Memang seronok apabila
dapat peluang untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi.
Ia boleh jadi sebagai
suatu kebanggaan kepada diri, ibu bapa dan keluarga. Rasa syukur yang tidak
dapat dibayangkan ketika dapat surat tawaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Musim adik2 masuk
Universiti ni, semester baru sudah bermula. Maka bermulalah azam baru bagi
mereka. Kehidupan di universiti,
memang menuntut kesungguhan yang luar biasa hebat. Semua perlu dibuat sendiri.
Maknanya, ia perlu semangat pengorbanan untuk hidup ditempat orang. Mungkin
keluarga di Johor, universitinya pula di Perlis. Mungkin keluarga di Kedah, universiti
pula di Selangor. Ada juga tawaran universiti di Johor, keluarga pun di Johor juga
hehe. Rezeki masing2.
Alhamdulillah a’la
kulli haal.
Macam2 ilmu yang
ditawarkan di universiti. Kalau bahasa biasanya orang panggil Kos. Ada kos Sains
Komputer, ada kos Kejuruteraan Elektik, ada kos Sains Pembangunan, ada kos
Elektrik Perubatan dan banyak kos lain lagi. Tidak kira apa pun ilmu yang kita
belajar, termasuk juga ilmu masak2 ke, ilmu buat kuih raya, ilmu buat bangunan,
ilmu buat jalan raya. SubhanAllah!.. apa2 saja ilmu, semua dari Allah.
Penting bagi kita
menyedari bahawa ilmu2 ini hakikatnya datang dari Allah. Allahlah pemilik ilmu
di langit dan di bumi. Allah lah pemilik ilmu didunia dan di akhirat. Tidak
boleh tidak, kita memang tidak mampu menafikannya.
Kita sebagai hambaNya
seharusnya perlu seimbangkan antara ilmu dunia dan ilmu akhirat.
Ilmu dunia kita belajar
sungguh2, hanya kerana nak dapat segulung ijazah, mengapa ilmu akhirat kita
ambil endah tak endah?. Seimbangkanlah keduanya. Tarbiyah perlu diseimbangkan
dengan belajar. Sibuk kita dengan ilmu dunia, hadir kelas, hadir kuliah hari2
sampai penat kononnya. Buat assignment sampai termimpi2 tapi jika diajak join
usrah, join tarbiyah, datang usrah, alasan sebuk dengan assignment?? Adilkah
ini ?
Sesuatu yang perlu
kita fikirkan.
Sesungguhnya ilmu itu
memang boleh membuat duit kepada kita. Apabila kita dah habis belajar nanti,
dapat kerja baik, best, seronok. Beli kereta, beli rumah. Kita berhabisan
dengan kerja kita. Malam tak tidur, mandi tak sempat, kalau makan pun masih
lapar lagi. Pendek kata sibuk memanjang. Kalau kerja jadi arkitek, kita sibuk
dengan plan bangunan, lukis sana lukis sini. Kalau kita jadi akauntan, kita
sibuk kira akaun company. Kalau kita jurutera, kita sibuk dengan mesin segala.
Dapat gaji ribu2. Sampai tak ada masa untuk usrah, tarbiyah ilmu akhirat?!
Bagaimana nanti nak
dapatkan rumah disyurga jika kita hanya sibuk dengan ilmu dunia?
Akhirat kita bagaimana
sahabatku?
Perlu difahami sejauh
mana ilmu itu boleh mendekatkan kita kepada Allah.
Kerana apa?
Kerana, jika kita
kejar akhirat, dunia ikut sama. Jika kita kejar dunia sahaja, akhirat say good
bye bye bye.
Maka, perlu kita
dekatkan diri kita dengan majlis2 ilmu. Dekatkan diri dengan program usrah
tarbiyah. Kita tidak rugi walau sedikit, malah kita semakin menjadi orang yang
beruntung.
Ingatlah,
Tarbiyyah bukan segala-galanya,
tapi tanpa tarbiyyah segala-galanya sia-sia
Semakin berilmunya
kita, semakin kita dekat pada Allah.
Semakin berilmunya
kita, semakin kita tidak tinggal solat, malah solat awal waktu.
Semakin berilmunya kita,
semakin bersyukurnya kita kepada Allah.
Semakin berilmunya kita, semakin kita sedar kewajipan menutup aurat.
Semakin berilmunya
kita, semakin kita rajin datang usrah, join program2 tarbiyah.
Kerana, orang yang
berilmu sahaja yang menyakini wahyu Allah (Al Quran) yang akan menjadi petunjuk
dan pemimpin bagi manusia ke jalan Allah
“Dan orang- orang yang diberikan ilmu berpendapat bahawa (wahyu) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu itulah yang benar dan memberi petunjuk (bagi manusia) kepada jalan Allah yang Mahaperkasa, Maha Terpuji.” [Saba’ 32 : 6]
No comments:
Post a Comment