Sunday, September 15, 2013

Menulis







Sudah lama saya tidak menulis.

Ia mengambil masa yang lama.

Hampir 7 bulan saya tidak jenguk blog saya ni. Hakikatnya saya memang suka menulis. Kadang mood ada, tapi idea nak menulis tak ada. Idea ada, tapi mood untuk menulis tak ada pulak. Kadang kala jika idea datang bertalu2 dan juga mood yang cool pula, maka 1 hari boleh sampai 2 3 artikel ditulis. Tapi jika sebaliknya ia membawa ke angka 7 bulan. Blog tersadai tanpa sentuhan.

Saya mula menulis pada 2008. Pada ketika itu saya mula disapa tarbiyah. Saya merasakan menulis ini juga adalah salah satu cara untuk kita berdakwah kepada masyarakat. Tetapi sebenarnya, dengan cara menulis ini, ia tidak berapa sampai ke hati2 yang ingin didakwahkan. Hakikatnya, kita perlu bersemuka dengan masyarakat diluar untuk menyampaikan Islam itu sendiri.

Teringat saya ketika saya hadir ke satu kursus kewartawanan. Speakernya adalah seorang wartawan veteran yang agak terkenal di Malaysia. Beliau berkata;

“Orang yang pandai menulis, tidak semestinya pandai bercakap apabila diminta bercakap dan begitulah sebaliknya. Orang yang pandai bercakap, mungkin ia tidak pandai menulis”

Ya. Mungkin betul.

Saya juga tidak pandai menulis dan juga tidak pandai bercakap. Tetapi oleh kerana kehendak yang kuat untuk menyampaikan Islam itu membuatkan saya paksa diri saya untuk pandai bercakap.

Menulis ini adalah saja2, hobilah orang kata kononnya. Hakikatnya menulis juga dakwah. Menyampai sesuatu kepada manusia. Ia terpulang kepada penulis tersebut. Sama ada apa yang ditulis itu mendatangkan pahala atau ia mendatangkan dosa.

Dakwah itu perlu disampaikan hati ke hati. Ia lebih indah jika boleh bersemuka. Ia sebenarnya tidak cukup hanya dakwah di medan maya. Facebook, Twitter?. Dakwah akan teruji jika kita boleh bersama berada didalam usrah, halaqah. Bersama mengajak manusia dekat pada Allah. Berusaha mengajak manusia memahami apa yang sepatut kita lakukan sebagai khalifah dibumiNya.

Jika 7 bulan blog tidak diupdate, ia tidak memberikan apa2 kesan. Tetapi janganlah ditinggalkan dakwah yang sebenar. Iaitu dakwah mata bertemu mata bersama masyarakat. Kerana cara dakwah inilah yang dilakukan oleh Rasulullah saw.

Saya akan kembali menulis insyaAllah. Tidak mungkin akan meninggalkan medan maya ini kerana ia juga mempunyai potensi untuk menyampaikan dakwah. Walau mungkin tidak ramai yang baca, tapi saya mencuba untuk menyampaikannya walau hanya dimedan maya. Yang pasti, saya berharap sahabat2 pembaca tidak meninggalkan dakwah sebenar. Dan juga untuk saya. Mohon doakan saya masih diatas jalan ini.

Siapa yang berminat untuk sama berusrah dimedan sebenar. Boleh contact saya :)

Muslimah sahaja.

Kami mohon ampun Ya Allah.



No comments:

Related Posts with Thumbnails