Tuesday, April 3, 2012

Saya Memang Bangga Dengan Bangsa Saya




"are you from Malaysia sister?"
. Tanya seorang lelaki di dalam lif, bersama 2 orang lagi.. Mereka mungkin dari India, dari raut wajahnya..

"Yup, i'm from Malaysia". Jawap saya dengan senyuman..

"Malaysia bagussss". Kata lelaki itu sambil menunjukkan isyarat ibu jari tanda bagus..

Saya senyum je.. dalam hati pandai pulak dia ni cakap melayu.. Walaupun hanya 1 perkataan...

"Assalammualikum Ya Hajjah.. dari Malaysia??".. Tanya seorang penjual berbangsa Arab di deret2 kedai berhampiran Haram Madinah Al Munawwarah.. Senyum dia tak lekang dari bibir.. Kebanyakkan penjual disana pandai speaking Melayu!

"Waalaikummussalam.. Ya, saya dari Malaysia".. Jawap saya tenang..

"Ya Allah Ya Allah.. MasyaAllah, tabarakallah.." Balas dia..

Saya pelik!

"Where you from sister?, are you from Indonesia?". Tanya Tehrani, Pegawai Haram Madinah Al Munawwarah yang menjaga Raudhah..

Indonesia???.. muka saya ni ada rupa Indonesia ke?? uii sabar aje la.. bisikku dalam hati.. Mungkin sebab saya berada di dalam kumpulan Indonesia.. Itu sebab agaknya dia fikir saya dari Indonesia.. (baik sangka)

"No sister, i'm from Malaysia". Jawap saya ringkas...

"Malaysia?.. MasyaAllah". Balas dia ringkas.. Dari matanya saya dapat rasa raut wajah yang gembira apabila saya kata saya dari Malaysia..

Semua pegawai Haram memakai purdah hitam litup, tak terkecuali Tehrani.. Hanya nampak mata saja.. saya merasakan mereka adalah orang yang sama.. Tak dapat cam mana satu Tehrani mana satu pegawai yang lain.. Saya berharap jika saya datang lagi, Tehrani yang dapat cam saya..

----------------------------

Habis solat, ramai yang meluru nak keluar masjid.. Sapa yang tolak aku nih.. bisik dalam hati... Aduhai, apa lah yang dikejarkan sangat ni...

Azan dah bergema.. semua meluru ke Masjid.. dan terasa belakang saya ditolak!.. Sabar la makcik, bisik hati ku..

Apabila hampir waktu solat, para jemaah tidak ramai yang ke depan, mereka akan penuhkan belakang dulu.. Alahai, yang datang cepat di saff belakang, yang datang lambat duduk saff depan.. Semasa menuju ke saff depan, jalan jemm.. berasak2!.. Bayangkan dalam masjid pun jem.. Saya terpandang seorang makcik dari Malaysia disebelah saya, dia tersepit akibat asakkan demi asakkan.. Tolakkan demi tolakkan.. Ada orang di belakang dia menolak..

"Please be patient my dear." Kata saya lembut..

Dia buat tak tahu je.. Tak faham agaknya.. Cakap English dia tak faham, cakap melayu dia tak faham, cakap Iran saya pulak tak reti!..

Allahu Ya Allah..

Esoknya, bila nak masuk masjid, kena tolak lagi!.. Allah...

Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau telah menghantar mereka untuk menguji kesabaran aku..

Duduk termenung, tiba2 teringat kisah2 lalu.. Senyumm..

Macam2 gelagat!

------------------------------

Jemaah dari Malaysia yang ke Haramain kebanyakkannya adalah dari bangsa Melayu. Saya tak jumpa jemaah berbangsa China atau India beragama Islam yang tinggal di Malaysia bila saya disana.. Ya, saya tidak nafikan.. Memang ada dari bangsa China dan India, tapi mungkin bilangannya tidak seramai bangsa Melayu.. Kerana, negara Malaysia ini mejoritinya adalah dari bangsa Melayu!.

Dan saya sangat terharu dan bangga.. Disana, Malaysia sangat terkenal dengan budi bahasanya.. Mereka mengakui bahawa orang2 Malaysia semua baik2.. Saya tidak nafikannya.. Kita akan terbuka mata apabila kita berada didalam komuniti pelbagai bangsa dan negara.. Dan kita dapat lihat mana yang baik mana yang buruk.. Malaysia memang terkenal dengan budi pekerti tinggi!.. Tak sia2lah slogan, budi bahasa budaya kitaaaa....

Sekali lagi.. Mejoriti Malaysia adalah berbangsa Melayu!.. Jadi secara tak langsung imej Melayu itu juga dipandang tinggi..

Sayang sekali.. hakikatnya di Malaysia, bangsa Melayu seperti diperkotak katikkan.. Bangsa Melayu dilihat bangsa yang mundur.. Masalah2 sosial dilihat hanya dari bangsa Melayu..

Lari rumah ikut boifren siapa? Melayu..

Mat rempit di jalanan siapa? Melayu..

Yang ramai menagih dadah siapa? Melayu..

Masalah sosial yang ramai siapa? Melayu..

Buang anak yang ramai siapa? Melayu..

------------------------------

Sumber : Bernama

Kawan2..

Melayu ini bangganya dengan Islam.. Apabila orang mengatakan bangsa Melayu, lalu orang akan terfikir Islam.. Jika setiap orang berbangsa Melayu itu jauh dengan Islam, maka akan bermasalahlah orang Melayu.. Jati diri Melayu itu telah hilang.. Malah barat dibangga2kan..

Lihatlah peratusan bangsa Melayu di bumi Malaysia.. Yang paling ramai adalah bangsa Melayu. Melayu 67.4%, China 24.6%, India 7.3%, dan selebihnya adalah lain2 bangsa..

Tapi kenapa kita lihat bangsa lain yang memonopoli semua?? Kenapa tidak bangsa Melayu? Sedangkan bangsa Melayu adalah mejoriti?.. Kerana bangsa Melayu itu hilang rasa bangga sebagai Islam.. kerana bangsa Melayu itu hilang raza izzah sebagai Islam.. Kerana bangsa Melayu itu lebih gemar mengamalkan cara hidup barat!.. Kerana bangsa Melayu itu hilang jati diri sebagai Melayu!..

Sahabatku..

Bayangkan apabila semua orang Melayu di Malaysia ini mengamalkan Islam dengan sepenuhnya.. Pasti bumi Malaysia ini subur dengan Islam.. Kerana apa? Kerana Melayu itu telah ramai2 sepakat untuk mendaulatkan Islam di bumi Malaysia.. Kerana Melayu itu telah bersatu hati menegakkan Islam di bumi Malaysia.. Kerana Melayu itu merasakan bangga hidup sebagai Islam!..

Saya juga sayang bangsa lain yang beragama Islam.. Kerana kita adalah saudara.. Lalu kita juga akan sama2 sepakat mendaulatkan Islam di bumi Malaysia..

Marilah kita bangkit wahai Melayu.. Saya sangat bangga dengan bangsa saya.. Kerana bangsa saya bangsa yang beragama ISLAM..

Melayu Sepakat Islam Berdaulat!

Siapa nak bantah?.. Silakan membantah... Tiada bantahan untuk membantah

No comments:

Related Posts with Thumbnails