Thursday, November 6, 2008

KESAH I DAN KESAH II


Assalammualaikum….


Kesah I.


Ketika ini, slpas solat zohor di Masjid Sultan Ismail hatiku sangat takut memikirkan, semalam pnyelia PSMku call.. Hmm aku xangkat sbb takut, seram, sejuk, panas, pitam, nk pengsan sume ade…. So, skarang aku takut utk call dia balik…huhuhu… Penakut jugak aku ni…(tiada apa yg perlu ditakutkan sbnrnya selain ALLAH)…


Datang seorang sahabat menyapaku…Hehehe…Sahabat, sahabat yg mula2 sekali aku kenal erti tarbiyah & dakwah.. Hmm tnpa dia, mungkin aku kurang faham mengenai dakwah ini. Terima kasih sahabat utk segala2nya…Oh…


Sahabat itu datang kepadaku untuk menceritakan masalahnya kepada aku. Masalah study, diri, exam yg mungkin xdpt jwp dan ade lg mslh2 lain kot yg aku lupe (ade ke patut boleh lupe…). Dari riak wajahnya aku dapat rasakan keresahan hatinya. Dia menceritakan satu demi satu masalahnya. Aku hanya diam menjadi pendengar yang setia. Mendengar apa yg diluahkan. Sekali sekala, perbualan kami diselangi dengan lawak2 aku yg ntah ape2. Untuk menghiburkan hatinya.. Biarlah hatinya terhibur dahulu...(ntah terhibur ntah tidak...wallahu’alam).. Sekali sekala dia marah juga padaku...org tgh sedih2, aku gelak2 pulak...ehehe...Sorry sahabat....


Bebual punya bebual, jam menunjukkan pukul 215 ptg bermakna sahabat ni nk g pekse. So, kami pun memberhentikan perbualan kami utk memberi laluan kpdnya untuk menjawap pekse. Kami pun bersalaman, dan aku hanya mampu melihat dan membiarkan dia pergi..


Dalam hatiku, “Ya Allah, berilah kekuatan dan ketabahan kepadanya, jgn biarkan dirinya sedih. Kuatkanlah semangat dia, tenteramkanlah perasaannya. Hati dan jiwa ini terasa sangat sakit pabila melihat dia sedih. Sesungguhnya kpd Engkaulah aku serahkan segalanya.”


p/s : hmm aku call penyelia aku, dia xmarah pun, cool je...aku je gelabah xhengat....ish2...buat malu kaum melayu dan kaum wanita


Kesah II


Teringat permulaan perkenalan kami, tatkala diri ini dipelawa makan tengahari bersama, dan diri dibelanja makan...hehehe, makan free, on je la. Xlapar pun kate lapar, ye x??..huhu..xlawak... Hmm dan masih teringat kata2nya... “Semoga kalau sy belanja ni, akan menguatkan lagi kemesraan kita”..hmm awak..ingat lagi ke..????


Mmg sudah lama kuperhatikan dia. Ye la kami 1 fakulti yg sama. Sekali sekala bertegur sapa juga di surau. Kalau bertemu di dalam lif, buat2 mcm xkenal (mmg xkenal pun, mase tu laa...). Aku, hanya memerhati sahaja dirinya dan hati kecilku berkata..”kalaulah dia akhwat”. Dan detik2 makan tengahari bersama tu lah punca segala2nya bermula...Jeng, jeng, jeng...


Dan masa berlalu dengan begitu pantas, sampai sekarang kami masih bersama.. Bersusah senang didalam barisan yg sama, InsyaAllah...


Akhir2 ini, kami semakin rapat dan semakin rapat. Aku semakin memahami dia. Dia seorang yg sensetif rupanya. Jiwanya tersangat lembut. Aku pelik, mcm mane la, awak boleh terima saya sebagai sahabat awk. Sy serba kekurangan kalau nak dibandingkan dgn awak. Kadang2 rasa segan untuk bersama dengan awak, dengan zaman jahiliyah yg merepek, kerepek, tempeyek. Rasa mcm,.. awk boleh shj cari kawan @ sahabat yg lebih baik dr sy..Sy ni ganas sikit, kadang2 terlepas ckp, kadang2 mcm xde perasaan, kadang2 sifat2 jahiliyah masih ada dlm diri. Terasa terlalu bezanya sy dengan awk... ‘dan beruntunglah org2 yg pelik’..teringat 1 hadis Nabi...ape kena mengena!!


Setiap bait2 tulisannya, membawa maksud yg sangat mendalam. Dan kata2nya kadang kala menusuk jiwaku. Dia meluahkan dan mengadukan rasa sedihnya, rasa sayunya, kecewanya kepadaku. Walaupun aku tahu, itu bukan keinginannya. Dia mempunyai prinsip bahawa jika mengadu kepada manusia pun, manusia tidak boleh menolong apa2, hanya kepada Allah tempat mengadu. Tetapi naluri manusia, mempunyai rasa ingin meluahkan kepada manusia juga.


Dan aku, hanya memerhati tanpa membuat apa2. Hanya diam membisu. Sekali sekala ketika dia dilanda kesedihan, aku cuba untuk menceriakan suasana. Tp mungkin disebabkan faktor2 lain, dia xboleh terima. Sy mnta maaf... Maka, aku hanya berdiam diri. Tiada kata yg dapat aku lafazkan utk menenteramkan hatinya.


Dari jauh aku hanya mampu berdoa utknya..”Ya Allah, tunjukkanlah jalan utknya, permudahkanlah urusan2nya, tenteramkanlah perasaannya. Janganlah Kau uji dia dengan ujian yg xdapat dia pikul. Sungguh hatiku dan jiwaku merasakan kesakitan dia. Hanya kepadaMu aku serahkan segalanya”


Kepada sahabatku kesah I dan kesah II dan juga sahabat2ku fillah yg lain...


Aku mnta maaf... Andai diri ini seperti tidak menghiraukan apa yg berlaku kepadamu. Percayalah, jauh disudut hati ini, aku dapat merasakan apa yg berlaku kepadamu. Aku dapat merasakan kesedihan yg kamu alami. Cuma diri ini tidak pandai menyusun kata2 untuk menenteramkan kamu. Diri ini tidak pandai untuk menyusun kata2 untuk memberikan semangat kepadamu. Astaghfirullah...kenapa la aku mcm ni... Kadang2 bila difikir2 susah sgt ke?? Tp itu yg berlaku... hati ni meronta2 nak meluahkan apa yg dirasa, tp tersekat.... Disaat kamu memerlukan kata2 semangat, aku seperti tidak dapat memberi apa yg kamu mahukan...”Penuhilah hak saudara muslim kamu, apabila dia meminta nasihat darimu, maka berikanlah dan penuhilah permintaannya” teringat bait2 hadis nabi...


Aku minta maaf...aku sedang belajar.. insyaAllah, doakan semoga dengan aku belajar terdapat peningkatan yg memberangsangkan...


Aku mnta maaf sahabat, hanya doa yg aku kirimkan sebagai perantara kata2 semangatku untukmu.


Aku syg kamu semua akhwat fillah....


p/s : ada aku kesah..!!??? ko xiktiraf pun aku xkesahlahhh...kuikuikui...


3 comments:

Cinta TerAgung said...

" awk boleh shj cari kawan @ sahabat yg lebih baik dr sy..Sy ni ganas sikit, kadang2 terlepas ckp, kadang2 mcm xde perasaan, kadang2 sifat2 jahiliyah masih ada dlm diri. Terasa terlalu bezanya sy dengan awk... "

apa maksudmu dgn kata-katamu ini... bukankah ini semua rencana Allah.. jika begitu pintamu, insya'Allah boleh aja..

astagfirullah...
asif wassalam.

Cinta TerAgung said...

ingin kepastian..
benar begitu pintamu... benar???
tak takut kehilangan???

baiklah jika begitu, ku undur diri...
(T_T)

Cinta TerAgung said...

Sahabatku.. dengarkan..
aku tidak memandang dikau siapa... siapa aku untuk mempersoalkan... "kau bisa menjadi temanku dan kau tidak bisa" siapa aku untuk menuturkan kata2 itu...

cukuplah keihkhlasan yg bersulam d hatimu untuk bersahabat dgnku... itu sudah cukup bgku.. aku juga bukan siapa2 untuk meletakkan syarat pd persahabatan..

syukurku alhamdulillah dikurniakan sahabat sepertimu yg menghargai persahabatan ini.. namun kupinta moga jgn terlalu mrendah diri... aku sama spt mu tiada beza.. tiada beza... tiada beza sdkt pun...

bukankah Allah telah membezakan manusia itu hanya pada taqwanya... taqwalah beza antara manusia..

cukuplah keikhlasan bgku dlm persahaban... namun jika dikau terus begini... aku... aku... aku... kn ku tunaikan kehendakmu... boleh aja.. boleh aja... boleh aja.. dan mungkin luahan hatimu dulu sudah terlerai dan x apa2 kok jika sekarang...

astaghfirullah..
asif jiddan, tidak bermaksud menyakitimu, ianya hadir dr hati yg luluh dan rajuk...

semoga Allah ampuniku yg terlalu banyak kelemahan ini...
wallahu a'lam
wasslam

Related Posts with Thumbnails