Aku bukan orang yang layak untuk menulis tentang perihal dakwah. Kerana aku merasakan diri ini masih banyak perkara belum settle.. Kadang2 diri masih diselubungi dosa2 silam, teringat2 dosa semasa jahiliah even dosa selepas ditarbiyah.. Tetapi, harus ku tekadkan dalam hati, tulisan ku ini adalah motivasi untuk diriku terus dan terus atas jalan ini. Terus melangkah dalam rangka mencari keredhaanNya, dalam rangka menebus kembali kesilapan2 lalu. Seharusnya aku lebih baik dari dulu. Seharusnya begitulah. Moga Allah permudahkan segalanya.
Tulisan ini kutujukan kepada diriku sendiri.. Semoga saat ini, kali ini dan juga pada masa2 akan datang aku beramal dengan bersungguh apa yang telah disampaikan di atas blog ini.. Blog ini bukan apa2 atau apa2.. Kadang2 aku menulis ikut sedap rasa.. Merapu membebel entah apa2.. Harap ada manfaat untuk aku khususnya dan untuk kamu amnya..
Ditempat yang baru, disituasi yang baru, sekeliling yang baru kadang membuatkan diri ku ini shock.. Cuba untuk sesuaikan diri dengan sekeliling. Ada hikmah semuanya. Tak mungkin sia2. Cuma sekarang, bukan lagi waktu untuk menyesuaikan diri, bukan lagi waktu santai2.. Cukuplah 2 3 bulan untuk sesuaikan diri (perlu ke?) dan sekarang teruskanlah seperti yang dulu.. Sepatutnya kali ini lebih melaju dari dulu.. Lihatlah segala kemudahan dan kesenangan. Jangan disia2kan.. Jangan diikutkan kesenangan, jangan diikutkan kemudahan. Bimbang kita memudah2kan.. Tiada alasan berkalau2.. Tiada alasan bernanti2.. Janganlah terlalu lama melahu. Janganlah terlalu lama termenung.. Bimbang pula hilang ntah kemana..
Bangkitlah.. Keluarkan semangatmu yang dulu. Semangat perjuangan. Semangat sanggup berkorban. Kita sudah tiada masa. Yang dekat dah makin dekat. Kesian manusia sekeliling masih sakit. Kita kan orang2 beriman.. Orang2 berimankan mencintai saudaranya. Orang beriman kan nak bagi kebaikan kepada orang lain macam kebaikan yang dia dapat. Maka, berbuatlah semampumu.. Berbuatlah sedayamu. Serukan mereka.. Kembalikan mereka ke fitrah mereka sebenarnya.. Siapa lagi yang mereka nak harapkan, kalau bukan kita2 ni..
Anazahra
Bukan susah nak berdakwah, bukan senang nak berdakwah, asal ada cinta dihati.
Semoga Allah redha..
No comments:
Post a Comment