Saturday, September 14, 2013

Couple Islamik katanya






Ia sungguh menjengkelkan.
Sungguh mengkecewakan.

Bagaimana mungkin seorang yang mengaku pejuang Islam boleh terjebak didalam perlakuan ini?

Cinta anta anti?

Sedih, kecewa, meluat..

Saya perhatikan di rantaian Facebook, ramai yang begini. Apa yang menyebabkan kamu berkelakuan sedemikian?. Status cerita pasal pejuangan, pasal jihad Palestin, Syria, Mesir kononnya tetapi ada juga perihal cinta2 lelaki perempuan. Iktilat tidak dijaga. Kalau mungkin kamu sudah bertunang, ia tidak perlu dihebahkan di Facebook. Lupakah kita dengan hadis Nabi Muhammad saw?

Rahsiakan pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan" (HR Ahmad)

Orang yang ditarbiah

Jika yang begini adalah orang yang belum disentuh tarbiyah, mungkin kita boleh terima dan menjadi tanggungjawap kita untuk menyedarkan mereka bahawa couple sebelum nikah tidak dibolehkan berdasarkan dalil

“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” [17 : 35]

Tetapi jika yang terlibat dalam perhubungan ini adalah seorang yang berkopiah, berserban, bertudung labuh, berniqab, join usrah! Sungguh ia sangat mengecewakan!.

Jangan jadi fitnah

Orang2 yang tidak disentuh tarbiyah, apabila melihatkan situasi ostaz ostazah couple ni, mereka akan melihat ;

“eh couple tak boleh ke? Tapi ada ostad tu couple, saya nampak kat facebook dia ada ikon ^_^ dengan tunang dia, ada icon <3 dengan tunang dia, tunang dia ostazah, dia boleh tak kan saya tak boleh couple kot?”

“alah ostazah tu pon couple jugak, pakai niqob lagi!”

Tepuk dahi!

Orang yang bawa Islam, mohon jangan jadi fitnah kepada apa yang anda bawa. Sungguh ia memalukan. Tak perlu letak status di Facebook anda Engaged to ????. Sampai masa, sebarkanlah perkahwinanmu nanti.

Lelaki dan perempuan bersendirian, yang ketiga adalah ??

Walau hanya di alam maya, walau kamu jauh tidak berdua2 bersama2 tetapi ingatlah yang ke tiga adalah Syaitan!

Dia akan berusaha menyusahkan kamu.

Kita mengetahui kamu memang seorang yang soleh wahai ostaz
Kita mengetahu kamu memang seorang yang solehah wahai ostazah

Tetapi sedarlah bahawa yang ke 3 (Syaitan) itu jahat!

Dia akan berusaha menyusahkan kamu walau kamu baik macam mana pun, walau kamu soleh macam mana pun. Tipu daya syitan sangat halus. Jaga ikhtilat kamu!

Orang couple Islamik yang tak sah taraf ni tak perlulah buat ikon ^_^, <3 sesama sendiri. Rasa nak muntah!

Sekian :)



No comments:

Related Posts with Thumbnails