Wednesday, November 12, 2008

Dan akhirnya air mata ini mengalir jua….


Astaghfirullah… dh pukul 1150…Hmm aku baru terjaga dr tidur panjang. Pagi td balik dr lab pukul 8, n buat keje sikit ape yg patut, n lepas tu kepala dh berat, terus tetido. Ya Allah, matahari dah terpacak. (Aku mohon ampun Ya Allah). Hampir seminggu aku dok kat lab dan mlm td seperti biasa xtidur cuba mencari penyelesaian PSM aku. Teringat kata2 kak ita, “nenek2 sibongkok 3, siang tido mlm berjaga, mencari cucu dimana aja, nenekku kawen dgn anak raja.” Kuikuikui…

Sedar2, hp ku capai. Dengan keadaanku yg masih mamai2 lg. Aku lihat ade miscall n msg. Hahh..9 misscall..Wahh smpi 9 misscall, penting sgt ke?? Hehe kata hatiku.. Segera paparan skrin menunjukkan nama sahabatku. Aku tercengang. Terus teringat kata2nya mlm td. “Esok sy nk balik kampung”. Cepat2 bc msg pula.

“Assalammualaikum awk sy d mranti skrg.. nk mkn lepas tu sy nk balik.. nk mkn dgn sy?”. Aku terus melihat waktu msg tu dihantar. Haaa pukul 1105, skrg pukul 1155…tiba2 hati ni berdebar2…

“Waalaikumsalam, afwan td sy tdo ms awk call.. Awk kat mane? Awk, jgn ckp awk dh balik…” Balas ku dengan tgn yg tergetar2. Beberapa minit kemudian msg dibalas. “(;_;) sy dh ada d sri putri jumpa lagi minta maaf”..Haaa… tiba2 hati ni sakit, jiwa rasa sebak dan akhirnya air mataku yg ku tahan selama ini mengalir jua. Selimut ku tarik sehingga menutupi diriku. Dan ku lepaskan segala2nya disebalik selimut tu. Xtahu kenapa hari ni air mata ini mudah sekali mengalir.

Serta merta kenangan2 yg lepas bertamu dlm mindaku. Segala gelak ktawa bersama dia aku teringat. Dan peristiwa semalam membuatkan aku lagi sedih. Aku dh buat salah dgn dia, dan kenapa hari ni aku xdapat jumpa dia. Hmmm, kalau la aku ada kapal terbang, sudah tentu aku terbang kesana utk berjumpa dia..huhu….

Selama ini, kalau apa2 terjadi diantara kami atau shbt2 lain aku sedaya2 upaya menyembunyikan kesedihan hati aku. Walaupun kadangkala, airmata ini dah berlinang tunggu ia berderai sahaja…“Weii Jijah, jangan menangis.!!!! , kau kena kuat..!!!. Kau kena sabar dengan karenah mereka…!!!”.. Bentak diriku. Tapi kini, kenapa lemah sangat aku ni. Hmm aku menangis kerana manusia. Ya Allah, sesungguhnya airmata ini hanya layak untukMU. Ampunkan aku Ya Allah. Aku hanya hamba yang lemah.

Sudah!!!…sudah cukup Jijah. Biarkan dia pergi. Dia bukan milikmu. Siapa kau untuk bersama dia sentiasa. Dia ada tanggungjawap lain. Relakan dia pergi. Astaghfirullah… Nafas kutarik dalam2…Kucapai tuala, kesat airmata yg ada...”Ya Allah, permudahkanlah perjalanannya”.. Aku membalas msg kepadanya apa yg patut. Kulihat jam sudah 1230 tghari. Lantas teringat sahabatku seorang lagi. Aku tersenyum. “Sya, kita syg awk…”. Bisik hatiku. Dan hp kucapai, kucari namanya, ku tekan butang dail….

“ Assalammualaikum sya, lapar x?? . Jom pi makan…”

.
.
.
.
.
.
.

p/s : sebuah kisah klasik utk masa depan…

1 comment:

Musafir Dunia said...

Allahu.. nth knp sy cemburu...

tiada ungkapan 'syg' buat sy dlm cerita ini.. hmm

Kudoakan kn hadir sygmu buat sya kembali... semoga kmu berdua bhgia selamanya menjadi shbt sejati.. krn dikau sgt sehati..

kugembira walaupun mungkin terhiris..

Related Posts with Thumbnails