Saturday, November 29, 2008

Sheikh Yusuf Estes : Dari seorang pendakyah kepada seorang pendakwah….


Alhamdulillah.... Dapat jugak aku menatap wajah Yusuf Estes. Mule2 aku xkenal, sape la Yusuf Estes ni, xglemer pun...Lain la klu Yusuf Islam ke, Dr Gary Muller ke, Mikaeel aka Michael Jackson (wallahu’alam, dia ni dh revert to Islam ke belum, katenye dah..) ... penah la dgr name tu walaupun mereka xkenal aku. Tapi 27hb adalah tarikh keramat. Aku dapat berjumpa dgn Shiekh Yusuf Estes. Walaupun aku tidaklah duduk sesofa, makan semeja, berjalan bersama, sekurang2nya aku dapat melihat beliau dari jarak 7 langkah.. kalau langkah tu sedang2 la...eheh...


Wahh rase nk gi kat dia dan nak ckp...


“Uncle2, can u come to my house n we can muzakarah about Islam until tomorrow. Just Islam,nothing else. I want learn from u… “


Kalaulah dia perempuan, sudah tentu aku p kat dia n cium tangan dia.. isk2… aku hanya melihat dari jauh disebabkan batas2 yg perlu dijaga..isk..


Apakan daya…



Yusuf Estes dalam siri lawatannya ke Malaysia selama 15 hari, dan antara banyak2 bumi Allah di Johor Darul Takzim ni, bumi UTM dan bumi Tmn Universiti menjadi saksi pertemuan kami. Cehh… Terasa sebak apabila berada di masjid dimana ceramah beliau berlangsung. Mendengar ceramah beliau terasa seperti seorang bapa menasihati anak2nya..isk2... Kebetulan umur beliau sebaya umur bapaku, 64 tahun. Oh abahku dikampung, anakmu merinduimu....


Beliau sebelum revert kpd Islam, beliau adalah seorang yg kuat pegangan agama Kristian. Seluruh keluarga beliau juga adalah kuat pegangan agamanya. Beliau punya sayang kepada Kristian tu,sehingga beliau telah mendirikan sebuah gereja, banyaknye duit dia.. beliau mengimarahkan gereja2 yg ada disekeliling beliau. Nak katakan dia ni merangkap paderi jugaklah klu xsilap aku. Beliau mengenali Islam, apabila keluarganya berurusan jual beli dengan warganegara Arab yg bernama Muhammad. Dan niat keluarga mereka adalah untuk menjadikan Muhammad ni mad’u untuk dikristiankan. Akhirnya beliau, keluarga beliau semuanya memeluk Islam, termasuk bapanya, ibu tirinya dan ramai lagi. Besarnya pahala Muhammad. SubhanaAllah.



Sedikit isi mengenai ceramah beliau yg aku dgr...


Ceramah tu berkisar kepada ’Why do dakwah?’ Walaupun beliau mempunyai slank yg tersangat pekat,maka aku perlu tumpukan 100% kearah beliau utk memahami patah2 pekataanya..


Beliau hanya menyatakan 2 ayat Al Quran sahaja. Iaitu ayat 3:110 dan surah ke 103…(sila buka terjemahan Al Quran untuk rujukan)


2 ayat sahaja beliau gunakan tetapi penerangannya hampir 2 jam setengah. MasyaAllah...


Beliau mengatakan bahawa kita adalah umat terbaik, maka buktikan kita umat terbaik dengan cara lakukan makruf, cegah mungkar..


Dan kita juga perlu saling pesan memesan dan saling menasihati dalam kesabaran.



Tapi paling aku xbleh lupa apabila dia menceritakan detik2 dia masuk Islam.Apabila dia berdiskusi dgn seorang muslim. Berdiri bula roma aku apabila yusuf Estes mengatakan (setelah ditrasnslet ke melayu)..


’Pedulikan apa org nk kata, pedulikan apa yg keluarga aku nk kata, pedulikan pelanggan aku nak kata apa, pedulikan apa yg jiran aku nak kata, pedulikanlah sapa2 pun nak kata aku masuk Islam, ini adalah urusan aku dgn ALLAH, bukan urusan aku dengan mereka.. O Allah, please guide me..” Katanya...


Tiba2 airmata ini berlinang...xtahu kenapa...



Hati ini terdetik, orang Kristian yg masuk Islam, tetapi mereka lebih menghargai Islam itu sendiri. Tapi orang Islam sendiri yg dalam kad pengenalan mereka tertera Islam, perangai xserupa Islam.. Nau’zubillah... Nasihat untuk aku.., yg sudah 23 tahun Islam, xpernah mengenal apa itu Kristian, seperti tidak tahu menghargai, seperti tiada apa2 sumbangan untuk Islam.


”Ya Allah, janganlah kau palingkan hati ini setelah Engkau memberinya petunjuk. O Allah, please guide me..”


Akhir sekali, beliau mengatakan...


’Marilah saudaraku, kita berdakwah... Aku ingin berada di jannah, aku ingin berada di samping Rasulullah, aku ingin berada disamping para sahabat, aku ingin berada disamping para syuhada, aku ingin bersama kamu semua di jannah, inilah sumbangan aku untuk Islam’


Isk... sedihnya... Mulianya hati dia...Ku kesat airmata...


Beliau ada memberikan laman web mengenai Islam. Dia sebut 1 persatu.. Memang banyak. Xterbaca. Ini semuanya laman web sumbangan beliau. Xtahu la dia upah orang untuk develope ke, tapi bayangkanlah kalau dah banyak sangat laman web, berapa duit dia habis. 1 laman web dan berapa rm dah... Berdakwah seluruh dunia lagi. MasyaAllah, aku ni berdakwah kat dalam kampus je dah mengeluh. Belum suruh ke seluruh dunia... Astaghfirullah...


Akhir sekali.. aku sertakan gambar2 yg aku ambil. Beliau terpaksa dipapah kerana terlalu penat travel. Ditambah lagi dengan usia beliau yg emas itu.. Aku kagum dgn semangat beliau, berdakwah beribu2 kilometer, naik kapal terbang kesana kemari, dari 1 negara ke 1 negara yg lain. Lepas ni khabarnya akan ke Washinton DC dan selepas tu ke Mekah untuk tunaikan Haji, SubhanaAllah... Malunya aku yg masih kuat ini masih duduk tidak berdakwah.. Astaghfirullah...



Maaf gambar xclear sgt sbb kamera tersangat xcanggeh... Hanya dpt ambil gambar dia kat screen... Xpe la janji ada. Masa tu dia nak berangakat pulang. Haa time tu la aku kate jarak kami hanya 7 langkah je... Xbrape clear sgt tp xpelah asal aku bleh nampak jambang putih dia..eheheh...


Antara link yg Yusuf Estes bg ms mlm tu..

YusufEstes
99Islam
ShareIslam
WhatsIslam
SearchForIslam
ScienceIslam
ArabicInEnglish
ChatIslam
GodAllah
YouTubeIslam


wallahu’alam...

p/s : O Allah, please guide me....

Monday, November 24, 2008

Terasa tergetar2…Ya Allah bantulah dia…


Hari ni bermulalah hari pertama dia perlu buat kerja bersungguh2. Oh!, slama ni xbersungguh2 ke. Tapi dia merasakan hari ni seperti boring. Kenape ye..?? Mungkin kerana sahabat dia tiada disisi. Dan esok juga dia merasakan dia sunyi kerana esok sahabat2 yg lain pergi kursus keusahawanan. Dia keseorangan…Oh..

Sampai2 sahaja di fakulti, dia perlu cari org yg terer mengenai projek dia. Terpaksa buat2 xtahu, buat xmalu, buat2 dekk je.. Malu bertanya sesat jalan. Dia xnak sesat kali ke 2. Pengalaman yg lalu banyak mengajar dia… Dia pun dgn selambernye mencari org yg pakar dlm bidang tu seperti yg diberitahu oleh lecturer dia. Pintu diketuk…


“Assalammualaikum.. boleh jumpe khairul??”… Hah lelaki?? Jgn terkejut.. Kuikuikui…
“Waalaikumsalam, ya iya saya khairul, boleh saya bantu”… Lah kok ada slank Indonesia. Oh ok..org Indonesia rupanya khairul ni..

Hmm mereka pun berbincang, dia terangkan mengenai objektif projek. Khairul nmpk blur2… dia terangkan ape yg patut.. Last2 skali khairul faham masalah dia… Alhamdulillah, bisik hati dia…Last skali khairul kata…

“Oh maaf, ini bukan bidang aku, aku bukan under En. Shafry, aku under PM Daut.. Aku xbuat seperti projek yg kamu katakan…” Katanya…

Terasa diri dia tergetar2 kaki, nk menangis, nk pengsan, nak…

“Tapi, en shary kate, ade student master name khairul buat projek mcm kite” Jawap dia terketar2…

“Oh iya, mungkin tapi bukan aku” Jawap khairul

“Tapi sape..??” Soal dia.. Sungguh dia rasa nak menangis didepan khairul. Satu2nya harapan yg ada seperti tinggal harapan. Pada siapa lagi dia harus meminta bantuan.
Dia pulang ke lab dengan pelbagai perasaan, sedih, kecewa, hampa… Dia kembali duduk di kerusi. Dia tenung monitor. Dia lihat adik2 junior khusyuk buat kerja masing2. Sungguh hati tersangat bergolak. Hendak dilepaskan, tapi nak dilepaskan pada siapa…Sedihnya hati, jiwa…. Hmm kadang2 disaat hati dia nak meluahkan kepada seseorang, tetapi orang itu tiada disisi. Dan hati ini kemudiannya akan reda sendiri..
“Sabarlah wahai hati… Bukan usahamu sia2, Cuma kemenangan yg lambat tiba..” Bisik hati dia…

Kalaulah dia bukan didunia tarbiyah, mungkin dia sudah seperti orang hilang akal. Kelam kabut, kalut, nak marah, geram dekat lecturer tu. Tapi tarbiyah mengajarku segala2nya. Maka nikmat Tuhanmu yg mana lagi yg kamu dustakan?

Ya Allah, janganlah Kau palingkan hati ini setelah Kau memberi pertunjuk.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Sungguh hambaMu ini tidak tahu jalan penyelesaian


p/s : maka nikmat TuhanMu yg mana lagi yg kamu dustakan?

Thursday, November 20, 2008

Katanya Kau Seorang Pejuang...


katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha


katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat


katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah


katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah


katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir


katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah


katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk


katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat


katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu


katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat


katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu


katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain


katanya kau seorang pejuang
kau masih berpakaian tidak senonoh


katanya kau seorang pejuang
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah


katanya kau seorang pejuang
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih


katanya kau seorang pejuang
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat


katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat


katanya kau seorang pejuang
kau masih ragu dengan apa yangkau infakkan


katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi


katanya kau seorang pejuang
kau masih terasa asing dengan pekataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya

katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang

katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

katanya kau seorang pejuang
kau masih seperti dahulu


katanya kau seorang pejuang

.........................................................................

sumber : halaqah-online.com

Saturday, November 15, 2008

Beginilah Jalan Dakwah Mengajarkan Kami - Ust Abu Ridha



Untuk saudara2 kami dijalan dakwah, buku ini adalah catatan kecil dari perjalanan panjang kita. Agar kita lebih merasakan kesyukuran dan ketundukan kita kepada Allah swt atas kuriaNya kita berada dalam kebersamaan disini. Berbahagialah dan berbanggalah karena Allah telah meilih kita dijalan ini. Allah swt telah mengistimewakan kita menerima nikmat berjamaah dan ini adalah kurnia terbaik yang kita terima setelah kurnia keimanan kepada Allah swt. Kurnia yg tidak kita dapat karena nasab, status, harta maupun ilmu. Tapi ia semata2 kurnia Allah Yang Maha Rahmah, Yang menutun langkah kita hingga sampai disini, dijalan ini, pada detik ini.

Friday, November 14, 2008

Ada apa dengan nama..??



Ada seorang shbt mengadu pdku…


“Awk, ade org ckp kita ni HT (Hizbut Tahrir)...”. Katanya….


“Hah… Kita HT..??”. Senyumku… Hmm dah biasa dh klu ade suara2 blakang kata kami ni HT lah, jemaah Ikhwan lah, apa2 lah.. Kami perasan, ada mata2 yg sedang memerhatikan kami. Dalam hatiku, aku mahu kenal banget dgn mereka yg katakan kami HT. And than aku nk tau dari sumber mane yg mengatakan kami ni HT. And than aku nak ajak dia join halaqah kami.. Mesti besh…huhuhu…


“Xpe la awk, biarlah ape mereka nk kata, janji kerja dakwah kita jalan.” Pujukku kepada shbtku td..


Hmm padaku, dia dari jemaah mana, Hizbut Tahrir ka, ikhwan ka, tabligh ka, apa2 ka, janji kerja dakwah jalan. Asalkan matlamat sama iaitu mencari redha Allah, maka tiada apa yg perlu dirisaukan. Mungkin cara berbeza, tp matlamat sama. So, teruskan usahamu walaupun kamu berdiri diatas apa sahaja.


Rasanya tiada salah apa yg dibawa oleh HT. Matlamatnya mahu menegakkan khilafah. Apa salahnya. Sungguh mulia niat itu. Wahh, kalau ade org mengelar kami HT, maka silakan.. Tiada salahnya.. Tp harus ditegaskan disini kepada mereka2 diluar sana bahawa:


Kami bukan HT, kami bukan Ikhwan, kami bukan tabligh, kami bukan apa2 sahaja. Kami macam kamu juga, bermatlamat untuk mencari redha Allah, bersama untuk membangun ummah, bersama2 untuk menyelamatkan kawan2 kita yg menjadi couple tegar, bersama utk meyelamatkan kwn2 kita yg masih tidak menutup aurat, bersama2 utk share tarbiyyah yg kita dapat. Adakah itu salah..???. Pentingkah nama sesebuah jemaah??. Tiada apa yg penting diatas nama itu. Yang penting dakwah jalan. Masing2 faham tanggungjawap sebagai khalifah. Maka tiada apa yg perlu dipertikaikan..


Janganlah kita sibuk utk mendeclare mereka apa atau apa. Janganlah kita risaukan dia ikut apa atau apa. Benda remeh temeh mcm itu tidak perlu dibincangkan. Banyak lagi kita perlu bincangkan sama2. Contoh, kita boleh bincangkan mcm mana nk imarahkan surau kolej, mcm mana nk ajak kwn2 kita solat awal waktu, dan jemaah sama2. Ini pun kadang2 surau masih kosong, berkunci lagi xbg org masuk, atau apa2 ajalah, dan mencari jalan penyelesaian lebih kita utamakan drpd pikir benda2 sepele... Itu lebih penting drpd kita peningkan kepala duduk pikir dia ni jemaah apa atau apa. Dia ni ikut apa atau apa. Selagi apa yg dia bawa tidak melanggar syariat, tiada apa yg perlu dirisaukan. Selagi dia solat 5 waktu, baca Quran, dan tak melakukan perkara pelik2 maka silakan. Kita sama2 berjuang demi Islam. InsyaAllah...


Ukhtifillah...

Ana teringat 10 wasiat Hassan Al Banna, salah satunya mengatakan, Janganlah kamu mengata dan memburuk2kan pertubuhan atau jemaah yg lain. Kita sama2 bercita2 mencari redha Allah, kita bercita2 membangun ummah, kita sama2 mengembalikan Islam, maka marilah bersama2 fikirkan cara2 ke arah itu. Walaupun kita tidak berada didalam managemant yg sama, tp percayalah matlamat kita sama. Berbuat kerana Allah. InsyaAllah.


Semoga kita semua dilindungi oleh Allah drpd musuh2 Islam yg ingin memecah belahkan umat Islam itu sendiri...


p/s: ada aku kesah.!!! kau xiktiraf pun aku xkesahlahhhh.....huhu

Dimana dia pasukan Badar berani...?


Pada ketika umat Islam menyambut Nuzul-al-Qur’an, sebagai meraikan tarikh turunnya Al-Qur’an kepada manusia (menurut pandangan sebahagian ulama’); mungkin ramai juga yang terlupa bahawa pada tarikh yang sama satu lagi peristiwa besar telah berlaku dalam sejarah Islam. Tanggal 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah, peristiwa yang dinukilkan dalam Al-Qur’an sebagai Yaumul-Furqan (Hari Pemisahan di Antara Hak dan Batil) telah berlaku; peristiwa penting yang menjadi penentu kepada tertegaknya atau jatuhnya Islam; peristiwa yang menentukan sama ada yang hak atau yang batil yang akan selamanya menang; itulah peristiwa yang kita kenali sebagai peperangan Badar Al-Kubra!


Peristiwa Badar Al-Kubra, yang merupakan peperangan pertama bagi umat Islam, adalah satu peristiwa yang cukup penting kerana peristiwa tersebut menjadi penentu sama ada yang hak akan berada di atas kebatilan atau yang batil akan berada di atas yang hak. Apatah lagi, tentera Islam yang seramai 313 orang itu semuanya merupakan ‘orang-orang kuat’ Islam yang seandainya terkorban, pasti perkembangan Islam itu sendiri akan mati. Malah, peristiwa ini juga boleh menjadi kayu ukur, adakah kekentalan iman Islam akan menang atau puak musyrik akan mudah meleburkan tentera Islam. Atas sebab itulah, Rasulullah s.a.w. berdoa kepada Allah S.W.T. sebelum bermulanya peperangan, yang menggambarkan betapa penting dan besarnya perang Badar Al-Kubra tersebut;

Baginda Rasulullah s.a.w. berdoa: “Wahai Allah, kalau (pasukan Muslimin) ini sampai binasa hari ini, Engkau tidak akan disembah lagi (oleh manusia). Wahai Allah, jika Engkau menghendaki, Engkau tidak disembah lagi selepas ini.”


Dalam peristiwa inilah kita menyaksikan bagaimana Allah S.W.T. membuktikan janji akan pertolongan-Nya kepada orang-orang yang beriman dan berjihad di jalan-Nya. Dalam peristiwa ini jugalah kita menyaksikan bagaimana kesatuan dan kesepaduan umat Islam itu teruji dan terbukti. Strategi peperangan yang terhasil daripada musyawarah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menjadi hujah betapa pentingnya musyawarah dalam membuat keputusan penting dalam sesebuah organisasi atau jemaah. Malah, dalam peristiwa ini jugalah terbukti keimanan para sahabat yang telah menyatakan iltizam mereka untuk bersama-sama dengan Rasulullah, walaupun menyedari bahaya yang menanti di hadapan. Namun, dek kekentalan iman dan keyakinan yang menebal akan janji Allah S.W.T. dan Rasul-Nya, maka mereka terus mara di medan perjuangan.

Perhatikan ucapan Sa’ad ibn Muaz, mewakili golongan Ansar yang merupakan golongan terbanyak dalam barisan tentera Badar tersebut, yang menyatakan tekad mereka sekaligus menghilangkan kegusaran dan menghadirkan kegembiraan di hati Rasulullah s.a.w.: “Kami telah beriman kepadamu, dan kami bersaksi bahawa apa yang engkau bawa adalah benar. Atas dasar itu, kami telah menyatakan janji untuk sentiasa bersama, taat dan setia kepadamu. Wahai Rasulullah! Laksanakanlah apa yang engkau kehendaki, kami tetap bersamamu. Demi Allah! Seandainya engkau menghadapi lautan dan engkau terjun ke dalamnya, kami pasti akan terjun bersamamu juga. Tidak ada seorang pun di antara kami yang mundur dan kami tidak akan bersedih jika engkau menghadapkan kami dengan musuh esok hari. Kami akan tabah menghadapi peperangan dan tidak akan melarikan diri. Semoga Allah akan memperlihatkan kepadamu apa yang sangat engkau inginkan daripada kami. Marilah kita berangkat dengan kemuliaan Ilahi.”

Akhirnya dengan bantuan tentera daripada para Malaikat yang diutuskan oleh Allah S.W.T., tentera Islam yang hanya seramai 313 orang itu berjaya menumpaskan tentera Musyrik yang diketuai oleh Abu Jahal. Oleh sebab besarnya peranan dan nilai kemenangan tentera Islam dalam peperangan Badar Al-Kubra ini, para tentera Badar adalah merupakan mereka yang dikurniakan kemuliaan.

Abu Hurairah r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah melihat orang yang menyertai Perang Badar, lalu Dia berfirman: ‘Lakukanlah apa sahaja yang kamu kehendaki kerana Aku telah mengampunkan dosa kamu!’”.

Imam Al-Bukhari r.a. juga turut menyebut mengenai kehadiran tentera malaikat dalam Peperangan Badar dengan memetik sebuah hadith, yang bermaksud: “Malaikat Jibril a.s. menemui Nabi Muhammad s.a.w. lalu bertanya, ‘Apakah jenis tentera yang menyertai kelompok tentera Badar ini?’ Baginda s.a.w. menjawab, ‘Daripada sebaik-baik kaum Muslimin, atau perkataan yang seumpamanya!’ Lalu Jibril a.s. berkata, ‘Begitu juga tentera Malaikat yang menyertai peperangan ini!’”.


Semoga Allah merahmati para ahli Badar. Berikut disenaraikan nama tentera-tentera Badar Al-Kubra, yang diketuai oleh pemimpin agung kita, Penghulu Para Nabi dan Rasul!


1. Sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w.

2. Abu Bakar al-Siddiq r.a.

3. Umar bin al-Khattab r.a.

4. Uthman bin Affan r.a.

5. Ali bin Abu Tolib r.a.

6. Talhah bin ‘Ubaidillah r.a.

7. Bilal bin Rabbah r.a.

8. Hamzah bin Abdul Muttolib r.a.

9. Abdullah bin Jahsyi r.a.

10. Al-Zubair bin al-Awwam r.a.

11. Mus’ab bin Umair bin Hasyim r.a.

12. Abdur Rahman bin ‘Auf r.a.

13. Abdullah bin Mas’ud r.a.

14. Sa’ad bin Abi Waqqas r.a.

15. Abu Kabsyah al-Faris r.a.

16. Anasah al-Habsyi r.a.

17. Zaid bin Harithah al-Kalbi r.a.

18. Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi r.a.

19. Abu Marthad al-Ghanawi r.a.

20. Al-Husain bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.

21. ‘Ubaidah bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.

22. Al-Tufail bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.

23. Mistah bin Usasah bin ‘Ubbad bin Abdul Muttolib r.a.

24. Abu Huzaifah bin ‘Utbah bin Rabi’ah r.a.

25. Subaih (maula Abi ‘Asi bin Umaiyyah) r.a.

26. Salim (maula Abu Huzaifah) r.a.

27. Sinan bin Muhsin r.a.

28. ‘Ukasyah bin Muhsin r.a.

29. Sinan bin Abi Sinan r.a.

30. Abu Sinan bin Muhsin r.a.

31. Syuja’ bin Wahab r.a.

32. ‘Utbah bin Wahab r.a.

33. Yazid bin Ruqais r.a.

34. Muhriz bin Nadhlah r.a.

35. Rabi’ah bin Aksam r.a.

36. Thaqfu bin Amir r.a.

37. Malik bin Amir r.a.

38. Mudlij bin Amir r.a.

39. Abu Makhsyi Suwaid bin Makhsyi al-To’i r.a.

40. ‘Utbah bin Ghazwan r.a.

41. Khabbab (maula ‘Utbah bin Ghazwan) r.a.

42. Hathib bin Abi Balta’ah al-Lakhmi r.a.

43. Sa’ad al-Kalbi (maula Hathib) r.a.

44. Suwaibit bin Sa’ad bin Harmalah r.a.

45. Umair bin Abi Waqqas r.a.

46. Al-Miqdad bin ‘Amru r.a.

47. Mas’ud bin Rabi’ah r.a.

48. Zus Syimalain Amru bin Amru r.a.

49. Khabbab bin al-Arat al-Tamimi r.a.

50. Amir bin Fuhairah r.a.

51. Suhaib bin Sinan r.a.

52. Abu Salamah bin Abdul Asad r.a.

53. Syammas bin Uthman r.a.

54. Al-Arqam bin Abi al-Arqam r.a.

55. Ammar bin Yasir r.a.

56. Mu’attib bin ‘Auf al-Khuza’i r.a.

57. Zaid bin al-Khattab r.a.

58. Amru bin Suraqah r.a.

59. Abdullah bin Suraqah r.a.

60. Sa’id bin Zaid bin Amru r.a.

61. Mihja bin Akk (maula Umar bin al-Khattab) r.a.

62. Waqid bin Abdullah al-Tamimi r.a.

63. Khauli bin Abi Khauli al-Ijli r.a.

64. Malik bin Abi Khauli al-Ijli r.a.

65. Amir bin Rabi’ah r.a.

66. Amir bin al-Bukair r.a.

67. Aqil bin al-Bukair r.a.

68. Khalid bin al-Bukair r.a.

69. Iyas bin al-Bukair r.a.

70. Uthman bin Maz’un r.a.

71. Qudamah bin Maz’un r.a.

72. Abdullah bin Maz’un r.a.

73. Al-Saib bin Uthman bin Maz’un r.a.

74. Ma’mar bin al-Harith r.a.

75. Khunais bin Huzafah r.a.

76. Abu Sabrah bin Abi Ruhm r.a.

77. Abdullah bin Makhramah r.a.

78. Abdullah bin Suhail bin Amru r.a.

79. Wahab bin Sa’ad bin Abi Sarah r.a.

80. Hatib bin Amru r.a.

81. Umair bin Auf r.a.

82. Sa’ad bin Khaulah r.a.

83. Abu Ubaidah Amir al-Jarah r.a.

84. Amru bin al-Harith r.a.

85. Suhail bin Wahab bin Rabi’ah r.a.

86. Safwan bin Wahab r.a.

87. Amru bin Abi Sarah bin Rabi’ah r.a.

88. Sa’ad bin Muaz r.a.

89. Amru bin Muaz r.a.

90. Al-Harith bin Aus r.a.

91. Al-Harith bin Anas r.a.

92. Sa’ad bin Zaid bin Malik r.a.

93. Salamah bin Salamah bin Waqsyi r.a.

94. ‘Ubbad bin Waqsyi r.a.

95. Salamah bin Thabit bin Waqsyi r.a.

96. Rafi’ bin Yazid bin Kurz r.a.

97. Al-Harith bin Khazamah bin ‘Adi r.a.

98. Muhammad bin Maslamah al-Khazraj r.a.

99. Salamah bin Aslam bin Harisy r.a.

100. Abul Haitham bin al-Tayyihan r.a.

101. ‘Ubaid bin Tayyihan r.a.

102. Abdullah bin Sahl r.a.

103. Qatadah bin Nu’man bin Zaid r.a.

104. Ubaid bin Aus r.a.

105. Nasr bin al-Harith bin ‘Abd r.a.

106. Mu’attib bin ‘Ubaid r.a.

107. Abdullah bin Tariq al-Ba’lawi r.a.

108. Mas’ud bin Sa’ad r.a.

109. Abu Absi Jabr bin Amru r.a.

110. Abu Burdah Hani’ bin Niyyar al-Ba’lawi r.a.

111. Asim bin Thabit bin Abi al-Aqlah r.a.

112. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail r.a.

113. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid r.a.

114. Umair bin Mab’ad bin al-Az’ar r.a.

115. Sahl bin Hunaif bin Wahib r.a.

116. Abu Lubabah Basyir bin Abdul Munzir r.a.

117. Mubasyir bin Abdul Munzir r.a.

118. Rifa’ah bin Abdul Munzir r.a.

119. Sa’ad bin ‘Ubaid bin al-Nu’man r.a.

120. ‘Uwaim bin Sa’dah bin ‘Aisy r.a.

121. Rafi’ bin Anjadah r.a.

122. ‘Ubaidah bin Abi ‘Ubaid r.a.

123. Tha’labah bin Hatib r.a.

124. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah r.a.

125. Ma’ni bin Adi al-Ba’lawi r.a.

126. Thabit bin Akhram al-Ba’lawi r.a.

127. Zaid bin Aslam bin Tha’labah al-Ba’lawi r.a.

128. Rib’ie bin Rafi’ al-Ba’lawi r.a.

129. Asim bin Adi al-Ba’lawi r.a.

130. Jubr bin ‘Atik r.a.

131. Malik bin Numailah al-Muzani r.a.

132. Al-Nu’man bin ‘Asr al-Ba’lawi r.a.

133. Abdullah bin Jubair r.a.

134. Asim bin Qais bin Thabit r.a.

135. Abu Dhayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.

136. Abu Hayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.

137. Salim bin Amir bin Thabit r.a.

138. Al-Harith bin al-Nu’man bin Umayyah r.a.

139. Khawwat bin Jubair bin al-Nu’man r.a.

140. Al-Munzir bin Muhammad bin ‘Uqbah r.a.

141. Abu ‘Uqail bin Abdullah bin Tha’labah r.a.

142. Sa’ad bin Khaithamah r.a.

143. Munzir bin Qudamah bin Arfajah r.a.

144. Tamim (maula Sa’ad bin Khaithamah) r.a.

145. Al-Harith bin Arfajah r.a.

146. Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair r.a.

147. Sa’ad bin al-Rabi’ bin Amru r.a.

148. Abdullah bin Rawahah r.a.

149. Khallad bin Suwaid bin Tha’labah r.a.

150. Basyir bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.

151. Sima’ bin Sa’ad bin Tha’labah r.a.

152. Subai bin Qais bin ‘Isyah r.a.

153. ‘Ubbad bin Qais bin ‘Isyah r.a.

154. Abdullah bin Abbas r.a.

155. Yazid bin al-Harith bin Qais r.a.

156. Khubaib bin Isaf bin ‘Atabah r.a.

157. Abdullah bin Zaid bin Tha’labah r.a.

158. Huraith bin Zaid bin Tha’labah r.a.

159. Sufyan bin Bisyr bin Amru r.a.

160. Tamim bin Ya’ar bin Qais r.a.

161. Abdullah bin Umair r.a.

162. Zaid bin al-Marini bin Qais r.a.

163. Abdullah bin ‘Urfutah r.a.

164. Abdullah bin Rabi’ bin Qais r.a.

165. Abdullah bin Abdullah bin Ubai r.a.

166. Aus bin Khauli bin Abdullah r.a.

167. Zaid bin Wadi’ah bin Amru r.a.

168. ‘Uqbah bin Wahab bin Kaladah r.a.

169. Rifa’ah bin Amru bin Amru bin Zaid r.a.

170. Amir bin Salamah r.a.

171. Abu Khamishah Ma’bad bin Ubbad r.a.

172. Amir bin al-Bukair r.a.

173. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah r.a.

174. ‘Utban bin Malik bin Amru bin al-Ajlan r.a.

175. ‘Ubadah bin al-Somit r.a.

176. Aus bin al-Somit r.a.

177. Al-Nu’man bin Malik bin Tha’labah r.a.

178. Thabit bin Huzal bin Amru bin Qarbus r.a.

179. Malik bin Dukhsyum bin Mirdhakhah r.a.

180. Al-Rabi’ bin Iyas bin Amru bin Ghanam r.a.

181. Waraqah bin Iyas bin Ghanam r.a.

182. Amru bin Iyas r.a.

183. Al-Mujazzar bin Ziyad bin Amru r.a.

184. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy r.a.

185. Nahhab bin Tha’labah bin Khazamah r.a.

186. Abdullah bin Tha’labah bin Khazamah r.a.

187. Utbah bin Rabi’ah bin Khalid r.a.

188. Abu Dujanah Sima’ bin Kharasyah r.a.

189. Al-Munzir bin Amru bin Khunais r.a.

190. Abu Usaid bin Malik bin Rabi’ah r.a.

191. Malik bin Mas’ud bin al-Badan r.a.

192. Abu Rabbihi bin Haqqi bin Aus r.a.

193. Ka’ab bin Humar al-Juhani r.a.

194. Dhamrah bin Amru r.a.

195. Ziyad bin Amru r.a.

196. Basbas bin Amru r.a.

197. Abdullah bin Amir al-Ba’lawi r.a.

198. Khirasy bin al-Shimmah bin Amru r.a.

199. Al-Hubab bin al-Munzir bin al-Jamuh r.a.

200. Umair bin al-Humam bin al-Jamuh r.a.

201. Tamim (maula Khirasy bin al-Shimmah) r.a.

202. Abdullah bin Amru bin Haram r.a.

203. Muaz bin Amru bin al-Jamuh r.a.

204. Mu’awwiz bin Amru bin al-Jamuh r.a.

205. Khallad bin Amru bin al-Jamuh r.a.

206. ‘Uqbah bin Amir bin Nabi bin Zaid r.a.

207. Hubaib bin Aswad r.a.

208. Thabit bin al-Jiz’i r.a.

209. Umair bin al-Harith bin Labdah r.a.

210. Basyir bin al-Barra’ bin Ma’mur r.a.

211. Al-Tufail bin al-Nu’man bin Khansa’ r.a.

212. Sinan bin Saifi bin Sakhr bin Khansa’ r.a.

213. Abdullah bin al-Jaddi bin Qais r.a.

214. Atabah bin Abdullah bin Sakhr r.a.

215. Jabbar bin Umaiyah bin Sakhr r.a.

216. Kharijah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.

217. Abdullah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.

218. Yazid bin al-Munzir bin Sahr r.a.

219. Ma’qil bin al-Munzir bin Sahr r.a.

220. Abdullah bin al-Nu’man bin Baldumah r.a.

221. Al-Dhahlak bin Harithah bin Zaid r.a.

222. Sawad bin Razni bin Zaid r.a.

223. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.

224. Abdullah bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.

225. Abdullah bin Abdi Manaf r.a.

226. Jabir bin Abdullah bin Riab r.a.

227. Khulaidah bin Qais bin al-Nu’man r.a.

228. An-Nu’man bin Yasar r.a.

229. Abu al-Munzir Yazid bin Amir r.a.

230. Qutbah bin Amir bin Hadidah r.a.

231. Sulaim bin Amru bin Hadidah r.a.

232. Antarah (maula Qutbah bin Amir) r.a.

233. Abbas bin Amir bin Adi r.a.

234. Abul Yasar Ka’ab bin Amru bin Abbad r.a.

235. Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin al-Qais r.a.

236. Amru bin Talqi bin Zaid bin Umaiyah r.a.

237. Muaz bin Jabal bin Amru bin Aus r.a.

238. Qais bin Mihshan bin Khalid r.a.

239. Abu Khalid al-Harith bin Qais bin Khalid r.a.

240. Jubair bin Iyas bin Khalid r.a.

241. Abu Ubadah Sa’ad bin Uthman r.a.

242. ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah r.a.

243. Ubadah bin Qais bin Amir bin Khalid r.a.

244. As’ad bin Yazid bin al-Fakih r.a.

245. Al-Fakih bin Bisyr r.a.

246. Zakwan bin Abdu Qais bin Khaladah r.a.

247. Muaz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.

248. Aiz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.

249. Mas’ud bin Qais bin Khaladah r.a.

250. Rifa’ah bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.

251. Khallad bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.

252. Ubaid bin Yazid bin Amir bin al-Ajalan r.a.

253. Ziyad bin Lubaid bin Tha’labah r.a.

254. Khalid bin Qais bin al-Ajalan r.a.

255. Rujailah bin Tha’labah bin Khalid r.a.

256. Atiyyah bin Nuwairah bin Amir r.a.

257. Khalifah bin Adi bin Amru r.a.

258. Rafi’ bin al-Mu’alla bin Luzan r.a.

259. Abu Ayyub bin Khalid al-Ansari r.a.

260. Thabit bin Khalid bin al-Nu’man r.a.

261. ‘Umarah bin Hazmi bin Zaid r.a.

262. Suraqah bin Ka’ab bin Abdul Uzza r.a.

263. Suhail bin Rafi’ bin Abi Amru r.a.

264. Adi bin Abi al-Zaghba’ al-Juhani r.a.

265. Mas’ud bin Aus bin Zaid r.a.

266. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid r.a.

267. Rafi’ bin al-Harith bin Sawad bin Zaid r.a.

268. Auf bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.

269. Mu’awwaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.

270. Muaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.

271. An-Nu’man bin Amru bin Rifa’ah r.a.

272. Abdullah bin Qais bin Khalid r.a.

273. Wadi’ah bin Amru al-Juhani r.a.

274. Ishmah al-Asyja’i r.a.

275. Thabit bin Amru bin Zaid bin Adi r.a.

276. Sahl bin ‘Atik bin al-Nu’man r.a.

277. Tha’labah bin Amru bin Mihshan r.a.

278. Al-Harith bin al-Shimmah bin Amru r.a.

279. Ubai bin Ka’ab bin Qais r.a.

280. Anas bin Muaz bin Anas bin Qais r.a.

281. Aus bin Thabit bin al-Munzir bin Haram r.a.

282. Abu Syeikh bin Ubai bin Thabit r.a.

283. Abu Tolhah bin Zaid bin Sahl r.a.

284. Abu Syeikh Ubai bin Thabit r.a.

285. Harithah bin Suraqah bin al-Harith r.a.

286. Amru bin Tha’labah bin Wahb bin Adi r.a.

287. Salit bin Qais bin Amru bin ‘Atik r.a.

288. Abu Salit bin Usairah bin Amru r.a.

289. Thabit bin Khansa’ bin Amru bin Malik r.a.

290. Amir bin Umaiyyah bin Zaid r.a.

291. Muhriz bin Amir bin Malik r.a.

292. Sawad bin Ghaziyyah r.a.

293. Abu Zaid Qais bin Sakan r.a.

294. Abul A’war bin al-Harith bin Zalim r.a.

295. Sulaim bin Milhan r.a.

296. Haram bin Milhan r.a.

297. Qais bin Abi Sha’sha’ah r.a.

298. Abdullah bin Ka’ab bin Amru r.a.

299. ‘Ishmah al-Asadi r.a.

300. Abu Daud Umair bin Amir bin Malik r.a.

301. Suraqah bin Amru bin ‘Atiyyah r.a.

302. Qais bin Mukhallad bin Tha’labah r.a.

303. Al-Nu’man bin Abdi Amru bin Mas’ud r.a.

304. Al-Dhahhak bin Abdi Amru r.a.

305. Sulaim bin al-Harith bin Tha’labah r.a.

306. Jabir bin Khalid bin Mas’ud r.a.

307. Sa’ad bin Suhail bin Abdul Asyhal r.a.

308. Ka’ab bin Zaid bin Qais r.a.

309. Bujir bin Abi Bujir al-Abbasi r.a.

310. ‘Itban bin Malik bin Amru al-Ajalan r.a.

311. ‘Ismah bin al-Hushain bin Wabarah r.a.

312. Hilal bin al-Mu’alla al-Khazraj r.a.

313. Oleh bin Syuqrat r.a. (khadam Nabi s.a.w.)


Allahuakbar!

Wednesday, November 12, 2008

Dan akhirnya air mata ini mengalir jua….


Astaghfirullah… dh pukul 1150…Hmm aku baru terjaga dr tidur panjang. Pagi td balik dr lab pukul 8, n buat keje sikit ape yg patut, n lepas tu kepala dh berat, terus tetido. Ya Allah, matahari dah terpacak. (Aku mohon ampun Ya Allah). Hampir seminggu aku dok kat lab dan mlm td seperti biasa xtidur cuba mencari penyelesaian PSM aku. Teringat kata2 kak ita, “nenek2 sibongkok 3, siang tido mlm berjaga, mencari cucu dimana aja, nenekku kawen dgn anak raja.” Kuikuikui…

Sedar2, hp ku capai. Dengan keadaanku yg masih mamai2 lg. Aku lihat ade miscall n msg. Hahh..9 misscall..Wahh smpi 9 misscall, penting sgt ke?? Hehe kata hatiku.. Segera paparan skrin menunjukkan nama sahabatku. Aku tercengang. Terus teringat kata2nya mlm td. “Esok sy nk balik kampung”. Cepat2 bc msg pula.

“Assalammualaikum awk sy d mranti skrg.. nk mkn lepas tu sy nk balik.. nk mkn dgn sy?”. Aku terus melihat waktu msg tu dihantar. Haaa pukul 1105, skrg pukul 1155…tiba2 hati ni berdebar2…

“Waalaikumsalam, afwan td sy tdo ms awk call.. Awk kat mane? Awk, jgn ckp awk dh balik…” Balas ku dengan tgn yg tergetar2. Beberapa minit kemudian msg dibalas. “(;_;) sy dh ada d sri putri jumpa lagi minta maaf”..Haaa… tiba2 hati ni sakit, jiwa rasa sebak dan akhirnya air mataku yg ku tahan selama ini mengalir jua. Selimut ku tarik sehingga menutupi diriku. Dan ku lepaskan segala2nya disebalik selimut tu. Xtahu kenapa hari ni air mata ini mudah sekali mengalir.

Serta merta kenangan2 yg lepas bertamu dlm mindaku. Segala gelak ktawa bersama dia aku teringat. Dan peristiwa semalam membuatkan aku lagi sedih. Aku dh buat salah dgn dia, dan kenapa hari ni aku xdapat jumpa dia. Hmmm, kalau la aku ada kapal terbang, sudah tentu aku terbang kesana utk berjumpa dia..huhu….

Selama ini, kalau apa2 terjadi diantara kami atau shbt2 lain aku sedaya2 upaya menyembunyikan kesedihan hati aku. Walaupun kadangkala, airmata ini dah berlinang tunggu ia berderai sahaja…“Weii Jijah, jangan menangis.!!!! , kau kena kuat..!!!. Kau kena sabar dengan karenah mereka…!!!”.. Bentak diriku. Tapi kini, kenapa lemah sangat aku ni. Hmm aku menangis kerana manusia. Ya Allah, sesungguhnya airmata ini hanya layak untukMU. Ampunkan aku Ya Allah. Aku hanya hamba yang lemah.

Sudah!!!…sudah cukup Jijah. Biarkan dia pergi. Dia bukan milikmu. Siapa kau untuk bersama dia sentiasa. Dia ada tanggungjawap lain. Relakan dia pergi. Astaghfirullah… Nafas kutarik dalam2…Kucapai tuala, kesat airmata yg ada...”Ya Allah, permudahkanlah perjalanannya”.. Aku membalas msg kepadanya apa yg patut. Kulihat jam sudah 1230 tghari. Lantas teringat sahabatku seorang lagi. Aku tersenyum. “Sya, kita syg awk…”. Bisik hatiku. Dan hp kucapai, kucari namanya, ku tekan butang dail….

“ Assalammualaikum sya, lapar x?? . Jom pi makan…”

.
.
.
.
.
.
.

p/s : sebuah kisah klasik utk masa depan…

Tuesday, November 11, 2008

BICARA BUATMU....SAHABAT


Maafkan aku
Jika bahasaku terkesat kerana kerendahan diri
Kurangnya ilmu dan budi
Maafkan aku
Jika bicaraku menyentuh jiwamu
Menghiris hulu hatimu
Menggugat rasa nalurimu
Bukan kesengajaan
Aku tidak berniat menodai perasaan insan
Maafkan aku sahabat
Aku dan dirimu tahu bahawa hidup penuh pancaroba
Sesungguhnya Allah yang memilikiku
Bukannya aku yang ingin begini
Hakikatnya aku yang ingin terus bersamamu
Merai suka dan duka
Berkongsi pengalaman dan idea
Maafkan aku sahabat
Niatku tulus suci
Walau badai datang melanda
Aku ingin terus bersama
Sebagai sahabat dan teman seperjuangan
Kerana aku tahu
Dirimu adalah permata harapan
Sahabat
Hidup ini memang payah
Terpaksa menempuh duri susah
Terkadang sulit melawan rasa rindu
Sesekali memaut kalbu
Terkadang sulit menentang rasa sendu
Sesekali sedih datang bertamu
Sahabat
Kau insan harapan
Binalah pekertimu yang tinggi
Biar antara bintang
Kau bagai kejora
Yang menghiasi malam menyinari bumi
Untukmu Sahabatku
Inilah seruan untukmu teruskan amanah suci
Tekadkan hatimu demi cita-cita suci
Pasaki Jihadmu
Thabatkan jiwamu
Suburkan kasihmu yang sejati
Moga pengorbananmu
Syurga yang bakal menanti


sumber : akademi-medan-pena.blogspot.com

Bersikap Lemah Lembut dan Rendah Hati


“Maka disebabkan rahmat Allah atasmu, kamu berlaku lemah lembut kepada mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkan mereka dan mohonkanlah ampun bagi mereka…”(QS.:3:159)


Ikhwan dan akhwat fillah, sejarah telah memaparkan pancaran pesona akhlaq Rasulullah dalam perjuangan dakwah beliau sebagai suri teladan bagi kita (QS.:33:21). Kemudian Allah SWT menguatkan dengan firman-Nya “wa innaka la’alaa khuluqin ‘azhiim”(QS.:68:4). Tentunya ini merupakan pelajaran yang sangat berharga bagi kita. Rumusan nyata dan gamblang tentang model manusia terbaik.

Maka siapa yang ingin berhasil dalam mengemban tugas dakwah sebagaimana Rasul, hendaklah mengikuti jejak langkah Rasulullah dan menerapkan akhlaq Rasulullah dalam segenap aktivitas kehidupannya. Dulu sering kita jumpai keluhan-keluhan dan kekecewaan terhadap penanganan dakwah di kalangan para mutarobbi. Fenomena berjatuhannya para aktivis dakwah, ditambah lagi dengan ketidaksukaan mereka terhadap pola dakwah ternyata - menurut mereka - disebabkan karena seringnya mereka menerima perlakuan yang tidak bijaksana.

Jawaban sederhana dari permasalahan di atas boleh jadi karena ketidak utuhan kita dalam meneladani Rasul atau bahkan mungkin karena kita belum mampu menanamkan akhlaq Rasul pada diri mereka. Akibatnya kita sering tidak sabar dan tidak bijaksana menyikapi mereka, sementara merekapun terlalu mudah tersinggung dan cengeng menyikapi teguran dan nasihat yang mereka anggap sebagai pengekang kebebasan. Komunikasi yang tidak sehat ini sebenarnya bisa diatasi dengan menyadari sepenuh hati akan begitu pentingnya penanaman dan penerapan akhlaq Rasulullah dalam berbagai pendekatan dakwah.



Ditinjau dari segi juru dakwah, keinginan meluruskan, teguran, penugasan, sindiran dan sebagainya sebenarnya dapat dikemas dengan akhlaq. Begitupun dari segi mad’u, ketidakpuasan, ketersinggungan, perasaan terkekang dan kejenuhan juga dapat diredam dengan akhlaq. Akhlaq menuntun kepada kemampuan untuk saling menjaga perasaan, saling memaklumi kesalahan dan mengantarkan kepada penyelesaian terbaik.



Banyak murabbi yang dikecewakan dan ditinggalkan binaaanya, tapi dia mampu mengemas luka itu dengan empati dan terus mendoakan kebaikan bagi binaannya. Bahkan diiringi harapan suatu saat Allah mengembalikan binaannya dalam aktvitas dakwah, walaupun mungkin bukan dalam penanganannya. “Mungkin dengan saya tidak cocok, tapi semoga dengan murabbi lain cocok”. Ada mutarabbi yang diperlakukan tidak bijaksana oleh murabbinya namun akhlaq menuntunnya untuk mengerti dan menyadari bahwa murabbinya bukan nabi, sehingga dia tidak dendam dan menjelek-jelekkan murabbinya, melainkan tetap merasa bahwa murabbi dengan segala kekurangannya telah berjasa banyak padanya.



Dia tidak membenci dakwah meskipun dia dikecewakan oleh seorang aktivis dakwah. Di antara nilai-nilai akhlaq yang semuanya mesti kita tanamkan dalam diri, ada dua nilai yang cukup relevan dengan kelancaran dakwah, yaitu kelembutan dan rendah hati. Kelembutan adalah perpaduan hati, ucapan dan perbuatan dalam upaya menyayangi, menjaga perasaan, melunakkan dan memperbaiki orang lain. Kelembutan adalah kebersihan hati dan keindahan penyajian yang diwujudkan dalam komunikasi lisan maupun badan. Bukanlah kelembutan bila ucapannya lembut tapi isinya penuh dengan kata-kata kasar menyakitkan (nyelekit).



Bukan pula kelembutan bila menyampaikan kebenaran tapi dengan caci maki dan bentakan. Berwajah manis penuh senyum, memilih pemakaian kata yang benar dan pas (qaulan syadidan), memaafkan, memaklumi, penuh perhatian, penuh kasih sayang adalah tampilan kelembutan. Wajah sinis, penuh sindiran yang terkadang tanpa tabayyun, buruk sangka, ghibah, pendendam, emosional merupakan kebalikan dari sifat kelembutan. Rendah hati merupakan perpaduan hati, ucapan dan perbuatan dalam upaya mendekatkan/mengakrabkan, melunakkan keangkuhan, menumbuhkan kepercayaan, membawa keharmonisan dan mengikis kekakuan. Angkuh, sok pintar dan hebat, merasa paling berjasa, merasa levelnya lebih tinggi, minta dihormati, enggan menegur/menyapa lebih dulu, tidak mau diperintah, sulit ditemui/dimintai tolong dengan alasan birokratis, menganggap remeh, cuek dan antipati merupakan lawan dari rendah hati. Allah berfirman dalam surah Asy Syu’araa ayat 215 “Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang beriman yang mengikuti kamu.” Bila Rasulullah saja dengan berbagai pesona dan kelebihannya diperintah untuk tawadhu (dan Rasul telah menjalankan perintah itu), tentulah kita yang apa adanya ini harus lebih rendah hati.



Rendah hati terhadap murabbi, rendah hati terhadap mutarabbi dan rendah hati terhadap seluruh orang-orang beriman menunjukkan penghormatan kita pada Rasul dan pada kebenaran Al Qur’an. Sebaliknya, keangkuhan dan perasaan lebih dari orang lain menandakan masih jauhnya kita dari Qur’an dan. Hadist Marilah kita lebih mengaplikasikan apa-apa yang sudah kita ketahui. Betapa pemahaman kita tentang pentingnya akhlak dalam mengantarkan pada kesuksesan dakwah mungkin sudah cukup mumpuni. Namun tinggal bagaimana kita terus meningkatkan penerapan nilai-nilai akhlaq itu dalam kehidupan kita sehari-hari, khususnya dalam mengemban tugas dakwah.



Telah dan akan terus terbukti bahwa sambutan masyarakat terhadap dakwah adalah di antaranya karena pesona akhlaq kita, kelembutan kita memaklumi, mengingatkan dan meluruskan mereka dan kerendahhatian kita untuk terus bersabar mendekati dan menemani hari-hari mereka dengan dakwah kita. Dalam konteks khusus pun demikian, betapa kelembutan dan kerendahhatian ternyata lebih melanggengkan/mengawetkan binaan-binaan kita untuk terus berdakwah bersama kita.



Ikhwan dan akhwat fillah, hendaknya dari hari ke hari kita terus mengevaluasi diri, membenahi akhlaq kita dan memantaskan diri (sepantas-pantasnya) sebagai seorang juru dakwah. Memang kita manusia biasa yang penuh salah dan kekurangan, namun janganlah itu menjadi penghalang kita untuk memujahadah diri menuju kepada kedewasaan sejati. Masa lalu yang kasar dan angkuh hendaklah segera pupus dari diri kita. Kita mulai membiasakan diri untuk lembut di tengah keluarga, di antara aktivis dakwah hingga ke masyarakat luas.



Kita mesti melatih kerendahhatian di tengah murid-murid kita, dengan sesama aktivis, pada murabbi kita hingga ke seluruh masyarakat. Dan pada akhirnya nanti insya Allah kita dapatkan keberhasilan dakwah Rasulullah terulang kembali, lewat hati, ucapan dan perbuatan kita yang telah diwarnai nilai-nilai akhlaq.



“Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah dengan cara yang baik pula. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS 16:125



www.halaqah-online.com

Monday, November 10, 2008

Hati seorang pejuang itu...


- Apabila diuji, mereka sesekali tidak lemah dan tidak mudah berputus asa

- Jika dikritik, jiwanya sentiasa tenang dan tidak sesekali gusar dan takut

- Bila ditohmah, mereka sabar dan tabah dalam menghadapi ujian tersebut

- Jiwa mereka sentiasa kental dan kuat dalam menghadapi cabaran

- Mereka tidak pernah membenci orang lain walaupun hatinya disakiti

- Mereka boleh dinasihati dan ditegur dan tidak mudah melenting

- Bersikap lapang dada apabila apabila pandangannya tidak diterima dan ditolak

- Mengakui kesilapan diri dan bersikap pemaaf

- Tidak mudah merajuk dan mengalah

- Bersikap lemah lembut dan memudahkan orang lain

- Mempunyai azam dan cita-cita yang tinggi, jiwanya sentiasa optimis dan istiqamah

- Merendah diri dan tawaduk, tidak sombong dan tidak pernah merasa bongkak

- Bersikap tegas dan tidak keras

- Berpandangan jauh dan terbuka

Belajarlah untuk menerima orang lain, meskipun ianya bertentangan dengan jiwa. Jangan jadikan sikap negatif yang ada pada diri kita, yang menyebabkan Islam menjadi rugi. Islam tidak akan rugi, melainkan kitalah yang menjadi penyebab Islam itu rugi. Kita bukanlah yang terbaik. Tetapi kita mestilah cuba untuk menjadi orang yang terbaik. Semoga usaha kita diberkati.

Salam perjuangan..

Nikmat….


“Hmmm… nikmatnya minum air bali ni.” Kata seorang sahabat ketika kami sama2 sarapan pagi waktu tu.


“Maka nikmat Tuhanmu yg mana lagi yang kamu dustakan??.” Jawapku…


hehe..ntah xtau mcm mane bleh kluar ayat tu…


Terasa sedih hati ini tatkala melihat ramai manusia di café itu masih belum menghargai nikmat yg Allah berikan kepadanya. Nikmatnya menjadi perempuan. Apabila terdapat perasaan malu yg menebal. Tetapi masa kini, malu tersebut seolah2 telah dicabut. Bentuk badan diperlihatkan. Warna kulit dipertontonkan. Rambutnya dipersembahkan. Astaghfirullah.. Sedihnya…Dimana silapnya. Adakah kerana aku tidak menyedarkannya betapa nikmat Allah itu tersangat indah…oh.. Ya Allah bantulah aku…


Kita yang telah men’declare’ diri kita sebagai da’ie ini adalah satu nikmat yang tersangat2 berharga. Mana tidaknya, disaat orang lain masih mencari2 jalan keluar. Masih mencari2 cahaya Allah, kita ini telah dipersilakan oleh Allah utk berjuang menegakkan agamaNya, disamping ramai lagi manusia lain yang tidak dipilih oleh Allah. Betapa bertuahnya kita. Alhamdulillah..


Ukhti Fillah,

Semoga kita thabat dalam perjuangan ini. Semoga kita kuat dijalan dakwah ini. Thabat dan kuat untuk membantu mereka merasai nikmat yang Allah berikan. Membantu mereka merasai nikmat yang telah kita perolehi. Iaitu nikmat tarbiyah ini. Tidakkah kita kasihan kepada mereka?? Terkontang kanting mencari nikmat tersebut.

Ini juga adalah salah satu tanda kesyukuran kita kerana telah mendapat nikmat tarbiyah tersebut. Menyebarkan kepada yang lain. Itu tandanya kita menghargai pemberian Allah kepada kita. Semoga kita tergolong didalam golongan orang2 yang bersyukur.


P/s : “Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan..?”



Thursday, November 6, 2008

KESAH I DAN KESAH II


Assalammualaikum….


Kesah I.


Ketika ini, slpas solat zohor di Masjid Sultan Ismail hatiku sangat takut memikirkan, semalam pnyelia PSMku call.. Hmm aku xangkat sbb takut, seram, sejuk, panas, pitam, nk pengsan sume ade…. So, skarang aku takut utk call dia balik…huhuhu… Penakut jugak aku ni…(tiada apa yg perlu ditakutkan sbnrnya selain ALLAH)…


Datang seorang sahabat menyapaku…Hehehe…Sahabat, sahabat yg mula2 sekali aku kenal erti tarbiyah & dakwah.. Hmm tnpa dia, mungkin aku kurang faham mengenai dakwah ini. Terima kasih sahabat utk segala2nya…Oh…


Sahabat itu datang kepadaku untuk menceritakan masalahnya kepada aku. Masalah study, diri, exam yg mungkin xdpt jwp dan ade lg mslh2 lain kot yg aku lupe (ade ke patut boleh lupe…). Dari riak wajahnya aku dapat rasakan keresahan hatinya. Dia menceritakan satu demi satu masalahnya. Aku hanya diam menjadi pendengar yang setia. Mendengar apa yg diluahkan. Sekali sekala, perbualan kami diselangi dengan lawak2 aku yg ntah ape2. Untuk menghiburkan hatinya.. Biarlah hatinya terhibur dahulu...(ntah terhibur ntah tidak...wallahu’alam).. Sekali sekala dia marah juga padaku...org tgh sedih2, aku gelak2 pulak...ehehe...Sorry sahabat....


Bebual punya bebual, jam menunjukkan pukul 215 ptg bermakna sahabat ni nk g pekse. So, kami pun memberhentikan perbualan kami utk memberi laluan kpdnya untuk menjawap pekse. Kami pun bersalaman, dan aku hanya mampu melihat dan membiarkan dia pergi..


Dalam hatiku, “Ya Allah, berilah kekuatan dan ketabahan kepadanya, jgn biarkan dirinya sedih. Kuatkanlah semangat dia, tenteramkanlah perasaannya. Hati dan jiwa ini terasa sangat sakit pabila melihat dia sedih. Sesungguhnya kpd Engkaulah aku serahkan segalanya.”


p/s : hmm aku call penyelia aku, dia xmarah pun, cool je...aku je gelabah xhengat....ish2...buat malu kaum melayu dan kaum wanita


Kesah II


Teringat permulaan perkenalan kami, tatkala diri ini dipelawa makan tengahari bersama, dan diri dibelanja makan...hehehe, makan free, on je la. Xlapar pun kate lapar, ye x??..huhu..xlawak... Hmm dan masih teringat kata2nya... “Semoga kalau sy belanja ni, akan menguatkan lagi kemesraan kita”..hmm awak..ingat lagi ke..????


Mmg sudah lama kuperhatikan dia. Ye la kami 1 fakulti yg sama. Sekali sekala bertegur sapa juga di surau. Kalau bertemu di dalam lif, buat2 mcm xkenal (mmg xkenal pun, mase tu laa...). Aku, hanya memerhati sahaja dirinya dan hati kecilku berkata..”kalaulah dia akhwat”. Dan detik2 makan tengahari bersama tu lah punca segala2nya bermula...Jeng, jeng, jeng...


Dan masa berlalu dengan begitu pantas, sampai sekarang kami masih bersama.. Bersusah senang didalam barisan yg sama, InsyaAllah...


Akhir2 ini, kami semakin rapat dan semakin rapat. Aku semakin memahami dia. Dia seorang yg sensetif rupanya. Jiwanya tersangat lembut. Aku pelik, mcm mane la, awak boleh terima saya sebagai sahabat awk. Sy serba kekurangan kalau nak dibandingkan dgn awak. Kadang2 rasa segan untuk bersama dengan awak, dengan zaman jahiliyah yg merepek, kerepek, tempeyek. Rasa mcm,.. awk boleh shj cari kawan @ sahabat yg lebih baik dr sy..Sy ni ganas sikit, kadang2 terlepas ckp, kadang2 mcm xde perasaan, kadang2 sifat2 jahiliyah masih ada dlm diri. Terasa terlalu bezanya sy dengan awk... ‘dan beruntunglah org2 yg pelik’..teringat 1 hadis Nabi...ape kena mengena!!


Setiap bait2 tulisannya, membawa maksud yg sangat mendalam. Dan kata2nya kadang kala menusuk jiwaku. Dia meluahkan dan mengadukan rasa sedihnya, rasa sayunya, kecewanya kepadaku. Walaupun aku tahu, itu bukan keinginannya. Dia mempunyai prinsip bahawa jika mengadu kepada manusia pun, manusia tidak boleh menolong apa2, hanya kepada Allah tempat mengadu. Tetapi naluri manusia, mempunyai rasa ingin meluahkan kepada manusia juga.


Dan aku, hanya memerhati tanpa membuat apa2. Hanya diam membisu. Sekali sekala ketika dia dilanda kesedihan, aku cuba untuk menceriakan suasana. Tp mungkin disebabkan faktor2 lain, dia xboleh terima. Sy mnta maaf... Maka, aku hanya berdiam diri. Tiada kata yg dapat aku lafazkan utk menenteramkan hatinya.


Dari jauh aku hanya mampu berdoa utknya..”Ya Allah, tunjukkanlah jalan utknya, permudahkanlah urusan2nya, tenteramkanlah perasaannya. Janganlah Kau uji dia dengan ujian yg xdapat dia pikul. Sungguh hatiku dan jiwaku merasakan kesakitan dia. Hanya kepadaMu aku serahkan segalanya”


Kepada sahabatku kesah I dan kesah II dan juga sahabat2ku fillah yg lain...


Aku mnta maaf... Andai diri ini seperti tidak menghiraukan apa yg berlaku kepadamu. Percayalah, jauh disudut hati ini, aku dapat merasakan apa yg berlaku kepadamu. Aku dapat merasakan kesedihan yg kamu alami. Cuma diri ini tidak pandai menyusun kata2 untuk menenteramkan kamu. Diri ini tidak pandai untuk menyusun kata2 untuk memberikan semangat kepadamu. Astaghfirullah...kenapa la aku mcm ni... Kadang2 bila difikir2 susah sgt ke?? Tp itu yg berlaku... hati ni meronta2 nak meluahkan apa yg dirasa, tp tersekat.... Disaat kamu memerlukan kata2 semangat, aku seperti tidak dapat memberi apa yg kamu mahukan...”Penuhilah hak saudara muslim kamu, apabila dia meminta nasihat darimu, maka berikanlah dan penuhilah permintaannya” teringat bait2 hadis nabi...


Aku minta maaf...aku sedang belajar.. insyaAllah, doakan semoga dengan aku belajar terdapat peningkatan yg memberangsangkan...


Aku mnta maaf sahabat, hanya doa yg aku kirimkan sebagai perantara kata2 semangatku untukmu.


Aku syg kamu semua akhwat fillah....


p/s : ada aku kesah..!!??? ko xiktiraf pun aku xkesahlahhh...kuikuikui...


Wednesday, November 5, 2008

Jadikan Aku Lebih Baik Dari Sangkaan Mereka



Aku harap sangka baik orang kepadaku
Adalah doanya
Sedangkan apa yang disangka oleh mereka tidak ada padaku
Aku amat malu mendengarnya

Sangka baik mereka moga-moga pahala bagi mereka
Jangan pula jadi bala kepadaku

Ampunkan dosa-dosaku Tuhan, apa yang mereka tidak tahu
Jadikan aku lebih baik daripada apa yang mereka sangka
Berilah pahala kepada mereka kerana sangka baiknya
Bantulah aku untuk dapat melaksanakan apa yang mereka kata
Kerana aku malu kalau aku tidak berbuat apa yang mereka sangka

Jangan pula Engkau murka apa yang mereka kata
Setiap apa yang mereka kata berilah aku kekuatan untuk melaksanakannya
Dan jadikanlah ini satu pendorong buat aku melakukannya

Kalaulah mereka tahu kelemahanku
Bukan sahaja mereka tidak memuji, bahkan lari dariku
Bukan sahaja mereka tidak memuji bahkan akan mencaciku
Aku telah terperangkap dengan kata-kata mereka

Kalau aku tidak berbuat, orang menyangka aku berbuat
Jika aku hendak berbuat, adakalanya tidak mampu
Dengan rahmat-Mu berilah aku kekuatan untuk mengerjakannya
Moga-moga apa yang mereka katakan aku mampu membuatnya

nukilan ASZ

www.bicaraaddin.com

Berlapang dada..??


“akak, mcm mane nk berlapang dada..??”. Tanya seorang akhwat kepadaku... Aku terkesima...kenapa aku yg ditanya soalan begitu...


“Kenape tnye kite..?”. Tnya ku hairan


“sebab akak jenis cool je klu ade pape jd”. Jawapnya... Dlm hatiku, banyak la ko punye cool...


Sungguh, soalan itu mengugat jiwaku juga. Untuk memberikan jawapan yg terbaik kepadanya adalah satu ujian padaku.
Mengapa tidak, kadang kala hati ini diduga dengan hal2 yg mengoncang jiwa. Sukarnya untuk berlapang dada.


Nafas ditarik dalam2...hmm..kadang2 kita perlu mengorbankan diri kita untuk orang lain. Kita perlu mengorbankan perasaan kita untuk benda lain. Contoh, apabila seorang akhwat membuat perkara yg kita xsuka such as tarik muka, buat2 xlayan @ ape2 aje, kita dululah perlu berlapang dada. Perlu terima dia seadanya. dan kita berbaik sangka. ”xape la...dah mmg perangai dia mcm tu”..@..”hmm..dia penat kot”... Bayangkan kalau kita pun tarik muka juga.. Buat apa yg dia buat, xke haru jadinya. Xde sape yg nk mengalah n perkara yg kecik boleh besar...Ukhwah berantakan...nauzubillah... Kadang kala, hati ini diuji juga, sbb aku bukanlah seorang yg penyabar. Tp tarbiyah la yg mengajar kita segala2nya... Bersabarlah melayan karenah mereka.


Kita ukhti, berada diatas jalan yg sama. Jalan tarbiyah dan dakwah. Mmg sangat2 dituntut supaya berlapang dada. Jika kita yg katanya ingin membawa Islam, tp dalam saff kita masih ada yg berantakan, jangan bermimpi, dakwah kita akan berjalan baik. Kita sebagai murobbi perlu bersikap berlapang dada dan berbaik sangka. Kerana itu semua akan melibatkan yang kebawah. Melibatkan mutrobbi kita juga..

Teringat kata2 seorang akhwat, ’kita hidup ni kena banyak memberi daripada menerima’..

p/s : adakah patut mereka kata aku tiada perasaan...wohaa...

Related Posts with Thumbnails