Wednesday, April 25, 2012

Kenal Allah, maka kamu akan kenal kehidupan







Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang telah memberiku nafas sehingga waktu ini. Sebuah kesempatan hidup yang sangat berharga… Di mana begitu banyak tangis yang kita keluarkan hanya sia2 kadang kala..

Sahabat2ku… Izinkan aku menulis sedikit tentang kehidupan kita. Tentang suka duka dan segala rasa yang mewarnai kehidupan kita sebagai manusia di bumi Allah ini.

Malam itu aku masih terjaga. Hingga kemudian getar hp menandakan ada mesej baru diterima. Dari seseorang yang merasa putus asa dengan kehidupannya. Emoticon menangis tertera di mesejnya. Beberapa ayat penenang yang aku berikan  namun tidak sama sekali memberikan kesan kepadanya. Lagi dan lagi emoticon menangis itu dihantarnya kepadaku menunjukkan betapa sedih hatinya. Hingga kepada ayat terakhir yang ku pesankan kepadanya “andai saja kamu mahu mengenal siapa Allah, pasti hidup kamu akan terasa indah”..

Aku bukan perempuan yang lahir dengan sejuta kebahagiaan. Aku sama denganmu, sama dengan kalian semua. Memang hidup bukan hanya ada suka tapi pasti ada duka. Keduanya beriringan serentak, sejak kita lahir ke dunia hingga kita masuk ke liang lahat. Hidup ini bukan hanya ada suka. Hidup ini bukan hanya ada duka. Hidup ini pasti ada suka dan duka. Ya, hidup adalah suka dan duka…

Semalam aku buka kembali sejarah silamku, ingin melihat siapa aku dahulu dan membandingkannya dengan aku yang sekarang. Ternyata dulu pernah tertulis status dalam profileku, “ya Allah aku bosan hidup, kenapa ya?”.. ya sahabatku, dulu aku juga seperti kamu. Aku pernah merasakan apa yang kini sedang engkau rasakan. Dulu aku merasa hidupku begitu membosankan. Hanya begitu setiap hari. Aku merasakan hidupku hanya ada hitam dan putih. Tidak ada warna lain. Begitu bosan. Namun semua berubah… semua berubah dan menjadi indah.

Ya, semua berubah dan menjadi indah sejak cahayanya masuk ke dalam hatiku. Saat itu yang hitam dan putih pun lebur menjadi jutaan warna yang sangat berwarna warni. Aku tahu apa yang kini engkau rasakan dan apa yang dulu pernah aku rasakan… itulah hati yang kering dari iman, itulah hati yang jauh dari Tuhan.

Kenalilah Allah… maka engkau akan mengenal apa itu kehidupan.

KENALI ALLAH, KENALI ALLAH, KENALI ALLAH…

Hanya itu solusi yang dapat aku kuberikan sahabatku.

Kerana cukuplah Allah sebagai sandaranmu maka yakinlah bahawa engkau tak akan terjatuh.

Kerana cukuplah Allah tempatmu mengeluh maka yakinlah bahawa Dia mampu mengangkat masalahmu.

Kerana cukuplah Allah sebagai penolongmu maka tak perlu ada lagi yang engkau risaukan.

Allah itu pengasih, penyayang, dan tak pernah mahu menzalimi hambaNya…

Allah itu suka mendengar apa yang engkau minta, mengadu, memohonkan segala sesuatu…

Maka dari itu Allah suka mendengar hambaNya berdoa…

Janganlah risau sahabatku, Allah pasti mendengar setiap apa yang engkau utarakan…

Kerana Dialah sebaik-baik pendengar sahabatku.

Percayalah, Dia tidak akan menzalimi dan menyakiti hambaNya.

Percayalah..

Maaf, jika aku berkata seakan aku sudah mengenal baik siapa Allah…

Jujur, aku pun baru mengenalNya, baru merasakan betapa indahnya perkenalan ini..

Sampai sekarang pun aku masih ingin memperdalamkan perkenalan ini…

Kerana semakin mengenalNya maka semakin ada cinta sahabatku..

Bukan berarti aku sudah mencintaiNya…

Sampai sekarang pun aku masih meminta untuk diajari cinta olehNya

Bagaimana cara yang benar untuk mencintaiNya

Indah sahabatku..

Indah sekali mengenalNya, aku tak mampu menggambarkan dengan kata-kata…

Cukuplah kau cuba dan nikmati sendiri bagaimana rasanya.

Terkadang kita ini terlalu egois…

Menuntut ini dan menuntut itu pada Allah, sedang kita sendiri tidak suka dituntut oleh aturan-aturan yang Allah buat.

Lihat betapa banyak orang menanyakan kenapa harus menutup aurat? Kenapa harus pakai tudung? Mengganggu hak asasi saja!!

Lihat betapa banyak orang yang memberontak dan tidak suka dengan aturan Allah yang melarang hambanya untuk bercouple… kenapa tak boleh couple? Ini kan soal perasaan!! Kenapa kenapa kenapa??

Tapi Allah?? Adakah Allah pernah bertanya kenapa kamu sering2 meminta bahagia? Kenapa kamu meminta hidup kaya? Kenapa?? Bukankah adalah hak-Ku menjadikan kamu bahagia atau menderita. Bukankah adalah hak-Ku menjadikan kamu miskin atau kaya. Allah tidak demikian. Allah itu dengan segenap kasih sayangNya menurunkan ayat ini:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku sangat dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (QS. 2: 186)

Lihat bagaimana cara Allah menuturkannya…

Allah terlebih dahulu mengutarakan apa yang akan Dia BERI kemudian baru Allah mengutarakan apa yang Dia MINTA dan di jelaskan kembali bahawa apa yang Dia minta tak lain juga adalah untuk kebaikanmu..

Subhanallah.. tidakkah berdidik hatimu mendengar ayat seperti ini?

Itu janji Allah sahabatku, janji yang tak kan pernah Tuhanmu ingkari :)

Kita ini terlalu kikir…

Setiap apa yang kau punya… setiap apa yang engkau miliki, datangnya dari Allah sebenarnya. Itulah pemberian Allah. Fikirkan berapa banyak pemberianNya sejak kita lahir ke dunia. 

Sahabatku, ketika engkau merasa bahagia memiliki ibu yang begitu menyayangimu, ingatlah itu dari Allah sebenarnya. Dari Allah yang begitu memperhatikan kebahagiaanmu, hingga Dia mengirimkan malaikat bernama “ibu” untuk mendampingi liku-liku hidupmu di dunia. Pernahkah kau mensyukurinya? Sedarkah engkau bahawa itu salah satu bentuk kasih sayangNya??

Namun, sering2 kita memandang pemberianNya dengan sebelah mata. Begitu sering kita lupa membaca Alhamdulillah. Bahkan kita selalu lupa semua itu adalah pemberian Allah. Astaghfirullah.

Mari kita sama2 fikirkan, ketika Allah sentiasa mencurahkan nikmatNya… kita lupa bersyukur. Namun, ketika Allah hanya mencabut satu nikmat yang kita sedang rasakan, kita meraung-raung, menyalahkanNya. Kenapa ya Allah kenapa? Apa salahku ya Allah?

Sebenarnya masih banyak yang ingin ku utarakan…

Tapi meski tulisan sejumlah air dilautan gunakan, takkan dapat ku tuliskan semuanya.

Ya, akan begitu panjang jika kutulis kesalahan kita padaNya.

Iringi hidup kita dengan istighfar dan hamdalah

Kerana setiap detik kita menikmati pemberiannya namun seringkali kita bermaksiat padanya.

“Alhamdulillah astaghfirullah”

------------------------------------------------

Artikel asal Berbahasa Indonesia



 

Monday, April 23, 2012

Duduk sabar!






Salam ketemu..

Ketika saya di tingkatan 5 dahulu, saya sangat suka subjek Add Math.. Saya bukanlah kelas pertama dari aliran sains tetapi saya kelas pertama dari aliran sastera.. Bermakna saya adalah kelas ke 4 sebenarnya.. 3 kelas diatas saya adalah kelas aliran sains.. Dan kelas saya adalah kelas terakhir yang mengambil subjek Add Math..

Keputusan Add Math saya biasa2 je.. Tapi ia cukup membuatkan cikgu Add Math saya terkejut dengan keputusan yang saya perolehi..

Alhamdulillah..

Memang sebelum SPM saya bersungguh2 nak mencapai keputusan yang baik dalam Add Math.. Walaupun tidaklah cemerlang mana tapi ia sudah cukup membuatkan saya bersyukur..

Subjek Add Math adalah subjek yang ditakuti oleh pelajar.. Tak terkecualilah saya.. Kadang kala ada juga soalan2 yang saya fed up mencari jalan penyelesaian dan terus berputus asa.. Rasa malas nak layan soalan2 yang susah tu.. Tapi saya kena layan jugak la sebab nak kan hasil..

Kadang2 kita ni tak sabar!

Begitulah hidup ini.. Memang perlu menuntut kita supaya banyak bersabar..

Dalam kita menyampaikan nasihat kepada orang, kadang kala kita ini tak sabar.. Apa yang kita bagi nasihat, dengan harapan orang itu akan ikut cakap kita time tu jugak!.. Jangan nanti2, jangan kejap lagi, jangan esok2!.. Itu lah manusia ini, sifatnya tidak sabar..

Lagi2 kita yang menyampaikan nasihat dan dakwah kepada orang ramai.. Menyampaikan, tapi jika orang itu tak nak ikut kita akan berputus asa dan berlepas diri..

"Sudahlah, penat aku cakap, bukan ikut pun.."
"Buat penat aku je, suka hati kau lah nak buat apa.."

Semoga kita dijauhkan dari bersikap demikian..
Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk terus2an memberikan nasihat..

Bukankah Allah nak lihat usaha, bukan lihat hasilnya..

Hati manusia ini lembut sebenarnya.. Sekeras2 mana pun dia, jauh disudut hatinya dia akan terfikir dan terdetik juga apa yang kita sampaikan ini.. Jika bukan hari ini dia ikut, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin minggu depan.. Dengan syarat kita ini jangan berputus asa.. Jika dia tidak ikut hari ini, tidak apa lah, tidak kisah lah.. Tetapi yakinlah, pada ketika itu, pada saat kamu menasihatkan dia itu, jauh disudut hatinya pasti dia akan terfikir dan terdetik apa yang kita nasihatkan kepadanya dan akan masuk juga ke kepalanya.. Hari2 nasihat, maka sedikit2 akan lekat.. Bila dah hari2 lekat maka makin lama makin banyak dan makin lama terkesan masuk jugak ke hatinya.. Cuma ketika itu, Allah belum izinkan lagi untuk dia terima nasihat kita.. Maka, mengapa cepat benar kita berputus asa..

Hakikatnya semua kan dari Allah..

Hidup kita ini ibarat roda, kejap kat atas kejap kat bawah.. Kejap2 roda tu tak gerak2.. Rosak agaknya.. Ataupun mungkin roda tu sudah kembali ke tempat 'asal'..

Hidup kita juga perlu sentiasa memberi nasihat kepada orang.. Agama itu nasihat.. Kata Nabi s.a.w..

Maka, banyakkan nasihat, nasihat, nasihat.. Dan jangan berputus asa memberi nasihat.. Manusia itu perlu sentiasa diingatkan.. Manusia itu juga bersifat lupa.. Jika kita banyak menasihatkan orang, mana tahu 1 hari nanti kita lupa, maka Allah akan kirimkan orang lain untuk menasihatkan kita.. Ketika itu, kita perlu sangat2 berlapang dada.. Sebab itu dikatakan, kita ini ibarat roda, kejap diatas kejap dibawah.. Dan alangkah indahnya jika kita diatas, kita sering dinasihatkan, ketika kita dibawah pun kita sering dinasihatkan..

Banyakkan berdoa.. Moga2 hati kita ini tidak mudah berputus asa dalam menyampaikan nasihat.. Hakikatnya kita ini kerdil, semua kena minta kepada Allah..
Jika cepat benar berputus asa, maka bimbang Allah akan tarik nikmat sabar itu.. Semoga kita menjadi insan yang terpilih..

Maka mari kita duduk dan sabar... Duduk sebentar untuk memberi nasihat, dan sabar dalam memberi nasihat..

Sampai ketemu lagi..

Ntahlah bila nak ketemu lagi...




Friday, April 20, 2012

Munajat Penguat Tsabat






Yaa Rabbi… Andai bukan kerana rahmat dan hidayahMu, sungguh kaki ini telah berhenti melangkah…
Jika bukan kerana kuasaMu, mungkin kaki ini tak kuasa lagi menghayun, menapak di jalan panjang yang kami cintai ini…

Terkadang, futur menghampiri tanpa izin, disusuli oleh rasa bosan yang membuat kami hampa tak keruan.
Terkadang, lelah juga datang, membuat kami ingin berhenti berjuang.
Terkadang, rasa sakit terasa begitu menghimpit, sampai membuat kami ingin menjerit.
Bahkan, tatkala sakit hati menyelimuti, kami ingin pergi dari jalan ini…!

Tapi kami ingat nasihat seorang ustaz, bahawa..
“Dakwah bukannya tidak memenatkan… Dakwah bukannya tidak membosankan… Dakwan bukannya tidak menyakitkan. Bahkan, para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan. Tidak! Malah kelelahan dan rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Akhirnya menjadi biasa. Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. Begitu pula rasa sakit, hingga luka itu tidak kau rasa lagi sebagai luka…” begitulah nasihat ustaz Rahmat. Rahimahullah…

Ya Allah… semoga kami semakin kuat. Kuat dalam mendaki puncak keikhlasan hati dan jiwa. Semakin kuat menerjang batu granit dalam dakwah. Semakin bijak memecah misteri mimpi. Menyelami episod lika-liku hidup, yang hujungnya nanti berharap husnul khotimah, berlabuh dalam jannah… Oleh kerana itu, kami ingin membangun kembali mimpi-mimpi, mencari redha dan cinta, mengukir rasa baru untuk membangun peradaban baru. Biarkan angin kencang menghampiri diri kami. Sebagai pertanda badai akan berlalu. Biarlah gelombang berganti menyapa. Sebagai pertanda Engkau sedang menguji cinta… Di bumi pertiwi ini, kami tanamkan semangat kibarkan bendera kemenangan. Semoga Engkau mengizinkan…

Masa lalu adalah waktu yang tidak akan berulang, dan masa depan yang akan datang menanti amal dan kebajikan. Maka, Teguhkanlah tekad kami yaa Rabb… agar sentiasa berkarya untuk agama, bangsa, dan Negara, demi membangun sebuah peradaban. Jangan biarkan jiwa kami lemah. Jangan biarkan ghirah kami menurun. Jadikanlah kami yang terkedepan dalam bekerja dan bergerak. Aamiin…

Ya Allahu Ya Rabbi... Bantu kami Ya Allah.. Dalam menyelusuri jalan dakwah ini.. Hanya semata2 ingin meraih redhaMU Rabbi..

dakwatuna



Thursday, April 19, 2012

Siapa nak ikut??





Salam perjuangan..

Apabila seorang guru, memberikan mesej kepada muridnya bertanyakan khabar.. Maka si murid serba salah dan terkelu lidah.. Sepatutnya bukan guru yang mula bertanyakan khabar si murid..

Maafkan saya Puan..

2 3 hari ini, memang saya teringatkan pensyarah saya ketika saya belajar di Politeknik dulu.. Pensyarah yang sangat lembut dengan anak muridnya.. Sekali melihat raut wajahnya, tidak disangka beliau adalah Penolong Ketua Jabatan.. Sentiasa berjubah dan bertudung labuh.. Saya murid yang paling rapat dengannya (perasan ke nih?, agaknya..) Sudah hampir 6 tahun saya minggalkan Politeknik, tetapi kami masih berhubung lagi.. Cuma akhir2 ni saya jarang hubungi beliau.. Dan 2 3 hari ini saya teringatkan pensyarah saya.. Memang sudah berniat untuk bertanya khabarnya, tetapi tidak tertekan punat butang hanfon.. Sehinggalah beliau memberikan mesej kepada saya.. Aduhai..

Apalah yang dibizikan olehmu wahai murid!

"Adab bersama guru perlu dijaga." Pesan ayah
"Jaga adab, jaga adab." Pesan ayah lagi..

Ya, tiba2 saya terasa saya tiada adab dengan Pensyarah saya. :(

Saya mohon ampun kepada Allah..

Jika dahulu saya rasa saya memang kurang adabnya dengan guru.. Tetapi kini, apabila sering2 diingatkan saya faham mengapa guru perlu dihormati dan perlu beradap dengan mereka..

Siapa2pun mereka pada saya, jika dia yang mengajar saya.. maka dia adalah guru saya.. Tidak kira dia mengajar saya secara rasmi atau tidak rasmi.. Ilmu dunia atau ilmu akhirat.. Tidak kira apa pun panggilannya cikgu, Puan, Murobbiah, Dokter, ayah, ustaz, ummi mereka tetap guru saya.. Muda atau tua.. Asal saja dia mengajar saya, maka wajib bagi saya menjaga adab dengannya.. Walaupun mungkin, dia sudah tidak lagi menjadi guru saya, tetapi selama2nya dia adalah guru saya..

Jesteru itu saya sentiasa melatih diri saya sendiri, berdirilah jika guru kamu datang.. Sambut dia seperti mana kamu suka disambut.. Salam ciumlah tangannya.. Diam apabila dia bercakap, bercakap apabila disuruh.. Usahalah membantu apabila dia memerlukan bantuan, usahalah membantu jika dia tidak mahu dibantu.. Itu secara luaran, secara dalamanya selalu doakan mereka semoga dirahmati Allah sentiasa..

Keberkatan ilmu dari seorang guru itu amat penting dalam kehidupan.. Ilmu itu sepanjang2 akan kekal sebagai ilmu.. Mana mungkin akan melekat di dada seorang murid jika tiada keberkatan dari guru.. Maka perkara pertama yang harus dipandang serius adalah adabnya murid kepada gurunya..

Memang agak dikesalkan apabila budak2 sekolah sekarang hilang adabnya dengan cikgu mereka.. Beristighfar panjang serta tarik nafas dalam2 saya dibuatnya apabila sahabat2 saya menceritakan perihal murid disekolah masing2.. Entah macam mana hendak membantu..

Harapan saya, semoga guru2 diberikan kesabaran yang tinggi kepada mereka.. Sesungguhnya mereka belum faham..

Mari selusuri kisah Habibina Baginda Muhammad s.a.w ketika mana Baginda s.a.w dibaling batu oleh penduduk Taif..

Maka hilanglah sabarnya si malaikat, maka malaikat berkata kepada Baginda Nabi s.a.w

"Jika kamu mahu wahai Muhammad, akan ku hancurkan kedua2 Bukit Taif ini diatas perbuatan mereka terhadap kamu". Kata Malaikat

Apa kata Baginda Nabi s.a.w

"Jangan dihancurkan bukit ini, sesungguhnya mereka itu tidak faham"

Tinggi benar sifat sabar Baginda Nabi s.a.w..

Ya, sesungguhnya anak2 murid itu tidak faham.. Mereka masih lagi dibuai keseronokkan alam remaja.. Saya pernah melalui zaman mereka.. Dan saya tahu betapa kurangnya adab saya dengan guru saya ketika itu.. Masa itu saya masih nak main2, belum matang..

Maafkan saya cikgu..

Saya masih ingat dan masih segar diingatan saat2 saya bertemu dengan akak yang membawa saya ke dunia tarbiyah..

Saya sangat sayangkan akak ni.. (saya harap akak tu tak baca blog saya)
Saya tak pernah cakap kat beliau yang saya sayang dia..
Tapi agaknya dia tahu yang saya sayang dia..
Akak tu tak banyak cakap tapi bila dia bercakap saya akan ikut cakap dia..

InsyaAllah, saya akan berjumpa pensyarah saya hari Sabtu ini.. Semoga Allah mudahkan..
Siapa nak ikut??



Tuesday, April 17, 2012

Benda ini memang perlu





Alhamdulillah..


Allah memilih saya untuk sibuk.. Sebenarnya tidaklah sibuk manapun, saya ni je kadang2 perasan sibuk.. Cuma saya perlu banyak belajar menguruskan banyak benda dalam 1 masa.. Untuk masa2 akan datang, saya yakin banyak lagi benda yang perlu saya uruskan..

Hidup kita ini hanya ada 2 pilihan.. Nak yang baik ke nak yang buruk.. Jika yang baik pilihan kita, maka Allah akan beri yang baik.. Jika kita pilih yang buruk maka Allah akan beri yang buruk.. Maka sebab itulah ada yang mengatakan..

Jika kamu tidak disibukkan dengan perkara2 yang besar, maka kamu akan disibukkan dengan perkara2 yang kecil (remeh temeh)..

Jika masa kamu itu tidak diisi dengan kebaikan, maka masa kamu itu akan diisi dengan perkara keburukan..

Jika kamu tidak disibukkan dengan perkara ketaatan kepada Allah, maka masa kamu akan dihabiskan dengan kemungkaran kepada Allah..

Jika kamu memilih untuk membuka aurat, bagaimana mungkin kamu akan menutup aurat?

Begitulah..

Pilihan ditangan kita..

Nak baik ke nak buruk, terserah kamu yang menentukannya!

Alhamdulillah..

Allah memberikan post2 kepada saya untuk menguruskan program2 melibatkan ummah.. Dan pastinya ini adalah peluang bagi saya untuk membuat kebajikan dan menjadikan ianya sebagai ladang amal untuk saya.. Dan kerja saya adalah perlu banyak mengingatkan orang.. Kadang kala apa yang saya kesalkan kepada diri saya sendiri, bahawa diri saya juga perlu diingatkan, nampak macam kelako, tetapi itulah hakikatnya.. Orang mengharapkan kita, tetapi kita pulak mengharapkan orang (senyum)..

Maafkan saya sahabat, jika aku gagal dalam menjalankan amanah.. Hakikatnya itu adalah amanah dari Allah, dan saya perlu berbuat sebaiknya!.. Dan pasti aku akan melakukan sebaiknya selepas ini..




Dan benda ini memang perlu!

Sesiapa yang perasan sibuk dan perasan pelupa silalah guna benda ini..

Sila download dan install.. Letakkan ia di desktop laptop kalian.. dan tulislah benda2 penting yang perlu dilakukan.. Usahlah terlalu percaya kepada buku nota kamu.. kadang2 tertinggal kat rumah, kadang2 hilang, kadang2 jemu pakai buku tu, nak tukar buku lain pulak dah!.. Maka perkara2 penting yang kamu tulis itu pun akan terlepas pandang..

Tetapi sudah pasti kamu hari2 akan buka laptop..

Semoga bermanfaat!

InsyaAllah..

Saya mohon doakan saya agar mampu mengingatkan kalian jika kalian tidak ingat.. Mohon doakan saya moga saya tidak lupa dan terus2an mengingatkan kalian.. Ingat2kan dalam urusan dunia lebih2 lagi saling mengingatkan dalam urusan akhirat..

Sibuk itu kamu aturkan, jangan sibuk yang mengaturkan kamu

Aku memohon ampun kepada Allah...




Monday, April 16, 2012

Kejutan tidak tersangka







Petang itu saya minum ubat batuk.. Batuk tak baik2 sejak saya pulang dari Saudi.. Alhamdulillah.. Semua dengan izin Allah.. Ketika itu hari cuti pertabalan YDP Agung.. Bila batuk tak sudah2 maka saya mengambil keputusan untuk minum ubat batuk Bena Expectorant.. Maka saya tertidur umpama tidur malam!..

Penangan Bena memang kuat.. Henfon ditelinga berdering saya tak larat nak jawap.. Seingat saya ada 3 nama sahabat saya yang muncul di henfon.. Pandangan samar2.. Tapi entahlah.. Saya tertidur balik, tak larat nak jawap panggilan.. Maafkan saya sahabat.. Mungkin mereka berkecil hati saya tak jawap panggilan mereka..

Tiba2 akak saya kejut.. Mengkabarkan ada kawan datang..

Saya bangun dalam keadaan yang pening2, capai tudung dan meluru ke dapur untuk segarkan muka..

Terkejut saya 4 orang sahabat muncul di ruang tamu.. Dah masuk rumah dah main2 dengan Firdaus dan Luqman di ruang tamu.. Saya senyum dari jauh..

Riangnya hati.. Hilang pening kepala tadi..

Hari cuti begini saya tak kemana2.. Ditambah pula tiada transport nak kemana2 membuatkan saya pendek langkah nak berjalan.. Khabarnya mereka baru balik dari Plaza Angsana..

Sambil salam2 terpandang jauh sebuah kotak di atas meja.. Dalam hati aii diorang ni bawak kek ke?.. adoiii..

Tak nak tanya, saya berharap sangat ia bukan kek!

Saya kembali ke dapur untuk siapkan minuman untuk tetamu.. 2 orang sahabat saya ikut ke dapur.. nak ambil pinggan katanya.. Hmm saya agak, itu mesti nak letak kek...

Maka saya ke depan bawa air dan sedikit kuih2.. Dan tekaan saya tepat.. Memang kek diatas meja..

Aduhai...

Saya sebak sebenarnya.. Tak nak tunjuk..

Diatas kek tertulis nama saya dan angka umur saya..

Alahai, dah banyak!.. Gerun je tengok angka tu..

Kena terima kenyataan bahawa umur kita ini semakin sedikit.. Bukan semakin banyak.. Hakikat angka itu memang semakin lama semakin banyak, tetapi secara sinisnya umur kita semakin sedikit.. Hidup seberapa lama di bumi Allah ini, sudah berapa banyak kita berkorban untuk Islam?.. Adakah hanya berkorban untuk diri sendiri?.. Hidup semata2 untuk keseronokkan dunia?.. Sedangkan kita ini diciptakan adalah untuk memakmurkan bumi Allah ini.. Beribadah kepadaNya..

Mari kita renungi hakikat umur ini.. Biarlah sisa2 hidup kita ini melakukan kebaikan untuk manusia.. Memberikan kebaikan kepada ummah.. Usah biarkan umur kita ini sia2 dengan tiada apa2 kebaikan yang diberikan, malah banyak pula kemungkaran yang telah kita lakukan!.

Jazakumullahu Khair sahabat2ku fillah!

Sebenarnya, kamu semualah sahabat2ku yang sentiasa menjadi kekuatan kepadaku..
Tidak perlu susah2, hanya ku pandang wajah kalian saja, sudah membuatkan hati yang kusut, terlerai..
Walau mungkin, tidak perlu mengeluarkan kata2.. tetapi ia sudah cukup menenangkan kesulitan yang ada..
walau mungkin, masalah tu tak selesai pun, ia tetap mempunyai masalah.. tetapi, terlerai rasanya..
Hakikat semuanya dari Allah.. Allah telah memberikanku sahabat2 yang sangat hebat, sungguh hebat!...

الحمد لله ربّ العالمين

Biasalah..

Kadang kala kita ini, bekerjanya ada juga yang tak ngam.. Tak setuju ini, tak setuju itu..
Masing2 merasakan pendapat kita adalah terbaik untuk sesuatu urusan itu..
Tapi inilah yang sering membuatkan aku tersenyum apabila memikirkannya semula...
Masing2 ada keletah masing2 yang membuat aku tersenyum jika aku duduk sorang2 memikirkan kalian..
Inilah yang yang membuatkan kita semakin dan semakin rapat...

Beginilah jalan dakwah mengajarkan kita berukhwah..

Kalau dakwah itu tujuannya, kita tetap akan bersama..

Sungguh.. saya terkejut!

Harap TERIMA KASIH saya




Sunday, April 15, 2012

Perjuangan jenis apakah ini?







Salam ketemu..

Saya ternampak video mahasiswa melakukan demonstrasi..

Ramainya... alhamdulillah...

Tetapi jauh disudut hati, astaghfirullah...

Inikah yang sepatutnya Mahasiswa ISLAM perjuangkan?..

Tidak habis2 dengan perhimpunan, tidak habis2 dengan demonstrasi..

Saya sedih!..

Saya terkilan!..

Meluat pun ada jugak..

Demo semata2 untuk menjatuhkan kerajaan.. ramai saja yang pergi..

Demo hapus PTPTN..

BERSIH 2.0..

BERSIH 3.0..

Sanggup pulak berkhemah di Dataran Merdeka..

walau tahu perhimpunan ini ketuanya adalah orang kafir.. mengapa ramai saja orang Islam yang pergi??

Tapi apabila mengajak ke perhimpunan Selamatkan Aqidah Ummat (HIMPUN), berapa ramai yang pergi??

Hal Ummat, hal AQIDAH, hal ISLAM, perhimpunan yang diketuai orang ISLAM, berapa ramai yang sokong?..

malah kami dipandang sinis, ada saja sindiran2 yang diberikan..

NGO Islam ajak mempertahankah aqidah ummah dalam isu murtad dan ajak kita meramaikan program palestine semua diam membatu!

PERJUANGAN JENIS APAKAH INI??

Maka orang kafir bertepuk sorak tersenyum riang melihatkan orang Islam mudah diremote controlkan.. hala saja kemana2 pasti orang Islam ikut telunjuk remote tersebut.. Maka, apabila negara telah dikuasai oleh mereka, sudahlah ketepi2 orang Islam.. Belum menguasai negara lagi, tapi mereka dah jadi ketua.. yang jadi tenaga penggerak tu pulak orang Islam.. Nanti apabila mereka sudah memegang tampuk negara, sudah tinggallah janji2 mereka yang konon2 akan membantu Islam..

Mengapakah tidak nampak lagi?

Sanggup mengikut telunjuk KAFIR sedang mereka ada agenda nak menjatuhkan Islam!

Sudah2lah wahai saudara saudariku..

Umat makin sakit, jiwa ummah makin tenat.. Masalah kristianisasi, masalah sosial, masalah hiburan melampau semakin merebak dengan cepat..

Islam itu perlu disentuh satu2 ke hati2 manusia..

Memang nampak macam susah, memang nampak macam lambat.. Tapi bergitulah cara Nabi s.a.w..

Mengapa cepat sangat nak sampai ke kemuncak..

Cepat sampai kemuncak, maka akan cepatlah jatuh tersungkur!

Para Rasul itu bangun untuk mengubah hati nurani manusia, bukan untuk menukar sistem ekonomi dan pentadbiran. Apabila hati nurani manusia sudah berubah, maka sistem yang lain-lain akan menyusul secara automatik.

Entahlah!

Saja nak ajak berfikir..

kata mahasiswa.. mesti pandai berfikir panjang.. jangan singkat sangat fikir tu..



Thursday, April 12, 2012

Kisah di surau







Surau di Jabatan Kecemasan tidaklah besar mana.. Muatlah 4 orang jika solat bersama2 dalam 1 masa..

Waktu itu surau agak ramai.. Ada adik2 baru.. Saya tak pernah nampak mereka.. Mungkin juga mereka pekerja baru.. Sesekali berbalas senyuman.. Langkah pertama bermula, alhamdulillah...

Mereka telah selesai solat, maka giliran saya untuk solat pula..

Selesai solat, saya perasan dari ramai2 tadi tinggal beberapa orang saja yang masih bersiap2 nak keluar.. Tak sempat rupanya nak bersapa panjang..

Maka saya teruskan dengan solat sunat selepas zohor..

Selesai membaca doa, saya bangun untuk melipat sejadah...Tiba2 saya disapa..

"Assalammualaikum akak, tumpang tanya boleh." Sapa seorang adik

"Waalaikummussalam warahmatullah.. ya boleh, apa dia?." Saya terkejut.. Rupanya ada orang dibelakang saya.. Tinggal adik tu seorang, kawan2nya dah keluar.. Mungkin tunggu saya.. Agaknya..

"Akak, tudung akak ni akak jahit sendiri ke tempah orang atau akak beli?." Tanya si adik

"Ya, akak jahit sendiri, kenapa?." Jawap saya

"Saya nak cari tudung macam akak ni tapi tak jumpa, kalau dah siap pun agak pendek jugak design dia tak panjang macam akak punya, saya nak jahit sendiri tapi tak tahu macam mana saiznya nak potong." Luah si adik

"Oh, siapa yang nak pakai?." Tanya saya..

"Saya." Jawap dia..

Dalam hati.. MasyaAllah.. rupa2nya adik ini bertudung labuh.. Tapi mungkin disebabkan kekangan kerja dia terpaksa mengubah penampilannya.. Mungkin waktu kerja saja dia berunifom begini, jika diluar dia bertudung labuh.. Tak apa, pelan2..

Bekerja di hospital, ada jawatan2 yang mempunyai uniform sendiri.. Macam nurse, sister dan lain2.. Saya tak pasti apa jawatan adik ni, dia baru masuk kerja minggu lepas.. Tapi mereka memang berunifom.. Berseluar, berkemeja dan tudung masuk dalam.. Begitulah..

"Akak ada tudung lebih, nanti akak boleh bagi awak untuk ikut saiz tudung akak ni. Ok?." Cadang saya..

"Boleh kak, akak ada no tel? Nanti saya miscall akak."

Adik tu ambil no saya.. Silap saya tidak mengambil no dia kembali.. Katanya dia akan hubungi saya nanti, tetapi mungkin dia sibuk, nombor yang ditunggu tidak jugak muncul2.. Saya sangat berharap ukhwah ini tidak berakhir macam tu saja.. Saya masih setia menunggu dia.. Harapnya hubungan saya dan dia tidak hanya berakhir pada hanya sehelai tudung.. Moga2 ia berpanjangan.. InsyaAllah..

Dia perlu cepat keluar, kerana kawan2nya sudah menunggu.. Saya tak sempat bertanya nama, tapi sempat menjeling name tagnya..

Shamimi, mesej akak ye dik...



Wednesday, April 11, 2012

Cerita 2 Tanah Haram





disebalik dinding itulah terletaknya Kaabah

Salam perjuangan..

Saya tidak sangka.. Saya akan ke Haramain pada usia semuda ini.. Alhamdulillah, syukur sangat2 kepada Allah yang telah menjemput diri ini ke negeri Rasulullah s.a.w.. Disinilah sejarah telah tercipta.. Disinilah Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan agama Allah.. Di bumi inilah yang selalu diperkatakan didalam program2 dakwah yang ku ikuti.. Sejarah Rasulullah s.a.w..

Pada mulanya saya tidak mahu pergi, biasalah orang muda baru dapat kerja ntah apa2 yang nak dibelinya.. Diri terasa masih muda.. Nanti2lah bila dah tua sikit (tak sedar sekarang pun dah tua).. Tetapi abang sulung saya pujuk saya agar pergi untuk temankan mak dan abah.. Jadi saya akur untuk pergi juga.. Kumpul duit sikit demi sedikit.. Dalam masa beberapa bulan saya dapat kumpul duitnya.. Namun, kita merancang, Allah juga merancang.. Abah pergi mengadap Ilahi.. Makanya, saya yang tak nak pergi tadi, rupa2nya pergi seorang diri dari Malaysia.. Memang benar!.. Allah sebaik2 perancang...

Saya mengambil keputusan untuk pergi seorang dari Malaysia.. Bermaksud untuk masuk ke imegresen kerajaan Saudi, saya akan tumpang mahram, ini akan diuruskan oleh Agen.. Abang sulung saya memang menetap di Arab Saudi, jadinya sepanjang disana, abang saya akan temankan.. Hanya masuk ke pintu imigresen saja saya akan tumpang mahram..

Berdebar rasa hati.. Setiap hari berdoa semoga Allah mudahkan urusan apabila disana.. Diri ini banyak dosanya.. Hanya Allah saja yang tahu perihal diriku.. Memang terasa kerdilnya diri.. Layakkah aku.. betulkah aku.. adakah Allah akan terima diriku ini.. macam2 hal bermain difikiran..

Persediaan diri perlu dilakukan.. Persediaan dari segi roh, diri, mental fizikal.. Perlu diisi dengan ilmu.. Perlu hadir ke kursus.. Macam2 perlu disediakan.. Terutama dari segi iman..

Hari demi hari berlalu.. semakin lama semakin dekat.. Dalam hati memang berdebar2.. Macam orang nak nikah, kan kerjanya menghitung hari (ketawa).. Tapi rasanya, mengitung hari untuk ke Haramain adalah detik paling indah.. Masakan tidak, kita ke Haramain bukan untuk menikah, kita ke Haramain ini menjadi tetamuNya.. Makanya kita akan bertemuNya!..

Allahu Ya Allah...

Sebak..

Rasanya layakkah aku nak menjadi tetamuNya.. Berhadapan denganNya.. dengan keadaan yang banyak dosa.. Perjalananku ke sana banyak memberikan pengajaran kepada ku.. Rasa malunya nak bertemu Allah dengan keadaan yang banyak dosa.. Rasa malu nak menjadi tetamuNya, diri ini banyak dosa..

Hari berangkat telah tiba..

Saya lambat tiba di airport.. Orang sampai pukul 1200 tengahari, saya sampai pukul 130 petang (ketawa).. kelam kabut jadinya.. Dalam hati, Ya Allah, aku belum sampai di Mekah, tapi begini pula jadinya.. Saya seorang, jemaah dari agen dah pergi ke balai pelepasan.. Maka saya keseorangan naik tren ke balai pelepasan.. Macam orang dah biasa, tapi sebenarnya tak pernah pun.. Sorang2!.. Dalam hati banyak berdoa..

"Rabbi Yassir wa la tuassir"

Apabila sampai di Jeddah saya mencari mana mahram saya.. Rupanya dia dah keluar.. Rasa debar juga.. Macam mana nak lepas ni kalau mahram tak ada.. Mujur mutawwif belum keluar.. Jadinya, mutawwif itulah menjadi mahram saya.. Rasa bimbang semasa di kaunter imigresen Jeddah.. Dibibir tak lepas "Rabbi Yassir wa la tuassir".. Pengawai berbangsa arab itu sedikit pun tidak bertanya.. just ambil passport, scan, cop dan serahkan semula.. Alhamdulillah, syukur Ya Allah semuanya mudah...

9 hari saya di Haram, Mekah Al Mukarramah.. 3 hari saya di Haram, Madinah Almunawwarah

Rasa sebak sangat dapat menatap Kaabah..

Rasa bahagia sangat melihat Kaabah..

Sebak apabila melakukan tawaf..

"Ya Allah, sebelah kiriku ini adalah Kaabah"..

Sebak apabila ziarah tempat2 sejarah perjuangan Rasulullah..

Jabal Uhud, Gua Hira', Jabal Thur, Perkuburan Baqi' dan lain2 lagi..

Sebak apabila kita dapat ziarah Rasulullah s.a.w..

Assalammualaika ya Rasulullah (Salam sejahtera keatasmu Wahai Rasulullah)
Assalammu’alaika ayyuhannabiyu warahmatullahi wabarakaatuh (Salam sejahtera dilimpahkan kepadamu wahai Nabi s.a.w diiringi dengan rahmat dari Allah dan juga barakah dari Allah untukmu.)

dan Nabi s.a.w pun menjawap..

Salam sejahtera juga ke atas kamu...

Rasa itu tidak dapat diterjemah dengan kata2 sebenarnya..

Sungguh bahagia!

Hadis Nabi..

"Barangsiapa yang menziarahi makamku, sama seperti menziarahi aku ketika aku masih hidup"

Saya berimpian untuk ke umrah sekali lagi dengan akhwat2 saya.. Saya bayangkan saya bersama2 akhwat saya bersama2 mensoroti perjuangan Rasulullah s.a.w.. Bukan di Malaysia, tetapi di tempat itu sendiri!.. Kita akan menghargai saat itu..

MasyaAllah...

Saya sentiasa berdoa semoga Allah mudahkan urusan sahabat2 saya untuk sampai kesana..

Bersama-sama!

Sebagai motivasi

Kepada sesiapa yang belum nikah, pergilah umrah dulu.. InsyaAllah.. Bukan apa, bimbang kalau nikah dulu nanti, makin lambat sikit dan makin banyak umur dah nak sampai kesana kerana dah banyak komitmen menunggu.. Maka, makin lambat nak merasa nikmat menatap Kaabah itu.. Kalau bujangkan belum banyak komitmen.. Lagi mudah sikit.. Tapi kalau seru dah sampai, silakan.. (ketawa)

Kepada sesiapa yang dah nikah, bekerjasamalah kalian berdua untuk kumpul duit bagi umrah si suami dahulu.. Nanti 2 3 tahun akan datang, insyaAllah si isteri pulak akan ikut sama.. Tak percaya?, test la dulu..

Seronoknya Ya Allah, hanya Allah yang tahu..

Nanti saya share dengan kawan2, saya terserempak dengan sapa semasa di Haramain..

Jumpa lagi..

p/s : sannah helwah ya anazahra!



Monday, April 9, 2012

Doakan






Saya terima mesej henfon dari seorang adik...

"kak ana, doakan saya." Saya tenung henfon saya dan reply. Saya dapat rasa keresahan hatinya..

"InsyaAllah, doakan apa?." Balas saya.. Saya perlu tahu doakan apa supaya ia lebih spesifik.. Kadang2 saya dapat mesej mohon doakan saja, maka saya akan doakan..

Ya Allah, mudahkanlah segala urusan sahabatku ini..

"Doakan dapat grad tahun ni, insyaAllah.. Dapat bertemu jodoh terbaik untuk saya dan doakan moga saya tsabat walau dicampak ke mana pun lepas ini." Balas dia.. Saya baca dan terus doakan seperti yang diminta dan ditambah doa2 yang lain untuk kesejahteraannya..

Begitulah mohon si adik.. Saya ini tiada adik seibu seayah.. Jadi, adik orang pun adik saya jugak.. Saya ramai adik lain mak lain bapak.. Dan saya sangat sayang adik2 saya.. Saya berharap mereka dapat merasai apa yang akak dia rasa, apa yang akak dia faham.. Dan ini juga menuntut kesungguhan saya untuk fahamkan mereka.. Semoga Allah mudahkan segalanya..

Tapi adik saya yang ini adalah adik yang telah bersama2 disaff dakwah.. alhamdulillah...

"InsyaAllah didoakan aminn.. Luruskan niat.. Pasakkan pendirian.. Banyakkan berdoa pada Allah.. Hakikat kita ini pergantungan hanya pada Allah.. Susah senang kita Allah yang Maha Mengatur.. Disamping kesusahan ada seiring bantuan Allah.. Allah selalu bersama2 kita.. Moga2 Allah mudahkan urusan anti, urusan dunia lebih2 lagi urusan akhirat insyaAllah." Balas mesej saya kepada dia.. Semoga hatinya tenang sentiasa...

Mohonlah doa..

Jangan malu meminta sahabat atau saudara kita atau sesiapa sahaja untuk mendoakan kita.. Kerana kita tidak tahu, ntah2 doa dia yang dimakbulkan Allah.. Lagi2 doa orang2 soleh.. Melalui rasa ini, akan terbit perasaan rendah diri dan rasa kurangnya ego kita yang merasakan diri kita bagus.. Hakikatnya kita ini tiada apa2.. Dosanya entah menggunung langit..

Dan juga doakan saudara kita dari hati nurani kita.. Siapa tahu doa kita juga yang dimakbulkan Allah.. Doakanlah untuk kesejahteraannya.. Bukannya susah.. Doa untuk saudara kita tanpa pengetahuannya adalah juga doa untuk kita.. Urusan Allah ingin makbulkan atau tidak, bukan urusan kita.. Kita sudah berdoa, maka serahkan urusannya kepada Allah..

Doakan sahabat kita semoga tsabat dijalan dakwah..

Doakan saudara kita semoga kuat jiwanya..

Doakan saudara kita semoga taat kepada perinta Allah..

Doakan saudara kita semoga dimudahkan segala urusan..

Doakan sahabat kita dimudahkan urusan jodohnya..

Hakikat doa tanpa pengetahuannya, adalah juga doa untuk kita...

Nabi (s.a.w.) bersabda:

“Doa seorang Muslim bagi saudaranya tanpa pengetahuannya adalah mustajab (terkabulkan). Pada sisi orang yang berdoa itu malaikat yang bertugas mengaminkan doanya. Setiap kali dia mendoakan bagi saudaranya satu kebaikan nescaya malaikat itu akan berkata : Amin dan bagi engkau adalah seperti yang engkau doakan bagi saudaramu.”
(Riwayat Muslim)

p/s : Ya Allah, makbulkan segala doa sahabat saya..



Sunday, April 8, 2012

Genggam bara api, memang akan luluh jiwa





Satu benda yang membuat saya terfikir adalah selepas saya membaca bait2 ayat dari laman web ini.. Apa Yang Tiada

• Konvensyen ancaman kristianisasi yang dicadangkan akan dianjurkan di Johor terpaksa diubah temanya.
• Isu murtad dimain-mainkan seolah-olah ia hanya perkara enteng.


Banyak lagi laman web lain, tapi ntah kenapa saya terasa nak menulis..

Kalau ada orang perasan, perasanlah.. Kalau tak ada orang perasan, nasiblah...

Mereka baru ‘ehemm’ je, kita jadi tak senang duduk dan terpaksa ubah pendirian kita..

Saya sedih..

Mari membaca > Mufti Johor: Seminar pengukuhan akidah tidak libatkan politik..

Bukan ini yang saya nak cerita.. hanya ingin menjentik fikiran kawan2 yang sayangkan agama Islam..

Kita memang banyak kerja!

-----------------------------------------------------------

Sahabatku..

Jalan ini memang panjang...

Jalan dakwah kita memang panjang...

Aku tidak nafikan, kadang2 hati ini juga longlai dalam mujahadah.. Sering juga hati ini bolak balik.. Terasa banyaknya kerja kita kena buat.. Lepas satu, satu program lain kita perlu handle.. Lepas satu program, program lain pula memanggil kita.. menjadi nadi sesuatu program itu.. Memang kadang kala terasa penat.. Keluar juga keluhan dihujung rasa.. Sabarlah sahabatku, usah mengeluh.. Allah sedang menguji sejauh mana kita mampu bertahan..

Didalam kita keluar beramal, jangan dilupakan makanan rohani kita.. Kerana iman didalam hati itulah yang mendorong kita untuk bertahan.. Jagalah hubungan kita dengan Allah, pasti Allah akan membantu kita.. Pasti Allah akan kuatkan pendirian kita.. Carilah ilmu2 diluar sana.. Kuatkan azammu..

Ukhti,

Kita ini berjuang bukan hanya untuk diri kita.. Kita berjuang untuk ramai orang.. Kita berjuang adalah untuk Islam.. Ya, baikkan dirimu dan ajaklah orang lain.. Cukupkah kita hanya baik untuk diri kita dan kita biarkan sahabat2 kita yang lain terus longlai dibuai nafsu dunia.. Dihanyutkan dengan tidak memahami mengapa kita diciptakan didunia ini.. Hanyut dalam urusan dunia..Kerja, anak2, harta benda..

Didalam jalan ini kita akan diuji dengan ujian2 dari pelbagai penjuru.. Dari segi emosi, perasaan, kekuatan jiwa, ketahanan hati, harta.. Semua kita akan diuji.. Kadang2 kita terasa, ingin saja aku tinggalkan semua.. Hidup seperti mereka2 diluar sana.. Tak perlu fikir pasal orang lain, hanya fikir diri sendiri.. Boleh bersuka ria.. Boleh bersenang lenang.. Boleh berbuat apa saja!

Harapan ku semoga sahabat2ku berhati2 dengan bisikan syaitan..

Kita ini ditarbiyah ukhti.. Kita ini orang yang ditarbiyah.. Kita ini sedang belajar untuk perbaiki diri.. Kita ini sedang berusaha untuk melakukan yang terbaik.. Kita ini sedang berusaha untuk menjadi hambaNya yang terbaik.. Kita ini sedang berusaha mengikuti sunnah terbesar junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad s.a.w..

Kita memang akan diuji..

Kita akan selalu diuji..

Suka atau tidak, kamu akan diuji..

Begitulah sunnah orang berjuang..

Begitulah kehidupan orang yang ingin meraih redha Allah..

Jangan ditinggalkan jalan ini.. Jangan terasa penat apa yang kamu lakukan.. Jangan terasa berputus asa dengan apa yang kamu lakukan untuk dakwah ini.. Teruslah melangkah laju kedepan.. Sentiasa hadir ke program2 tarbiyah untuk kita.. Jika ada hal lain, utamakan hal tarbiyah kamu.. Kerana kamu adalah orang dakwah!. Komitmen kamu kepada dakwah lebih menuntut untuk kamu hadir bersama.. Cuma satu, kuatkan pendirianmu.. Kecuali jika memang keadaan tidak mengizinkan.. Hal keluarga, uzur syarie atau lain2 lagi.. Kamu lebih mengetahui hal diri kamu..

Kita ini diibaratkan seperti menongkah arus sungai.. Sungai mengalir ke hulu, dan kita ini melawan arus.. Bayangkanlah betapa banyaknya kesusahan yang perlu kita hadapi untuk melawan arus air sungai itu..

Begitulah engkau dijalan dakwah..

Beginilah jalan dakwah mengajarkan kita..

Bersabarlah sahabatku...

Pada akhir zaman, orang-orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api, andai terus digenggam hancur luluh jiwanya.. namun andai dilepaskan hancurlah dunia. Jangan takut untuk berjuang kerana orang-orang yang berjuang ini memang dirintangi ujian. Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar..

kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk kehidupan, syurga itu impian.. -Imam Nawawi-

Salam sayang..

anazahra
Sebelum ke meting program
Ibubapa Soleh Anak Cemerlang

(mari menjadi soleh, maka akan cemerlanglah anak2)



Tuesday, April 3, 2012

Saya Memang Bangga Dengan Bangsa Saya




"are you from Malaysia sister?"
. Tanya seorang lelaki di dalam lif, bersama 2 orang lagi.. Mereka mungkin dari India, dari raut wajahnya..

"Yup, i'm from Malaysia". Jawap saya dengan senyuman..

"Malaysia bagussss". Kata lelaki itu sambil menunjukkan isyarat ibu jari tanda bagus..

Saya senyum je.. dalam hati pandai pulak dia ni cakap melayu.. Walaupun hanya 1 perkataan...

"Assalammualikum Ya Hajjah.. dari Malaysia??".. Tanya seorang penjual berbangsa Arab di deret2 kedai berhampiran Haram Madinah Al Munawwarah.. Senyum dia tak lekang dari bibir.. Kebanyakkan penjual disana pandai speaking Melayu!

"Waalaikummussalam.. Ya, saya dari Malaysia".. Jawap saya tenang..

"Ya Allah Ya Allah.. MasyaAllah, tabarakallah.." Balas dia..

Saya pelik!

"Where you from sister?, are you from Indonesia?". Tanya Tehrani, Pegawai Haram Madinah Al Munawwarah yang menjaga Raudhah..

Indonesia???.. muka saya ni ada rupa Indonesia ke?? uii sabar aje la.. bisikku dalam hati.. Mungkin sebab saya berada di dalam kumpulan Indonesia.. Itu sebab agaknya dia fikir saya dari Indonesia.. (baik sangka)

"No sister, i'm from Malaysia". Jawap saya ringkas...

"Malaysia?.. MasyaAllah". Balas dia ringkas.. Dari matanya saya dapat rasa raut wajah yang gembira apabila saya kata saya dari Malaysia..

Semua pegawai Haram memakai purdah hitam litup, tak terkecuali Tehrani.. Hanya nampak mata saja.. saya merasakan mereka adalah orang yang sama.. Tak dapat cam mana satu Tehrani mana satu pegawai yang lain.. Saya berharap jika saya datang lagi, Tehrani yang dapat cam saya..

----------------------------

Habis solat, ramai yang meluru nak keluar masjid.. Sapa yang tolak aku nih.. bisik dalam hati... Aduhai, apa lah yang dikejarkan sangat ni...

Azan dah bergema.. semua meluru ke Masjid.. dan terasa belakang saya ditolak!.. Sabar la makcik, bisik hati ku..

Apabila hampir waktu solat, para jemaah tidak ramai yang ke depan, mereka akan penuhkan belakang dulu.. Alahai, yang datang cepat di saff belakang, yang datang lambat duduk saff depan.. Semasa menuju ke saff depan, jalan jemm.. berasak2!.. Bayangkan dalam masjid pun jem.. Saya terpandang seorang makcik dari Malaysia disebelah saya, dia tersepit akibat asakkan demi asakkan.. Tolakkan demi tolakkan.. Ada orang di belakang dia menolak..

"Please be patient my dear." Kata saya lembut..

Dia buat tak tahu je.. Tak faham agaknya.. Cakap English dia tak faham, cakap melayu dia tak faham, cakap Iran saya pulak tak reti!..

Allahu Ya Allah..

Esoknya, bila nak masuk masjid, kena tolak lagi!.. Allah...

Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau telah menghantar mereka untuk menguji kesabaran aku..

Duduk termenung, tiba2 teringat kisah2 lalu.. Senyumm..

Macam2 gelagat!

------------------------------

Jemaah dari Malaysia yang ke Haramain kebanyakkannya adalah dari bangsa Melayu. Saya tak jumpa jemaah berbangsa China atau India beragama Islam yang tinggal di Malaysia bila saya disana.. Ya, saya tidak nafikan.. Memang ada dari bangsa China dan India, tapi mungkin bilangannya tidak seramai bangsa Melayu.. Kerana, negara Malaysia ini mejoritinya adalah dari bangsa Melayu!.

Dan saya sangat terharu dan bangga.. Disana, Malaysia sangat terkenal dengan budi bahasanya.. Mereka mengakui bahawa orang2 Malaysia semua baik2.. Saya tidak nafikannya.. Kita akan terbuka mata apabila kita berada didalam komuniti pelbagai bangsa dan negara.. Dan kita dapat lihat mana yang baik mana yang buruk.. Malaysia memang terkenal dengan budi pekerti tinggi!.. Tak sia2lah slogan, budi bahasa budaya kitaaaa....

Sekali lagi.. Mejoriti Malaysia adalah berbangsa Melayu!.. Jadi secara tak langsung imej Melayu itu juga dipandang tinggi..

Sayang sekali.. hakikatnya di Malaysia, bangsa Melayu seperti diperkotak katikkan.. Bangsa Melayu dilihat bangsa yang mundur.. Masalah2 sosial dilihat hanya dari bangsa Melayu..

Lari rumah ikut boifren siapa? Melayu..

Mat rempit di jalanan siapa? Melayu..

Yang ramai menagih dadah siapa? Melayu..

Masalah sosial yang ramai siapa? Melayu..

Buang anak yang ramai siapa? Melayu..

------------------------------

Sumber : Bernama

Kawan2..

Melayu ini bangganya dengan Islam.. Apabila orang mengatakan bangsa Melayu, lalu orang akan terfikir Islam.. Jika setiap orang berbangsa Melayu itu jauh dengan Islam, maka akan bermasalahlah orang Melayu.. Jati diri Melayu itu telah hilang.. Malah barat dibangga2kan..

Lihatlah peratusan bangsa Melayu di bumi Malaysia.. Yang paling ramai adalah bangsa Melayu. Melayu 67.4%, China 24.6%, India 7.3%, dan selebihnya adalah lain2 bangsa..

Tapi kenapa kita lihat bangsa lain yang memonopoli semua?? Kenapa tidak bangsa Melayu? Sedangkan bangsa Melayu adalah mejoriti?.. Kerana bangsa Melayu itu hilang rasa bangga sebagai Islam.. kerana bangsa Melayu itu hilang raza izzah sebagai Islam.. Kerana bangsa Melayu itu lebih gemar mengamalkan cara hidup barat!.. Kerana bangsa Melayu itu hilang jati diri sebagai Melayu!..

Sahabatku..

Bayangkan apabila semua orang Melayu di Malaysia ini mengamalkan Islam dengan sepenuhnya.. Pasti bumi Malaysia ini subur dengan Islam.. Kerana apa? Kerana Melayu itu telah ramai2 sepakat untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia.. Kerana Melayu itu telah bersatu hati menegakkan Islam di bumi Malaysia.. Kerana Melayu itu merasakan bangga hidup sebagai Islam!..

Saya juga sayang bangsa lain yang beragama Islam.. Kerana kita adalah saudara.. Lalu kita juga akan sama2 sepakat mendaulatkan Islam di bumi Malaysia..

Marilah kita bangkit wahai Melayu.. Saya sangat bangga dengan bangsa saya.. Kerana bangsa saya bangsa yang beragama ISLAM..

Melayu Sepakat Islam Berdaulat!

Siapa nak bantah?.. Silakan membantah... Tiada bantahan untuk membantah

Related Posts with Thumbnails