Monday, March 21, 2011

Andai Bisa Aku Putar Kembali




Waktu itu...
andai bisa kuputarkan kembali
pasti akan aku kembali
ke zaman hatiku putih bersih
agar aku dapat mengekalkan
keputihan hatiku sehingga kini

Detik itu...
andai bisa kuputarkan kembali
pasti akan aku berpaling
berlari untuk ke sejarah dulu
yang telah kulakarkan sebelum ini
dan akan aku hapuskan
noda2 hitam di atas lakaran itu
supaya kebersihannya kekal
sehingga hari ini

Masa itu...
andai bisa kuputarkan kembali
pasti bukan di sini tempatku
kerana
jika aku dapat kembali ke zaman
di mana hatiku masih putih bersih
jika aku dapat kembali ke sejarah
di mana telah dapat ku bersihkan
noda-noda hitamku itu
nescaya sekarang
aku bukanlah seorang aku
seorang aku yang bergelumang
dengan dosa dan noda!

kerana pada masa dan saat ini
aku sudahpun berada bersama-sama
para muslimin muslimat kekasih ALLAH SWT
yang sentiasa mencari rahmat
dan hidayahNYA

tetapi aku.....
tidak mampu untuk kembali ke detik itu
tidak mampu untuk kembali ke masa itu
yang aku mampu hanyalah
mengutip satu persatu serpihan
kaca-kaca iman yang tinggal

bermulalah kembali perjuanganku
seorang hamba yang tewas pada nafsunya
seorang insan yang kalah pada kata hatinya
seorang makhluk yang gagal pada ujianNYA

restuilah aku, ya ALLAH
kerana hanya dengan restu dan redhaMU sahaja
aku bisa bangkit kembali
aku mampu mengorak langkah
menuju ke majlis-majlis ilmu dan rumah-rumahMU
rahmatilah aku
kerana aku tidak mahu
terus berada di zaman gelap itu



sumber

No comments:

Related Posts with Thumbnails