Thursday, March 3, 2011

Jangan ikutkan rasa hati


Lemah.. kadang2 rasa lemah dalam berdakwah. Orang kata iman kita “down”. Iman itukan naik dan turun. Kita bukan macam malaikat, statik sahaja. Bukan juga Nabi, iman semakin naik dan semakin naik. Kita hanya manusia biasa. Iman itu akan naik dan turun.


Kawan2,


Jika terasa iman “down” ketika itu, janganlah diikutkan rasa hati. Memang benar, akan terasa malas semuanya. Malas nak datang halaqah, malas nak datang program, malas semuanya.. Hati2 kawan2… Itu semua jarum2 syaitan yang hendak melemahkan kita. Disaat iman turun ketika itu, lawanlah jiwa tu. Tekadkan dalam hati..


Aku juga pernah down, down dengan sangat sehingga merasakan tidak layak berada dijalan ni (na’uzubillah) dan macam2 rasa ada.. Alhamdulillah, Allah masih memberiku ruang dijalan ini (Terima kasih Ya Allah).


Janganlah disebabkan ujian2 dunia, kita lemah terduduk melayan kehendak dunia. Dunia ini tiada kesudahan jika kita turuti… Jika kita melayan, jarum2 syaitan sudah tersedia. Dia akan masuk kedalam lubang2 untuk mereka halakan benang kehancuran.. Sayangi hidayah dan tarbiyah yang Allah telah berikan.. Janganlah ikut rasa hati. Janganlah biarkan hati itu berbolak balik.. Jika hadir bisikan2 yang memalingkan, ingatlah Allah, ingatlah ketika dulu kamu berada didalam jahiliyah, Allah memanggil kamu untuk dekat padaNya..


Keadaan ku yang jauh dari sahabat2 perjuangan banyak menduga kekuatan jiwa. Benarlah bagai dikata, kambing seekor itu lebih mudah dibaham serigala dari kambing sekumpulan. Diri diuji dari segenap sudut. Dari segi study, famly, perasaan, hati dan lain2 lagi.. Kadang rasa macam nak jatuh terjelepuk ke lantai, syukur Allah masih selamatkan.


Kawan2…


Teruslah bersemangat dalam jalan dakwah ini.. Janganlah terus2an dalam kelambatan. Teruslah melaju!. Jangan jadikan urusan dunia sebagai kekangan kita untuk bergerak!. Dunia2 juga, akhirat jangan lupa!. Semua kena seiring.. Dakwah no 1, study/kerja bukan no 2, bisnes pula bukan no 3.. woha!


anazahra :

.Ku teguh di jalan ini bukan semata-mata kerana kefahamanku tetapi juga kerana doa sahabat-sahabat kecintaanku

.Semoga Allah redha



No comments:

Related Posts with Thumbnails