Monday, November 24, 2008

Terasa tergetar2…Ya Allah bantulah dia…


Hari ni bermulalah hari pertama dia perlu buat kerja bersungguh2. Oh!, slama ni xbersungguh2 ke. Tapi dia merasakan hari ni seperti boring. Kenape ye..?? Mungkin kerana sahabat dia tiada disisi. Dan esok juga dia merasakan dia sunyi kerana esok sahabat2 yg lain pergi kursus keusahawanan. Dia keseorangan…Oh..

Sampai2 sahaja di fakulti, dia perlu cari org yg terer mengenai projek dia. Terpaksa buat2 xtahu, buat xmalu, buat2 dekk je.. Malu bertanya sesat jalan. Dia xnak sesat kali ke 2. Pengalaman yg lalu banyak mengajar dia… Dia pun dgn selambernye mencari org yg pakar dlm bidang tu seperti yg diberitahu oleh lecturer dia. Pintu diketuk…


“Assalammualaikum.. boleh jumpe khairul??”… Hah lelaki?? Jgn terkejut.. Kuikuikui…
“Waalaikumsalam, ya iya saya khairul, boleh saya bantu”… Lah kok ada slank Indonesia. Oh ok..org Indonesia rupanya khairul ni..

Hmm mereka pun berbincang, dia terangkan mengenai objektif projek. Khairul nmpk blur2… dia terangkan ape yg patut.. Last2 skali khairul faham masalah dia… Alhamdulillah, bisik hati dia…Last skali khairul kata…

“Oh maaf, ini bukan bidang aku, aku bukan under En. Shafry, aku under PM Daut.. Aku xbuat seperti projek yg kamu katakan…” Katanya…

Terasa diri dia tergetar2 kaki, nk menangis, nk pengsan, nak…

“Tapi, en shary kate, ade student master name khairul buat projek mcm kite” Jawap dia terketar2…

“Oh iya, mungkin tapi bukan aku” Jawap khairul

“Tapi sape..??” Soal dia.. Sungguh dia rasa nak menangis didepan khairul. Satu2nya harapan yg ada seperti tinggal harapan. Pada siapa lagi dia harus meminta bantuan.
Dia pulang ke lab dengan pelbagai perasaan, sedih, kecewa, hampa… Dia kembali duduk di kerusi. Dia tenung monitor. Dia lihat adik2 junior khusyuk buat kerja masing2. Sungguh hati tersangat bergolak. Hendak dilepaskan, tapi nak dilepaskan pada siapa…Sedihnya hati, jiwa…. Hmm kadang2 disaat hati dia nak meluahkan kepada seseorang, tetapi orang itu tiada disisi. Dan hati ini kemudiannya akan reda sendiri..
“Sabarlah wahai hati… Bukan usahamu sia2, Cuma kemenangan yg lambat tiba..” Bisik hati dia…

Kalaulah dia bukan didunia tarbiyah, mungkin dia sudah seperti orang hilang akal. Kelam kabut, kalut, nak marah, geram dekat lecturer tu. Tapi tarbiyah mengajarku segala2nya. Maka nikmat Tuhanmu yg mana lagi yg kamu dustakan?

Ya Allah, janganlah Kau palingkan hati ini setelah Kau memberi pertunjuk.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Sungguh hambaMu ini tidak tahu jalan penyelesaian


p/s : maka nikmat TuhanMu yg mana lagi yg kamu dustakan?

No comments:

Related Posts with Thumbnails