Thursday, April 19, 2012

Siapa nak ikut??





Salam perjuangan..

Apabila seorang guru, memberikan mesej kepada muridnya bertanyakan khabar.. Maka si murid serba salah dan terkelu lidah.. Sepatutnya bukan guru yang mula bertanyakan khabar si murid..

Maafkan saya Puan..

2 3 hari ini, memang saya teringatkan pensyarah saya ketika saya belajar di Politeknik dulu.. Pensyarah yang sangat lembut dengan anak muridnya.. Sekali melihat raut wajahnya, tidak disangka beliau adalah Penolong Ketua Jabatan.. Sentiasa berjubah dan bertudung labuh.. Saya murid yang paling rapat dengannya (perasan ke nih?, agaknya..) Sudah hampir 6 tahun saya minggalkan Politeknik, tetapi kami masih berhubung lagi.. Cuma akhir2 ni saya jarang hubungi beliau.. Dan 2 3 hari ini saya teringatkan pensyarah saya.. Memang sudah berniat untuk bertanya khabarnya, tetapi tidak tertekan punat butang hanfon.. Sehinggalah beliau memberikan mesej kepada saya.. Aduhai..

Apalah yang dibizikan olehmu wahai murid!

"Adab bersama guru perlu dijaga." Pesan ayah
"Jaga adab, jaga adab." Pesan ayah lagi..

Ya, tiba2 saya terasa saya tiada adab dengan Pensyarah saya. :(

Saya mohon ampun kepada Allah..

Jika dahulu saya rasa saya memang kurang adabnya dengan guru.. Tetapi kini, apabila sering2 diingatkan saya faham mengapa guru perlu dihormati dan perlu beradap dengan mereka..

Siapa2pun mereka pada saya, jika dia yang mengajar saya.. maka dia adalah guru saya.. Tidak kira dia mengajar saya secara rasmi atau tidak rasmi.. Ilmu dunia atau ilmu akhirat.. Tidak kira apa pun panggilannya cikgu, Puan, Murobbiah, Dokter, ayah, ustaz, ummi mereka tetap guru saya.. Muda atau tua.. Asal saja dia mengajar saya, maka wajib bagi saya menjaga adab dengannya.. Walaupun mungkin, dia sudah tidak lagi menjadi guru saya, tetapi selama2nya dia adalah guru saya..

Jesteru itu saya sentiasa melatih diri saya sendiri, berdirilah jika guru kamu datang.. Sambut dia seperti mana kamu suka disambut.. Salam ciumlah tangannya.. Diam apabila dia bercakap, bercakap apabila disuruh.. Usahalah membantu apabila dia memerlukan bantuan, usahalah membantu jika dia tidak mahu dibantu.. Itu secara luaran, secara dalamanya selalu doakan mereka semoga dirahmati Allah sentiasa..

Keberkatan ilmu dari seorang guru itu amat penting dalam kehidupan.. Ilmu itu sepanjang2 akan kekal sebagai ilmu.. Mana mungkin akan melekat di dada seorang murid jika tiada keberkatan dari guru.. Maka perkara pertama yang harus dipandang serius adalah adabnya murid kepada gurunya..

Memang agak dikesalkan apabila budak2 sekolah sekarang hilang adabnya dengan cikgu mereka.. Beristighfar panjang serta tarik nafas dalam2 saya dibuatnya apabila sahabat2 saya menceritakan perihal murid disekolah masing2.. Entah macam mana hendak membantu..

Harapan saya, semoga guru2 diberikan kesabaran yang tinggi kepada mereka.. Sesungguhnya mereka belum faham..

Mari selusuri kisah Habibina Baginda Muhammad s.a.w ketika mana Baginda s.a.w dibaling batu oleh penduduk Taif..

Maka hilanglah sabarnya si malaikat, maka malaikat berkata kepada Baginda Nabi s.a.w

"Jika kamu mahu wahai Muhammad, akan ku hancurkan kedua2 Bukit Taif ini diatas perbuatan mereka terhadap kamu". Kata Malaikat

Apa kata Baginda Nabi s.a.w

"Jangan dihancurkan bukit ini, sesungguhnya mereka itu tidak faham"

Tinggi benar sifat sabar Baginda Nabi s.a.w..

Ya, sesungguhnya anak2 murid itu tidak faham.. Mereka masih lagi dibuai keseronokkan alam remaja.. Saya pernah melalui zaman mereka.. Dan saya tahu betapa kurangnya adab saya dengan guru saya ketika itu.. Masa itu saya masih nak main2, belum matang..

Maafkan saya cikgu..

Saya masih ingat dan masih segar diingatan saat2 saya bertemu dengan akak yang membawa saya ke dunia tarbiyah..

Saya sangat sayangkan akak ni.. (saya harap akak tu tak baca blog saya)
Saya tak pernah cakap kat beliau yang saya sayang dia..
Tapi agaknya dia tahu yang saya sayang dia..
Akak tu tak banyak cakap tapi bila dia bercakap saya akan ikut cakap dia..

InsyaAllah, saya akan berjumpa pensyarah saya hari Sabtu ini.. Semoga Allah mudahkan..
Siapa nak ikut??



No comments:

Related Posts with Thumbnails