!!!....


Saat2 yg ditunggu2 tiba jua akhirnya. Jauh disudut hatiku, merasa bimbang juga, memandu mlm2 buta. Lalu highway utara selatan yg banyak kali aku dgr kes2 yg xsedap didengar oleh telinga dan xsedap dipandang oleh mata, kot2 kena kacau dgn “pembuli jalanan” atau “pembuli jelmaan”, maka kami ber 4 tekad meredah kegelapan mlm menuju negeri yg sedang bergolak mslh politiknya. Mudah2an dgn kehadiran kami akan merubah keadaan politikmu wahai kawan2. Heh!! Jgn perasaan!!!...Siapa kau disisi mereka hah??!!


Maka dimulakan dgn bacaan doa oleh AJK Iman iaitu Lyn (mcm nama sebenar!).. Maka kami mulakan perjalanan kami. Kami masuk highway pukul 10 mlm. Wehh! Kate gerak pukul 8!!. Mmg la pukul 8 kawan, tp gi isi mnyk dulu, cek air, cek tayar, p amik sahabat2 di kolej yg jauh dimata dekat dihati. Kehulu kehiliq pukul 10 la masuk highway. Xtermasuk lagi gi toilet la, letak helmet kat bilik la, p beli nasi lah, p beli air kopi lah dan ntah ape2 lagi ntah... Lantaklah...


Maka perjalanan dimulakan dgn niat kerana Allah, walau apepun terjadi, kami yakin Allah bersama kami...


Maka disayup2 perjalanan... tiba2....


“Wehh, sape nk jadi AJK ekonomi ni??.. Kerja2nya adalah mencatit belanjawan yg telah dikeluarkan sepanjang perjalanan, antaranya duit minyak, tol, sewa kereta dan lain2 tidak termasuk makanan”. Soal Haz merangkap pemandu utama sekaligus mas’ulah perjalanan... Wawawa... pandai2 je aku meletakkan kau sebagai mas’ulah perjalanan.. (Jgn marah arr Haz2) Lantaklah.. Jawatan aku adalah pemandu kedua merangkap tukang bukakkan air, bagi kacang, kecikkan dan besorkan voleum mp3 kereta, melayan cerita pemandu dan penumpang serta lain2 lagi yg dirasakan perlu... Heheheh....


Maka kami pun memulakan agenda syuro utk memilih siapakah yg layak menjadi AJK ekonomi. Setelah disyurokan dan mendapat kepastian siapakah yg layak, maka kami sepakat utk memilih Alwi (hampir2 nama sebenar) utk memegang amanah sebagai AJK ekonomi disebabkan pengalaman beliau menguruskan kewangan syarikat kami yg insyaAllah akan berkembang dengan pesatnya 5 thn akan dtg. Ni saje2 aku letak target...InsyaAllah.. Semoga Allah permudahkan kami utk mengikuti sunnah Nabi iaitu berniaga...


Sepanjang perjalanan, 2 3 kali jugak kami bertukar2 pemandu. Berenti di Machap utk mkn, seterusnya di Sg Buloh utk tahajud, r n r yg aku lupa namanya dan akhirnya Masjid Rahmaniah di salah satu daerah negeri tersebut utk solat subuh...


Akhirnya berkat kesabaran kami, dengan keadaan kereta yg hanya boleh bwk dikelajuan 90 – 110 km/jam. Akhirnya sampailah kami ke destinasi tepat jam 730 pg waktu Malaysia. Alhamdulillah Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah yg melindungi perjalanan kami...


...................


Selesai program, perkara lain pulak timbul... Nak fikirkan mslh balik pulak. Ish3... Mcm2 mslh dlm dunia ni... Heee...


Kami merancang Allah saja yg menentukan. Rancangan kami, kami akan bertolak ke Johor selepas program iaitu tepat pukul 12, malangnya disebabkan mslh2 tertentu, maka kami bertolak pukui 1600 waktu Indonesia Barat.


Xpelah....


3 org penumpang masih penumpang tetap iaitu mas’ulah, pembantu mas’ulah, dan AJK iman. AJK ekonomi dgn sukacita mengundurkan diri kerana ingin naik bas utk singgah di USIM utk ziarah adiknya yg bakal menjadi doktor gigi 1 hari nnti insyaALLAH... Maka 1 tempat diganti oleh bakal Ummi...Heheheh. Maka ummi lah yg mendahului menjadi pemandu. AJK ekonomi disandang oleh AJK Iman kerana AJK Iman adalah seorang yg sungguh teliti dlm pembahagian duit dan sebagainya.


Alkisah cerita balik pulak...


Baru satu jam melepasi tempat program, pemandu perasan yg temperature kereta mencecah Hot... Ish.. Bimbang jugak. Xpasal2 kereta meletup kang.. Isk... Maka kami berenti di r n r ape ntah aku lupe.. Kami risau sbb baru 1 jam perjalanan. Ade lagi 8 jam.. Arghhh... Kalau stiap 1 jam brenti, bile nk sampai wehhh... Xcampur dengan kelajuan kereta yg mcm nk pergi jln2 kat Danga Bay... hanya 90 – 110 km/jam... Isk...


Xpela kami tawakal juga. Jalan sikit2. Pemandu perhatikan jarum temperature akan naik apabila jarum meter melebihi 110km, maka dengan kebijakan pemandu, pedal minyak dikurangkan kepada 90km atau 80km, maka temparature akan berkurang sedikit. Pandai jugak pemandu ni ehhh... Walaupun terasa seperti hangguk2 geleng2 kami tabahkan hati utk sampai ke Johor...


Berkat kesabaran kami meredah hujan lebat, meredah jalan yg 3 jam pertama cerah, dan bakinya gelap, menyulusuri selit2 kontena dan bas akhirnya kami sampai kedestinasi tepat jam 1200 mlm waktu Johor Selatan. Alhamdulillah Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah yg melindungi perjalanan kami...


..................................


2 hari selepas kejadian...


“Ade sakit2 badan x..?” Tanye Haz kepada ku...

“Hmm ade jugak” Jawapku selamber...


Biaselah perjalanan, yg paling penat sbnrnye adelah pemandu. Mane xnye. Semua nk kena kawal. Mata, telinga, kaki, tangan. Xcampur lagi dengan xtido. Mane xnye.... Ish3..


..................................


To be continue.... isk..


p/s : hek eleh... org lain tu naik kapal terbang 15 jam tanpa henti xheran pon...!!!



1 comment:

wani_ramle said...

muahaha..ha..ha..
haz(seperti name sebenar)
apsal x tulih je name penoh???baru terkenal seantero dunia sesawang ini.

r n r yang kite brenti tu kat sungai buloh, restoren jejantas..

Related Posts with Thumbnails