Monday, December 13, 2010

Hari ke 10 yang best..






Assalammualaikum..

Kawan2..
Ketika saya menulis entri ini, tarikh hari ini adalah 13 Desember 2010..
Bersamaan dengan 7 Muharram 1432 H..

Hari ni hari ke 7 dalam bulan Muharram..
Maknanya ada lagi 3 hari nak 10 Muharram.

Persoalannya..
Apa ada pada 10 Muharram??
Apa yang best sangat 10 Muharram ni..

10 Muharram adalah hari Asyura.
Kita disunatkan untuk puasa sunat pada 10 Muharram ini.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w.  bersabda, "Seutama2 puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang  berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun & siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (HR Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang  puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari Asyura & Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pd hari Asyura & menyuruh org lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam  dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." (HR Al Baihaqi )

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, “Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam”. (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a katanya, ” Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, “Puasalah kamu pada hari itu”. (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, “Hari apa ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya”. Sabda Nabi, “Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa”. Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.”(Riwayat Al Baihaqi)

Puasa hari `Asyura’, Tasu`a’ dan kesebelas Muharram Puasa hari `Asyura’ ialah puasa sunat pada hari kesepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada Mu`awiyah bin Abu Sufyan Radhiallahu `anhuma berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Ini adalah hari `Ayura’ dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dia dan barangsiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa).”(Hadits riwayat Bukhari)

Kelebihan berpuasa di hari `Asyura’ sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata: Maksudnya: “Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam) tentang berpuasa pada hari `Asyura’? Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu.” (Hadits riwayat Muslim)

Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari `Asyura’, berpuasa pada hari Tasu`a’ iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas Radhiallahu `anhuma berkata: Maksudnya: “Dahulu, ketika Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa pada hari `Asyura’ dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: “Wahai Rasulullah! (Bukankah) sesungguhnya hari `Asyura` itu hari yang
diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?” Maka Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam bersabda: “Apabila pada tahun yang akan datang, insyaAllah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan” Berkata Abdullah bin Abbas: “Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam telah pun wafat.”(Hadits riwayat Muslim)

mari lah..
kita sama2..
berazam untuk berpuasa pada 10 Muharram ini..
moga2 amal kita ini diterima Allah

  

2 comments:

LyNn HaMzAh said...

kalau la sihat nak gak puasa...skrg nie tgh sibuk muntah2 la...

Unknown said...

takper lynn..anda dikecualikan...

Related Posts with Thumbnails