Sunday, April 1, 2012

3 Bulan




Ya..


3 bulan pertama tahun 2012 ini memberikan pelbagai cerita dalam kehidupan saya.. Siapapun kita, begitulah hidup kita, tidak akan dibiarkan kita hidup dalam keadaan yang sama setiap masa.. Ada sedih, ada gembira.. begitulah kehidupan.. nak menguji adakah kita ini adalah insan yang sabar atau tidak.. Tidaklah pula menjadikan kehidupan kita sama je sentiasa setiap hari..

Januari

Begitulah Januari tiba pada setiap orang.. Semua akan menerima kehadiran Januari dengan gembira dan seronok.. bertambahlah lagi angka umur walaupun mungkin baru sambut bulan 12 tahun lepas.. Tetapi apabila berganjaknya tahun maka secara automatik pada tahun ini akan berubahlah angka umur itu.. Faham ke tidak? terpulanglah..

Seperti itulah saya.. Januari diterima dengan hati yang lapang.. Melalui hari2 yang sama setiap hari, rupa2nya bertambah lagi umur saya.. Kenapa terasa muda je?.. Memikirkan perihal2 diri, dakwah, program, keluarga.. Awal bulan sehingga akhir bulan, dilalui setiap hari seperti itulah saya.. Sehingga pada 29hb Januari, hari yang tidak dapat dilupakan dalam hidup saya..

Abah pergi mengadap Ilahi..

Terkelu terkedu.. Pagi tadi abah bersarapan bersama kami! Pukul 2 petang abah balik dari surau, saya dengar motosikal abah.. Pukul 3 petang abah disahkan meninggalkan kami...

Allahu Ya Allah...

Februari

Februari berlalu dengan kekosongan melanda jiwa.. Rasa sedih abah pergi mengejutkan kami masih terasa.. Sudah tiada lagi bunyi motor abah pagi2. Abah akan ke surau setiap hari.. Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat menerimanya dengan tenang.. Sesekali bayangan abah melintas.. Sesekali rindu sangat2 pada abah datang menjengah.. Saya ke kubur sorang2, kerana rindukan abah.. Lalu ayah angkat saya menegur, jangan pegi kubur sorang2, bimbang mendatangkan fitnah!.. Baiklah, saya akur dalam kesedihan...

Dan Februari juga terasa kosong.. Terasa kosong kerana tidak memberi.. Tahun lepas saya ada kumpulan usrah untuk adik2.. Dan kini tiada kerana memberikan laluan kepada sahabat lain untuk menjalankan usrah disekolah itu.. Saya akan cuba cari yang lain.. Dan masih tercari2, tercari2 rentak untuk memulakan usrah semula.. dimanakah aku nak cari?.. sekolah mana aku nak masuk?.. maka terlintas difikiran nak mulakan usrah di ipt.. cuba membantu akhwat2 yang memerlukan teman untuk menyampaikan usrah..

Memang!

Memang jiwa terasa kosong.. Kosong kerana kita tidak memberi.. Hidup itu pada erti memberi.. Memberilah banyak2 pada ummat.. Kamu akan terasa indahnya kehidupan!!

Mac

Bulan yang ditunggu2 setelah sekian lama ditunggu.. Bulan yang telah Allah berikan nikmat yang tidak terhingga.. Allah menjemputku menjadi tetamuNya di Haramain.. Alhamdulillah syukur hanya kupanjatkan kepada Allah Tuhan seluruh alam.. Sedih, sebak, bahagia, gembira tidak terucap! Allah memilihku untuk menjadi tetamuNya.. Terasa kerdilnya diri dihadapan Allah.. Aku ini hamba yang banyak dosanya.. Terasa malu dengan Allah bila menjadi tetamuNya.. Malunya terasa apabila menjejakkan kaki ke Haram Mekah Al Mukarramah.. Aku memohon ampun Ya Allah akan dosa2ku.. Sungguh Engkau sangat mengetahui perihal diri ini.. NikmatMu yang mana lagi yang aku dustakan..

Kenangan di Haramain sungguh indah!

Rasa sedih juga dihujung rasa.. Kita ini hanya merancang, Allah juga yang menentukan.. Apabila di Haramain, teringatkan abah dan mak.. Kalau abah ada, pasti abah dan mak bersama saya disini.. Bertawaf bersama, bersolat bersama, berziarah bersama.. Allah sayang abah!.. Bisik hatiku..

Alhamdulillah..

Pulang dari Haramain, rasa ingin memberi itu tetap ada dan semakin bertambah!.. Semoga Allah mudahkan segala2nya..

April

Here i come..

Allahumma bi Haqqi suratul Fatihah hadiayatan ila ruuhi Almarhum Ayahanda Salleh B Shari.. Al Fatihah..


No comments:

Related Posts with Thumbnails