Wednesday, February 13, 2013

Tugas kita itu






Kreadit Foto

Alhamdulillah..

Apa lagi perkara indah yang dapat dilakukan apabila dapat memenuhi segala hajat emak. Mak mahu saya hantarkan beliau ke program Maulidur Rasul di masjid kampung saya. Maka saya berbesar hati bersamanya sehingga pulang ke rumah. Mak adalah penyokong saya, mak tahu apa yang saya lakukan. Mak tahu saya berusrah, berprogram dan ada 1 hari tu mak saya bagitahu kawannya, saya keluar aktif pergi berdakwah.. SubhanAllah!.. Sungguh, hampir membuatkan air mata ini mengalir. Tapi control sebab depan mak.. Saya tak pernah bagitahu mak saya apa yang saya lakukan. Saya tak pernah bagitahu mak direct, ‘saya keluar berdakwah’. Tak pernah sama sekali. Cuma saya bagitahu, saya ada usrah, saya ada program dengan adik2, saya ada program untuk Palestin. Alhamdulillah.. Ini sajalah yang saya mampu berikan kepada mak dan arwah abah untuk mereka. Moga2 segala kebaikan yang saya lakukan akan memberi saham kepada mereka ibu bapa saya. Moga2 ia menjadi harta yang akan dibawa oleh mereka ke alam akhirat seperti yang disabdakan oleh Baginda Nabi saw,

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang bermanfaat  dan doa anak yang soleh
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Maka sahabat ku sekalian, carilah 1 perkara yang akan membuatkan ibu bapa kita bahagia di akhirat sana. 1 perkara yang memberikan saham kebaikan kepada mereka Kita mungkin tidak mampu belikan banglo, kereta mewah atau duit berjuta2, tetapi perkara2 yang bermanfaat dan juga doa anak yang soleh adalah lebih bernilai dari segala2nya untuk mereka.

AllahuAkhbar walillahilhamd

Ketika dalam perjalanan ke masjid, didalam kereta, mak saya bertanya kepada saya,

“Ada parking ke ye?, takut tak ada parking je ni.” Mak saya risau.

“Ada, mesti ada punya. Ni bukan perlawanan bola sepak mak. Kalau orang lawan bola sepak, memang sampai tak cukup parking bagai.” Balas saya spontan. 

“Ye tak ye jugak.” Balas mak

Berdesup difikiran saya.. Astaghfirullahalazim. Apakah kurang manusia di kampung saya ini?. Tidak sama sekali. Kebetulan, rumah saya hampir juga dengan stadium. Dan apabila waktu perlawanan bola sepak, jalan jem!.. Yang tak sepatutnya parking pun dia parking jugak!. Berlapis-lapis kereta!..

Ini membuatkan saya terfikir.

Mengapakah terjadi demikian?. Apabila majlis agama, manusia sikit. Apabila majlis hiburan, manusia ramai yang berduyun2 sampai 1 km parking!. Kalau majlis ilmu di masjid, masih ada ruang parking lagi dikawasan masjid. Ada masalahkah?

Masalahnya adalah pada saya dan kamu yang mengetahui!

Kita sudah masuk ke dalam fasa dakwah masyarakat. Jika dulu mungkin dakwah kita hanya di kampus, dikelilingi oleh kawan-kawan sebaya. Tapi kini tidak!.. Kita sudah masuk ke alam yang lain. Ke fasa yang lain. Fasa dakwah masyarakat. Inilah kerja kita untuk membantu masyarakat. Walaupun mungkin kecil usaha kita, tetapi inilah!. Inilah yang kita akan lakukan!.. Jangan ditanya mengapa mereka tidak penuhkan masjid, tapi tanya diri kita apa yang telah kita lakukan untuk masyarakat disekeliling kita!.

Ayuh, kafilah dakwah kita harus lebih gencar!. Mohon sahabatku saling menguatkan dan saling memberi idea bagaimana untuk melakukan yang terbaik untuk ummah di sekeliling!

Hakikat dakwah kita ini adalah kepada semua fasa, di kampus, di tengah masyarakat di mana sahaja!. Maka belajarlah ke arah itu. Belajar dan teruslah belajar. Ia adalah universiti kehidupan.. Graduation nanti adalah ketika hari bertemu Allah.. Mumtaz atau tidak.. Moga Allah mudahkan kehidupan ini.. InsyaAllah..

Selamat berjuang di medan sebenar!


No comments:

Related Posts with Thumbnails