Maafkan aku
Jika bahasaku terkesat kerana kerendahan diri
Kurangnya ilmu dan budi
Maafkan aku
Jika bicaraku menyentuh jiwamu
Menghiris hulu hatimu
Menggugat rasa nalurimu
Bukan kesengajaan
Aku tidak berniat menodai perasaan insan
Maafkan aku sahabat
Aku dan dirimu tahu bahawa hidup penuh pancaroba
Sesungguhnya Allah yang memilikiku
Bukannya aku yang ingin begini
Hakikatnya aku yang ingin terus bersamamu
Merai suka dan duka
Berkongsi pengalaman dan idea
Maafkan aku sahabat
Niatku tulus suci
Walau badai datang melanda
Aku ingin terus bersama
Sebagai sahabat dan teman seperjuangan
Kerana aku tahu
Dirimu adalah permata harapan
Sahabat
Hidup ini memang payah
Terpaksa menempuh duri susah
Terkadang sulit melawan rasa rindu
Sesekali memaut kalbu
Terkadang sulit menentang rasa sendu
Sesekali sedih datang bertamu
Sahabat
Kau insan harapan
Binalah pekertimu yang tinggi
Biar antara bintang
Kau bagai kejora
Yang menghiasi malam menyinari bumi
Untukmu Sahabatku
Inilah seruan untukmu teruskan amanah suci
Tekadkan hatimu demi cita-cita suci
Pasaki Jihadmu
Thabatkan jiwamu
Suburkan kasihmu yang sejati
Moga pengorbananmu
Syurga yang bakal menanti
Jika bahasaku terkesat kerana kerendahan diri
Kurangnya ilmu dan budi
Maafkan aku
Jika bicaraku menyentuh jiwamu
Menghiris hulu hatimu
Menggugat rasa nalurimu
Bukan kesengajaan
Aku tidak berniat menodai perasaan insan
Maafkan aku sahabat
Aku dan dirimu tahu bahawa hidup penuh pancaroba
Sesungguhnya Allah yang memilikiku
Bukannya aku yang ingin begini
Hakikatnya aku yang ingin terus bersamamu
Merai suka dan duka
Berkongsi pengalaman dan idea
Maafkan aku sahabat
Niatku tulus suci
Walau badai datang melanda
Aku ingin terus bersama
Sebagai sahabat dan teman seperjuangan
Kerana aku tahu
Dirimu adalah permata harapan
Sahabat
Hidup ini memang payah
Terpaksa menempuh duri susah
Terkadang sulit melawan rasa rindu
Sesekali memaut kalbu
Terkadang sulit menentang rasa sendu
Sesekali sedih datang bertamu
Sahabat
Kau insan harapan
Binalah pekertimu yang tinggi
Biar antara bintang
Kau bagai kejora
Yang menghiasi malam menyinari bumi
Untukmu Sahabatku
Inilah seruan untukmu teruskan amanah suci
Tekadkan hatimu demi cita-cita suci
Pasaki Jihadmu
Thabatkan jiwamu
Suburkan kasihmu yang sejati
Moga pengorbananmu
Syurga yang bakal menanti
sumber : akademi-medan-pena.blogspot.com
1 comment:
Allahu akbar...
Angann yg mengangkasa..
apakah mungkin kn kudapatknnya..
anganku memperoleh seorang shbt yg mengerti ht ku..
menyanyangiku setulusnya krn Allah..
menjadikan kesukaanku sebagai kesukaannya..
menjadikan kebencianku kebenciannya juga..
menghormatiku sebagai seorang shbt bukan musuh ataupun org yg dibenci..
mampukah diriku memperolehinya..
Allahu..
kn ku tetap menanti.. selagi masih ada hayatku..
jk tidak d sini.. biarlah d sana...
insya'Allah..
Post a Comment