Thursday, April 12, 2012
Kisah di surau
Surau di Jabatan Kecemasan tidaklah besar mana.. Muatlah 4 orang jika solat bersama2 dalam 1 masa..
Waktu itu surau agak ramai.. Ada adik2 baru.. Saya tak pernah nampak mereka.. Mungkin juga mereka pekerja baru.. Sesekali berbalas senyuman.. Langkah pertama bermula, alhamdulillah...
Mereka telah selesai solat, maka giliran saya untuk solat pula..
Selesai solat, saya perasan dari ramai2 tadi tinggal beberapa orang saja yang masih bersiap2 nak keluar.. Tak sempat rupanya nak bersapa panjang..
Maka saya teruskan dengan solat sunat selepas zohor..
Selesai membaca doa, saya bangun untuk melipat sejadah...Tiba2 saya disapa..
"Assalammualaikum akak, tumpang tanya boleh." Sapa seorang adik
"Waalaikummussalam warahmatullah.. ya boleh, apa dia?." Saya terkejut.. Rupanya ada orang dibelakang saya.. Tinggal adik tu seorang, kawan2nya dah keluar.. Mungkin tunggu saya.. Agaknya..
"Akak, tudung akak ni akak jahit sendiri ke tempah orang atau akak beli?." Tanya si adik
"Ya, akak jahit sendiri, kenapa?." Jawap saya
"Saya nak cari tudung macam akak ni tapi tak jumpa, kalau dah siap pun agak pendek jugak design dia tak panjang macam akak punya, saya nak jahit sendiri tapi tak tahu macam mana saiznya nak potong." Luah si adik
"Oh, siapa yang nak pakai?." Tanya saya..
"Saya." Jawap dia..
Dalam hati.. MasyaAllah.. rupa2nya adik ini bertudung labuh.. Tapi mungkin disebabkan kekangan kerja dia terpaksa mengubah penampilannya.. Mungkin waktu kerja saja dia berunifom begini, jika diluar dia bertudung labuh.. Tak apa, pelan2..
Bekerja di hospital, ada jawatan2 yang mempunyai uniform sendiri.. Macam nurse, sister dan lain2.. Saya tak pasti apa jawatan adik ni, dia baru masuk kerja minggu lepas.. Tapi mereka memang berunifom.. Berseluar, berkemeja dan tudung masuk dalam.. Begitulah..
"Akak ada tudung lebih, nanti akak boleh bagi awak untuk ikut saiz tudung akak ni. Ok?." Cadang saya..
"Boleh kak, akak ada no tel? Nanti saya miscall akak."
Adik tu ambil no saya.. Silap saya tidak mengambil no dia kembali.. Katanya dia akan hubungi saya nanti, tetapi mungkin dia sibuk, nombor yang ditunggu tidak jugak muncul2.. Saya sangat berharap ukhwah ini tidak berakhir macam tu saja.. Saya masih setia menunggu dia.. Harapnya hubungan saya dan dia tidak hanya berakhir pada hanya sehelai tudung.. Moga2 ia berpanjangan.. InsyaAllah..
Dia perlu cepat keluar, kerana kawan2nya sudah menunggu.. Saya tak sempat bertanya nama, tapi sempat menjeling name tagnya..
Shamimi, mesej akak ye dik...
Labels:
Tulisan Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment