Friday, December 31, 2010

Berubah Mengubah!




Di manakah sosok fajar
yang senantiasa memberi cahaya kala kegelapan
Dimanakah sosok matahari
Yang memberikan sinar setelah kegelapan.

Kawan2, 
hari ini baru di mulai
Waktu baru saja berjalan
Dan kita jangan mudah lalai
Karena kita tengah dijalan.

Waktu kita, Hidup kita, dan Tenaga kita
Mulai kerahkan untuk dunia,
Mengubah kelam menjadi pelita
Memperjuangkan Islam di dunia.



Tuesday, December 28, 2010

Jendela Untuk Bahagia... Apakah ia..?




Imam Syafie Rahimahullah mengatakan,

“Tak ada seorang pun muslim yang selalu taat dan tak pernah bermaksiat kepada Allah. Tak juga ada seorang pun muslim yang selalu bermaksiat dan tak pernah taat kepada Allah. Barangsiapa yang ketaatannya lebih tinggi dibanding kemaksiatannya, ia sudah dikatakan orang yang adil. Bila keadaan seperti itu dikatakan adil, maka perlakuan adil saudaramu untuk memenuhi hak dirimu itu lebih utama. Sebagaimana engkau diwajibkan mengekang lisan dari membicarakan keburukan saudaramu, engkau juga wajib mengekang hatimu. Yaitu dengan meninggalkan sikap su’uzhon (buruk sangka)”.

Itulah seharusnya seorang muslim, ia bersihkan dirinya dari pelbagai penyakit hati.

Seterusnya..

“Apakah selama ini kita sudah boleh memberi manfaat kepada masyarakat?” Anda lebih tahu. 

Suatu kebahagiaan jiwa jika kita boleh memberi kebaikan kepada orang lain. 
Kepuasan jiwa yang luar biasa. 
Ada dan keberadaannya diperakui. 
Hadir untuk memberi solusi, bukan untuk membebani. 
Ia bukan lilin yang menerangi sambil membakar dirinya. 
Tetapi ia adalah “air” yang suci lagi menyucikan, 
peribadi yang soleh lagi mensolehkan (musleh).

Begitulah cara orang yang cerdas memahami dirinya sehingga setiasa tahu “dashboard” keimanan dan “display” kehidupan yang jelas dihadapannya. 

Maka bila kita kalah dan gagal, 
jangan sesekali salahkan sesiapa, 
cek dulu dalam diri kita, 
bagaimana solat kita, 
bagaimana tilawah kita,
bagaimana puasa kita,
dan ibadah kita yang lain...
Tentukan bahagia kita!..

Tarbiyah Dzatiyah ~ Kiat Sukses Manajemen Diri, Untuk Hidup Lebih Berarti ~ Solikhin Abu ‘Izzuddin


Saya Blogger Johor






Assalammualaikum Warahmatullah…

Kawan2..
Sekali sekala join komuniti blogger apa salahnya..
Secara tak langsung,
mengajak kawan2 kita yang lain bertandang ke blog yang ntah apa2 nih..

Petang tadi,
Bila saya jalan2 di blog akak saya..
Ternampak pulak entri dia pasal Saya Blogger Johor.

Rupa2nya akak ada masuk satu segment yang bertajuk Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri

Disini dikumpulkan blogger2 diseluruh Malaysia mengikut negeri memasing..

Maka,

Jika kawan2 berminat nak join..

Bolehlah ke sini

 

Nak join komuniti ni ada la beberapa syarat yang kena patuhi..

Iaitu,

Perlu mengisi tempat kosong..

Tempat2 kosong itu adalah :-

 

 NAMA ANDA  ~~  anazahra (bukan nama sebenar)
 STATUS ANDA  ~~  belum bernikah
CARA HUBUNGI  ~~   FACEBOOK n EMAIL
DAERAH/JAJAHAN  ~~  Johor Bahru
TEMPAT TINGGAL  ~~  Kg Melayu

APA YANG MENARIK DI TEMPAT ANDA  ~~  Yong Taufu Kg Melayu, ABC Special

 

Moga dengan menyertai komuniti ini, dapat menyebar luaskan ukhwah sesama muslim khususnya blogger perempuan di Negeri Johor ini..

 

Macehh..





Thursday, December 23, 2010

Kita sibuk dengan apa ni sebenarnya?




Kita sering merungut sibuk.. 
saya sibuk nie.. 
tak sempat solat jemaah di masjid,
tak dapat nak hadir majlis ilmu, 
tak sempat hadir usrah, 
tak sempat nak hadir mesyuarat dan lain-lain. 

Tapi tahukah anda bahawa Ar-Rasul adalah manusia yang paling sibuk?
Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga.
Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. 
Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah  s.w.t .

Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:
  • Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
  • Bermunajat kepada Allah setiap malam
  • Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
  • Berperang di jalan Allah
  • Melayani isteri-isteri
  • Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail  selama 23 tahun serta menghafalnya
  • Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
  • Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
  • Mengajar ilmu  Al-Qur'an kepada Jin
  • Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan  menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan  dengan syafaat)

 Tetapi kita.... 
sibuk kerana hanya beberapa perkara :

  • Kerja
  • Keluarga (isteri dan anak-anak)
  • Melangsaikan hutang
  • Main facebook
  • tengok Youtube 
  • Update blog
  • Download lagu
  • Dan lain2 lagi

 
Marilah kawan2...
kita fikir sejenak..
apakah kita dijadikan dimuka bumi ini hanya sia-sia..?
adakah kita dijadikan hanya untuk melakukan kerja, melangsaikan hutang, update blog, main facebook dan lain2 lagi?

"Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur." (As Sajadah:9)
 
 Tepuk dada tanyalah iman

Renungkan kata2 ini pula ;

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.

Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. 
Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. 
Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. 
Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong.
Al-Imam Ghazali

editor : anazahra


Sunday, December 19, 2010

Doa untuk dapat couple




Assalammualaikum..

Kawan2..
Sapa yang masih single?? Sila angkat tangan!!

Doa ini adalah untuk dapat couple..
Hah..
Mesti teruja betul yang masih single2 tu ye..

Yang pasti, jangan silap paham pulak..
Doa ini adalah untuk dapat couple yang sah (suami/isteri)
Harus di ketahui..
Couple yang tak sah, salah disisi syarak..
So, kalau yang betul, couple la betul2..
Iaitu nikah..
 ada berani?!
Kalau tak berani, jangan la couple olok2…
Tetapkanlah motto dalam diri..
Ada berani?!

Kalau yang masih single2,
Banyak2kanlah amalkan doa ni ye..
Mintalah pada Allah..
InsyaAllah, Allah akan perkenankan permintaanmu..

Doanya adalah ...




  Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. (25:74)


Dan juga ini ...


“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah
aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim..

Semoga Allah permudahkan urusan ummat kekasihNya..
Allahumma Amin Ya Latiff..



Saturday, December 18, 2010

DIA lebih merindui kita daripada kita merinduiNYA




 Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:

Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Allah Taala berfirman:  

Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. 

(Shahih Muslim)


Friday, December 17, 2010

Apa ada pada TAG..



 
Mode : merapu

Assalammualaikum kawan2…

Sebenornya saya ni.. tak ada mood nak update belog..
Tiba2.. bila jenjalan kat belog akak saya, dia cerita pasal tag..
Alih2, dia tag saya pulak…

Apa benda la tag ni…

Eceli..
Saya cuma tahu pasal tag ini hanyalah di Facebook..
Orang duk sibuk tag gambarlah tag video lah..
Rupanya dekat belog pun ada tag ye..
Eceli lagi..
Tag ni macam mana nak buat??
Adakah hanya jawap soalan seperti akak saya duk jawap tu..
Huhu belasah je laa..

Eceli lagi sekali,
sedikit pasal kak saya ni..
Kalau kawan2 jenjalan di dunia maya ni..
terperasan belog nama Intankuterpilih..
akak saya la tu..
dan ada seorang anak lelaki nama dia Luqman Hakim B Haizul Izat

OK..
sesi menjawap tag menjalan seperti dibawah..

1. Bagi 3 makanan yang korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
                1. Masakan mak
                2. Masakan mak
                3. Masakan mak

2. 2 jenis air apa yang korang paling suka?
                1. Air teh tarik yang mak buat.
                2. Air skrim

3. Which type of food yang korang prefer, pilih malay, chinese, japanese, westren, italian, mexican, arabian?
                1. Malay
                2. Jawa
                3. Thai

4.  Apa makanan yang korang paling expert masak? Dalam kata lain,takyah tengok resepi tapi at the same time bila org lain rasa,orang akan kata ‘wah!gila sedap’
 Tak pernah masakkan orang, semua masak sendiri, komplen sendiri..

5.Semahal mana korang bayar untuk makanan korang?
RM4 je sudah.

6.Beri nama restorant favourite. Apa makanan kat situ yang paling sedap?
Jarang makan luar. Ntah restoren abang ipar saya kot..

7.Ayam,kambing,lembu,itik,burung puyoh,burung wak2,rusa,landak,merpati,ayam denak. Mana satu yang korang suka? Kalau korang ada suke yang lain aku xlist,bagitau je la.
Kucing

8.Restorant/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda?dan mkn/minum apa?klu korang ingat la kan?
Tak pernah dating lagi. Nanti dah nikah baru saya jawap soalan ni ye..

9.Apa makanan yg selalu remind korang terhadap pasangan korang?kenapa?
Jawapan seperti diatas

10.Kalau pergi rumah orang,korang berharap orang tue hidang apa?
Kuih Almond London

11.Makanan yg korang memang tak boleh nak telan langsung.samada tak sedap/tekak korang dah kembang.
makanan dah basi.

12.Menu raya yang paling disukai.
Sambal jawa mak masak dan keputat yang dianyam sendiri..

13. Jajan/cekedes favourite?
cekelat

14.Beri 2 makanan yg emak korang masak yg korang suka?
1.       ayam masak merah
2.       Sambal jawa mak

15. Makanan paling pedas yang korang makan. Sapa masak?
Ntah lah dah lupa. Saya memang anti pedas.

16.Korang kalau jumpa orang yang TAGG ni, apa agaknya korang nak hidang/belanja?
cekelat yang murah2 sudah la.. tadi kata suka cekedis cekelat.

17.Sila TAG 5 0rg & paksa mereka buat Tag ini?
Nak tag orang??? Jap pikir sapa bakal jadi mangsa.. 


macehh..
kerana sudi ketagg saya..

p/s : maaflah kawan2, kali ini entri merapu sikit.. tak ada kena mengena dengan kisah..

Wednesday, December 15, 2010

Kembali dan Balik... Bilakah kita??



     
أعو ذ بالله من الشيطا ن الرجيم
Auzubillahi minassyaithonirRajiim

Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari Syaithon yang kena rejam
 

بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillahir-Rahmanir-Rahiim

Dengan nama Allah yang amat pengasihani lagi amat penyayang
 

     ر ب اغفر وارحم وأنت خير الراحمين
Rabbighfir warham wa anta khairar-Rahimiin
 
"Ya Tuhan ampunilah dosaku dan kasihanilah kerana Engkau Tuhan Yang Sebaik-baik Penyayang."
 

ربنا ظلمناأنفسنا وإن لم تغفرلنا وترحمنا لنكون من الخا سرين
Rabbona zolamna waillam taghfirlana watarhamna lana kunanna minalkhasiiriin

“Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami, dan jika
Engkau tidak mengampuni dan memberi rahmat kepada kami, niscaya
kami termasuk orang-orang yang rugi.”


رب إني ظلمت نفسى ظلماكثيرا وإنه لايغفرالذنوب أنت
Rabbi Inni zolamtu nafsii zolman kasiiran wa innahu la yaghfiruzzunuuba illa anta

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri
dengan kezaliman yang banyak, dan sesungguhnya tidak ada yang
mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau"
 



Monday, December 13, 2010

Hari ke 10 yang best..






Assalammualaikum..

Kawan2..
Ketika saya menulis entri ini, tarikh hari ini adalah 13 Desember 2010..
Bersamaan dengan 7 Muharram 1432 H..

Hari ni hari ke 7 dalam bulan Muharram..
Maknanya ada lagi 3 hari nak 10 Muharram.

Persoalannya..
Apa ada pada 10 Muharram??
Apa yang best sangat 10 Muharram ni..

10 Muharram adalah hari Asyura.
Kita disunatkan untuk puasa sunat pada 10 Muharram ini.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w.  bersabda, "Seutama2 puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang  berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun & siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (HR Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang  puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari Asyura & Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pd hari Asyura & menyuruh org lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam  dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." (HR Al Baihaqi )

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, “Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam”. (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a katanya, ” Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, “Puasalah kamu pada hari itu”. (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, “Hari apa ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya”. Sabda Nabi, “Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa”. Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.”(Riwayat Al Baihaqi)

Puasa hari `Asyura’, Tasu`a’ dan kesebelas Muharram Puasa hari `Asyura’ ialah puasa sunat pada hari kesepuluh bulan Muharram. Diriwayatkan daripada Mu`awiyah bin Abu Sufyan Radhiallahu `anhuma berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: “Ini adalah hari `Ayura’ dan tidak diwajibkan ke atas kamu berpuasa sedangkan aku berpuasa. Maka barangsiapa yang hendak berpuasa maka berpuasalah dia dan barangsiapa mahu (tidak berpuasa) maka berbukalah dia (boleh tidak berpuasa).”(Hadits riwayat Bukhari)

Kelebihan berpuasa di hari `Asyura’ sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata: Maksudnya: “Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam) tentang berpuasa pada hari `Asyura’? Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu.” (Hadits riwayat Muslim)

Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari `Asyura’, berpuasa pada hari Tasu`a’ iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas Radhiallahu `anhuma berkata: Maksudnya: “Dahulu, ketika Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa pada hari `Asyura’ dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: “Wahai Rasulullah! (Bukankah) sesungguhnya hari `Asyura` itu hari yang
diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?” Maka Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam bersabda: “Apabila pada tahun yang akan datang, insyaAllah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan” Berkata Abdullah bin Abbas: “Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam telah pun wafat.”(Hadits riwayat Muslim)

mari lah..
kita sama2..
berazam untuk berpuasa pada 10 Muharram ini..
moga2 amal kita ini diterima Allah

  

Monday, December 6, 2010

Daun Yang Jatuh Takkan Membenci Angin


Assalammualaikum..

Kawan2..
Sebenarnya, saya tidak berapa gemar untuk copy paste..
saya lebih gemar membaca dan olah sendiri tanpa lari dari cerita yang asal..
tanpa tersasar dari topik asal...
tanpa menokoh tambah apa yang dibaca..
tanpa suka2 hati tambah bunga2 kasik lawa...
(mungkin cara saya mengolah dan merapu di sini yang ikut cara saya kot.. kot laa..)
tapi..
kali ni saya tak ada mood pulak untuk olah balik apa yang saya baca tu...
maka dengan berat hati saya copy paste je k..
maafkan saya ye kawan2...

maka..
heharap kawan2 tak boring ye...

Silakan menyemak...

amaran : ini adalah topik copy paste bulat2... maka ambillah ibrahnya (pengajaran)

------------------------------------------------------------------------------

Daun Yang Jatuh Takkan Membenci Angin

“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”

Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.


insan yg sukakan ikatan persahabatan...dan sayang akan sahabat.... bertuah sahabatnya....


p/s : saya sayang sahabat saya.. tapi kadang2 saya sengg ~~~ ehee..

Related Posts with Thumbnails