Tuesday, March 1, 2011

Salam Perjuangan



Sudah lama aku tidak update blog ni.. Masih tercari2 apa yang ingin dituliskan.. Hakikatnya banyak yang ingin dikongsikan..


Hari demi hari dilalui dengan kerinduan dihati. Rindu pada sosok tubuh yang dahulu..

Kini sudahku tanamkan tekad dihati.


Terima kasih ya Allah akan ujian2 yang Kau berikan padaku ini. Semua ini membuatkan aku sedar bahawa jika aku leka dan lalai sedikit, Kau akan jentik diriku dengan sedikit teguranMu..


Sungguh, apa yang terjadi tidaklah aku salahkan sesiapa. Aku sepatutnya menudingkan jari itu kepada diriku sendiri.. Masakan apa yang terjadi itu sia2. Pasti ada hikmahnya.


Dosa2 yang telah berlalu membuatkan aku lebih dekat kepada Sang Pencipta.. Aku memang banyak telah melakukan kesilapan dan kesalahan.. Kadang kala mengabaikan amanah yang telah diberikan kepadaku.. Kadang kala membuat perkara2 yang tak tercapai dek akalmu.. Peluang kali ini, akan ku gunakan sebaiknya untuk menebus kembali kelalaian yang lepas..


Aku bersyukur Ya Allah, aku masih lagi di atas jalan ini. Jalan dakwah yang menenangkan tetapi penuh liku2.. Sungguh hati perlu kuat untuk terus dijalan ini.. Jalan ini bukan jalan saja2, jalan ini bukan jalan main2.. Aku kena tekadkan dalam hati.. Bersungguh2lah!.. Lupakan kisah lama.


Teruslah melaju kehadapan. Tidak kira kita sekarang dimana. Be serius ok!


Mungkin banyak kesenangan2 ketika ini. Tolonglah jangan membuatkan itu sebagai sebab untuk kita bersenang2.. Sepatutnya kita semakin kuat dan semakin kuat, semakin rajin dan semakin rajin berusaha mengubati manusia sekeliling.. Sungguh, setiap permintaan yang diminta oleh akhwat, aku anggap itu sebagai ladang amal buatku. Akan ku usahakan untuknya..


Anazahra


No comments:

Related Posts with Thumbnails