Monday, March 21, 2011
Andai Bisa Aku Putar Kembali
Waktu itu...
andai bisa kuputarkan kembali
pasti akan aku kembali
ke zaman hatiku putih bersih
agar aku dapat mengekalkan
keputihan hatiku sehingga kini
Detik itu...
andai bisa kuputarkan kembali
pasti akan aku berpaling
berlari untuk ke sejarah dulu
yang telah kulakarkan sebelum ini
dan akan aku hapuskan
noda2 hitam di atas lakaran itu
supaya kebersihannya kekal
sehingga hari ini
Masa itu...
andai bisa kuputarkan kembali
pasti bukan di sini tempatku
kerana
jika aku dapat kembali ke zaman
di mana hatiku masih putih bersih
jika aku dapat kembali ke sejarah
di mana telah dapat ku bersihkan
noda-noda hitamku itu
nescaya sekarang
aku bukanlah seorang aku
seorang aku yang bergelumang
dengan dosa dan noda!
kerana pada masa dan saat ini
aku sudahpun berada bersama-sama
para muslimin muslimat kekasih ALLAH SWT
yang sentiasa mencari rahmat
dan hidayahNYA
tetapi aku.....
tidak mampu untuk kembali ke detik itu
tidak mampu untuk kembali ke masa itu
yang aku mampu hanyalah
mengutip satu persatu serpihan
kaca-kaca iman yang tinggal
bermulalah kembali perjuanganku
seorang hamba yang tewas pada nafsunya
seorang insan yang kalah pada kata hatinya
seorang makhluk yang gagal pada ujianNYA
restuilah aku, ya ALLAH
kerana hanya dengan restu dan redhaMU sahaja
aku bisa bangkit kembali
aku mampu mengorak langkah
menuju ke majlis-majlis ilmu dan rumah-rumahMU
rahmatilah aku
kerana aku tidak mahu
terus berada di zaman gelap itu
sumber
Monday, March 14, 2011
Mari Berjiwa Besar
Kadang kita ini sentiasa fikir benda kecil2. Benda sepele.. Hidup perlu ada matlamat. Perlu ada objektif besar.. Perlu fikir kedepan.. Apa yang kita ingin targetkan dalam hidup.. Itulah fokus kita.. Abaikan sajalah benda2 yang boleh ganggu hidup kita, yang boleh menjejaskan matlamat hidup kita.
Budak sekolah.
Bagaimana budak sekolah ingin berjiwa besar??
Bulan 11 SPM.. Jadi? Apa kena mengena?? Bagaimana ingin berjiwa besar??.. Kawan berebut boifren, sampai gaduh2.. Tak payah layan lah.. Benda sepele tu. Setkanlah dalam hati itu :
“Bulan 11 aku SPM.. Jadi, benda2 kecik macam nih aku malas nak layan.. Buang masa aku!!. Lagipun bercouple itukan HARAM”
Bulan 11 aku periksa, jadi aku malas nak gaduh hanya kerana berebut pen sebatang! Apa barang...
Masam muka hanya kerana terpijak kasut! Heh.. benda kecik.. ada benda lebih besar akau nak fikir nih.. Aku nak berjaya dalam exam.. Jadi, benda kecik2 macam nih, aku memang malas nak pikir..
Itulah fikiran budak sekolah yang berjiwa besar!..
Orang dewasa..
Bagaimana orang dewasa ingin berjiwa besar??
Orang dewasa berjiwa besar apabila dia fokus kepada kerjanya.. Dan hanya abaikan cakap2 orang dibelakang. Abaikan umpatan orang.. Orang berjiwa besar tidak sakit hati dengan kejayaan orang lain.. Orang berjiwa besar tidak mencari kesilapan orang lain.. Dia tetap terus berusaha dan terus berusaha.. Orang berjiwa besar tidak suka membuang masa dengan menonton drama Korea!.. Dia merasakan perkara2 itu hanya membuang masa!.. Dan dia tetap fokus dengan matlamat yang terbentang dihadapan dan berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut.
Pendakwah
Pendakwahlah yang perlu mempunyai jiwa yang paling besar.. Kerana dalam hidupnya itu, ada matlamat hidup yang sangat besar terbentang dihadapan. Fokusnya adalah bagaimana hendak menyebarkan Islam ini.. Fokusnya adalah bagaimana ingin men”share”kan apa yang dia dapat..
Jadi, jika kecik hati sesama akhwat itu, bermasam muka sesama akhwat itu hanya kerana benda2 kecil.. Antunna masih berjiwa kecil.. Heii.. camon bebeh.. Kita ada agenda besar dihadapan sana.. Jangan fikir benda2 sepele ok!.. Kadang kala, jiwa pendakwah itu jiwanya kering.. Dia abaikan perasaan dia.. Rasa sakit hati, rasa tak puas hati, rasa nak merajuk?? tak perlu fikir lama2 sehingga boleh sakit jiwa!.. Akhwat kita adalah saudara kita, akhwat kita orang yang sama2 menggerakkan dakwah, maka benda2 kecik yang boleh menjejaskan ukhwah, tak perlulah dipanjangkan.. Kerana kita adalah sahabat seperjuangan.. Beralah, beralah, beralah... ok? (tapi jangan le beralah sampai orang pijak kita.. adoii)
Tak dinafikan kadang kala jauh disudut hati itu, kita rasa sedih yang sangat (aku lah nih..). Tapi, memang perlu disingkirkan ia dari hidup kita jika kita inginkan matlamat kita tercapai dengan jayanya.
Orang berjiwa besar itu sangat berlapang dada
Dia sentiasa berfikiran positif. Dia tidak bersangka buruk dengan sahabat2nya. Semuanya dianggap benda sepele jika terjadi hal2 yang kecil contoh merajuk tak temankan makan, merajuk tak dipujuk kalau merajuk, membesar2kan kes jika pen yang kecik tu hilang, terpijak kaki, tengok drama Korea, tengok hindustan! (apa2lah..)
“Heh, aku ada benda penting lagi nak pikir der. ”
Anazahra
.marilah kita ramai2 berjiwa besar
.alangkah bagusnya jika semua orang berjiwa besar untuk perjuangkan Islam
.sudahlah anazahra! jangan pikir benda yang sepele ok.. benda2 yang menyedihkanmu.. oh poyonya..
.selamat malam! (1259am, 14 mac 2011)
Saturday, March 12, 2011
Gambar itu...
anazahra
.sangat sentimetal value bagi saya
.saya sangat sayang sahabat saya
.saya tak tahu dia ingat saya ke tidak
.tiap2 hari saya ingat dia
.semoga Allah redha..
Thursday, March 10, 2011
Kehidupan Selepas Grad Itu.. Part 2
Fuhyoo.. ada part 2 tak tahan!
Kehidupan aku selepas grad tidaklah sehebat mana. Cuma terasa, ketika study dulu hati tidak all out menyerahkan diri kepada dakwah. Rasa leka dengan urusan dunia. Buang masa dengan angan2, buang masa dengan hal dunia, buang masa melayan perasaan!!. (Oh hamba bagaimana aku ini ya Allah L).. Kini, segala kemudahan sudah ada didepan mata. Tiada alasan bagimu meninggalkan dakwah!..
Pasti dan pasti, satu ujian kita dapat lepasi, ujian yang lain pula bakal ditempuhi. Setinggi mana pohon itu, semakin kuat angin menghayun. Semakin tinggi kefahaman, semakin banyak ujian.. Allah..
Seusai grad, aku duduk dirumah bersama famly sekitar sebulan setengah.. Hati sudah panas. Bimbang diri dihasut dunia. Bimbang jauh dari halaqah, bimbang jauh dari tarbiyah. Tapi masih setia dengan murobbiah. Dalam hati, ‘aku perlu melakukan sesuatu untuk membizikan diriku’. Maka, idea ingin berbiznes keluar dibenak fikiran. Sewaktu dalam proses pembangunan biznes, diri di offer 1 jawatan. Maka jawatan itu aku ambil untuk aku menjadikan ia sebagai pengalaman dimasa2 akan datang. Maka biznes tergendala sementara. Kini hampir 8 bulan aku bersama jawatan ini.
Alhamdulillah. Kini, sudah 8 bulan aku didunia pekerjaan. Bahangnya kian terasa. Yang mana dunia pekerjaan tidak sama dengan dunia study. Ujian lain pula menimpa. Diuji dengan masa, duit, tenaga.. Semua bertambah2.. Jika dulu waktu kuliah, ada masa berehat. Kelas pukul 9 pagi, petang masih boleh berehat melelapkan mata. Malam pula hadir halaqah. Tapi dunia bekerja lain. Kerja 8 pagi hingga 5 petang. Malam pula ada halaqah untuk dihadiri.. Hujung minggu ada program.. Itulah kehidupan selepas grad.. Dakwah harus berjalan seperti biasa. Apakah jika kita berhenti study, maka dakwah juga dihentikan??. Tidak.. Kerja2 juga, dakwah jangan lupa. Dakwah no 1, kerja bukan no 2.
Bila lama kelamaan.. Keinginan berbiznes yang tergendala dulu kembali menerjah. Berbiznes itukan sunnah Nabi. Diri termenung sejenak. Pentingnya berbiznes bagi seorang daie dan bukan sepenuhnya makan gaji. Sebenarnya, jika kita berbiznes, masa kita banyak. Yelah, kita kan bos. Sesuka hati lah nak cuti bila2. Hehe. Cuti untuk hadir program. Cuti untuk hadir liqo. Berbiznes juga boleh jadi kaya. Orang muslim aka daie perlu kaya untuk menampung perbelanjaan dakwah. Maka berbiznes juga bukan benda main2. Perlu focus dan sungguh2 untuk jadi kaya!.. Kini moto lagi sekali berubah.. Dakwah no 1, kerja bukan no 2, biznes bukan no 3! (apa2lah)
Dan setiap fasa demi fasa, ada ujian disitu. Bagaimana kita menyikapi ia untuk kita terus dijalan ini. Jalan yang tidak ramai orang telusuri. Jalan yang membawa kita kepada jawapan ‘Kenapa kita dijadikan dimuka bumi”. Maka kerja kita2 inilah yang akan meramaikan orang untuk membawa mereka bertemu jawapan ‘Mengapa pula mereka diciptakan’
Anazahra
.the end
.panjang jugak part 2 nih
.bisnes anazahra >> http://zahraislamikshop.blogspot.com/
.semoga Allah redha
Wednesday, March 9, 2011
Kehidupan selepas grad itu
Apa yang best bila lepas grad?. Pasti merasakan “wahh terlepas aku dari siksa selama bertahun2”. Sama juga macam saya. Terasa seperti bebanan mulai mengurang. Tapi harus diingat. Ada 1 lagi bebanan yang harus ditampung. Iaitu bebanan dakwah.. Dakwah tidak akan berhenti walau kita sudah grad.. Ia akan sentiasa berjalan, sehinggalah sebenarnya dia berhenti ketika kita sudah tidak bernyawa lagi.. Sebenarnya tak nak cakap beban, tetapi ia lebih kepada tanggungjawap. Kata bebanan seperti kita terpaksa melakukannya, tetapi tanggungjawap itu lebih sedap sikit bunyinya.. Cehh..
Sebelum grad, saya sering diingat2kan oleh guru ngaji tentang kehidupan selepas grad. Tentang cabaran2 selepas grad. Tentang yang berguguran di jalan dakwah.. Sungguh saya amat takut waktu itu. Takut diri ini diuji. Apatah lagi saya sangat dekat dengan orang2 yang dikasihi.. Sungguh saya sangat sayang akan tarbiyah ini..
Kawan2..
Waktu ini, ketika belum grad, kita mungkin jauh dari orang2 yang dikasihi. Amat mudah untuk keluar ke sana ke mari menghadiri liqo, halaqah, program dan lain2.. Tetapi jika selepas grad, berjaga2lah wahai sahabat.. Selepas ujian study selesai, ujian lain pula muncul. Diuji oleh orang2 tersayang.. Jika tidak orang2 tersayang, diuji dengan jawatan, kerja, bebanan kerja, dan lain2.
Justeru itu, persiapkan diri, kentalkan diri. Pupuklah iman dihati agar ia sentiasa kuat menempuh segala ujian yang bakal mendatang. Jangan ketika di kampus saja diri kuat menebar dakwah. Apabila grad, hilang entah kemana. Liqo kemana, halaqah kemana, program kemana..
Saya pernah merasai semuanya. Ketika study, even selepas grad. Hati sentiasa berbolak balik. Asakan demi asakan datang dari pelbagai arah.. Hati hanya berdiam dan menanggung rasa.. Antara kemahuan hati dan kemahuan orang lain.. Antara kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.. Malah diuji juga perasaan dan hati ini… Sebab itu kawan2, saya suka untuk menasihati diri saya dan kawan2, persiapkan diri dan iman di waktu ini. Diwaktu kamu diberi peluang ini.. Diwaktu dialam kampus.. Kerana cabaran ketika study dan selepas study beza benar jauhnya.. Saya tidak mahu kawan2 menjadi seperti saya.. Pengalaman itu mengajar erti kedewasaan.. Dan saya tak mahu kawan2 masuk lubang yang sama seperti saya..
Macehh..
anazahra
.Rindu nak ke alam study
.Doakan ana agar tetap dijalan ini.
.Semoga Allah redha
Tuesday, March 8, 2011
TanpaMU
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada
Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia
Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung
Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur
Ku tak berdaya (Ku terpedaya)
Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora
Kasih (Oh Kekasih)
Daku derita (Tangisku hiba)
Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu
Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan
Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku
Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan
Friday, March 4, 2011
Manusia luar biasa
Saja nak share 1 motivasi dari IKIM.fm.. Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, seawal 720 pagi..
Manusia luar biasa bukanlah seperti Superman atau Batman atau pula Cicakman tidak ketinggalan juga Transformer.. Itu semua adalah cerita2 karut yang membuang masa kita!
Apakah manusia luar biasa?
Manusia luar biasa adalah orang yang tahu berterima kasih!
Kita tolong A bagi pinjam RM 1.. Sampai mati A ingat kebaikan kita tu. A itu adalah orang luar biasa!.. Walhal RM 1 je.. Bukan tolong sampai RM100 000 pun.. Tapi dia ingat budi kita tu, masyaAllah luar biasa hebat..
Terima kasih Allah..
Berapa banyak kali kita terima kasih dengan Allah? Ke kita ni memang tak tahu nak berterima kasih?..
Kawan2..
Tengok balik diri tu, jari2 yang meng”klik” link anazahra ini pun adalah kurnia dari Allah.. Mata yang manatap blog ini pun kurnia dari Allah.. Akal yang sempurna itu dari Allah.. Kereta yang parking kat luar itu dari Allah..
So? Jadilah manusia luar biasa!
Yang tahu berterima kasih kepada Allah.. Itu la tanda SYUKUR…
Syukur kepada Allah dengan segala nikmat yang telah diberikan. Syukur juga bukan hanya diucapkan didalam hati, tetapi ia juga diterjemahkan melalui perbuatan.. Syukur apabila diberikan tarbiyah, maka dia sebarkan juga kepada orang lain. Sama2 menyeru umat manusia merasai nikmat tarbiyah yang telah dia dapat. Itulah tanda syukur. Menyampaikan dan menyampaikan.. Menyeru dan menyeru.. Tanda terima kasih kepada Allah..
Tanda Syukur!