Saturday, December 4, 2010

Ada apa pada Muharram





Assalammualaikum..

Kawan2..
Pejam dan celik mata, aleh2 dah nak masuk tahun baru..
Alhamdulillah…

Macam tahun masehi lah..
Sekarang dah 2010, tak lama lagi 2011 dah..
Begitu juga dengan tahun Islam..

Ada sesapa yang tak tahu kita sekarang dah tahun hijrah keberapa..??
Ahaaa..
Ce tanya diri sendiri…
Sedar diri tak sekarang kita tahun hijrah keberapa dah..??
Huhu..
Jangan ngelat aa pi tengok calendar..

Sekarang dah tahun 1431 H..
Beberapa hari lagi dah 1432 H..
InsyaAllah..
Memoga kita tak lupakan tahun Hijrah ini..

OK..

Ada apa pada Muharam….

DIANTARA AMALAN YG DISUNATKAN DALAM BULAN MUHARAM :

1.       Berpuasa.
   Maksud Hadis : Barangsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.

   Maksud Hadis: barangsiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat & Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2.       Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir & sebagainya.

3.        Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X

4.       Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
 
 Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram,  maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat;  dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa',  maka akan diberikan pahala 10,000 org Haji dan Umrah,  dan 10, 000 orang mati syahid;  dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan menaikkan dgn rambut satu darjat. Dan brgsiapa yg memberi buka puasa org mukmin yg berpuasa pd hari Assyuuraa',  maka seolah2 memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.


Sahabat bertanya;  Ya,  Rasulullah,  Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah:  Benar!.
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

Wallahu’alam..

Apa ada pada hari Assyura??
insyaAllah.. posting yang seterusnya nanti..
Semoga bermanfaat..

Ikutlah panduan Islam..
Janganlah ikut panduan orang kafir..
Islam sudah cukup cantik untuk kita..
Tidak perlu meraikan tahun baru masehi..
Tiada jaminan dari Allah..
Sudah jelas dan pasti..
Allah bagi ganjaran pada bulan2 Islam..
mengapa kita leka akan perihal itu..
sama2 renungkan dan.. selamat beramalll...



4 comments:

Unknown said...

tak sabar mnanti entry sterusnye

Cik tikah said...

thanks for the info =)

Pena Daie said...

puasalah pada hari 'asyura

sonata anak kancil said...

salam...selamat menyambut tahun baru 1432H

Related Posts with Thumbnails