Tuesday, October 22, 2013

Sungguh ia bukan permainan








Ketika mula-mula disapa tarbiyah dahulu, seperti biasa kakak usrah tu datang bilik saya untuk adakan taklim. Masa tu saya sangat nerd. Tak tahu apa-apa. Ikut je. Ditakdirkan kakak usrah saya terjumpa dengan sahabat saya masa tu (sekarang akhwat ). Rupanya mereka kenal satu sama lain. Mereka bebual berdua, maklum kawan lamakan. Lepas habis usrah, mereka berdua berbual tentang perihal tarbiyah, usrah dan lain-lain. Masa tu, saya memang betul-betul nerd dan hanya dengar je apa mereka bualkan. Saya tak campur perbualan mereka sebab mana faham sangatkan bahasa orang2 tarbiyah ni hehe. Dengar je la. Tapi bila mereka berbual topik keluar masuk tarbiyah ni dengan serius, saya pun mencelah sibuk bertanya..

 “Tak boleh ke keluar masuk tarbiyah?. Kejap nak kejap tak nak?”

Kakak tu reply,

“Mana boleh!. Ingat tarbiyah ni buat kerja main2 ke?”

“OoOoOoOo gitu..” saya balas dengan selambernya.

Ia kisah 6 tahun lepas.

Pentingnya tarbiyah

Sekarang baru saya faham mengapa tarbiyah itu penting. Ia membuatkan hidup saya lebih bermakna. Banyak benda yang saya belajar. Dari sekecil perkara hingga sebesar perkara. Dari seorang yang jauh dari Allah sehingga ia kenal siapa itu Allah. Rupanya sebagai seorang Muslim ia tidak cukup hanya solat, puasa dan lain-lain. Rupa-rupanya ada tanggungjawap yang lebih besar.

Semua ini saya dapat dari tarbiyah!

Dari situ saya faham bahawa saya perlu ajak kawan-kawan sekitar saya untuk sama-sama dengan tarbiyah ini. Ia disebut dakwah. Sungguh ohsem kerja ini

Wasilah Tarbiyah

Usrah, Daurah, Katibah, Nadwah, Muktamar, Rehlah, Mukhayyam adalah wasilah Tarbiyah. Amat rugi jika tidak hadir kerana dari sini saya dapat mempertajamkan permahaman tentang dakwah dan tarbiyah.

Saya diajar untuk mengutamakan wasilah-wasilah tarbiyah ini. Jika murobbiyah mesej saya dan katakan ada usrah pada tarikh sekian-sekian, maka saya harus kosongkan waktu tersebut. Jika perlu ke daurah, saya  kosongkan tarikh tersebut. Jika ada Seminar yang murobbiyah suruh pergi, maka saya wajib kosongkan tarikh tersebut. Saya akan cuba sedaya upaya untuk hadirkan diri untuk itu. Kerana ia sangat penting untuk tarbiyah diri saya. Ia dapat menambahkan kefahaman. Bukan suka-suka murobbiyah suruh pergi kan.

Pernah saja hari-hari tersebut bertembung dengan perancangan yang lain. Kadang ada janji dengan kawan, kadang mak ajak pergi Gaint, kadang itu kadang ini, tapi boleh je adjust masa jalan tu. Cuma kita je nak ke tak nak. Kalau dah memang tak nak pergi tu, macam-macam alasan diberi. Mak tak bagilah, kawan merajuklah, kucing tak makan la last-last yang tak faham-fahamnya kitalah. Yang ruginya kitalah. Yang menjauh dengan tarbiyah tu kitalah. Diri sendiri!.

Pernah juga tarikh-tarikh program tersebut bertembung dengan waktu exam. Selalunya kalau exam, murobbiyah akan beri pengecualian. Pergilah exam. Tapi jika minggunya depan exam, minta pergi program hari ini, tapi tak pergi sebab exam minggu depan, agak janggal disitu.

Kita kurang yakin dengan pertolongan Allah.

“Jika kalian menolong (agama) Allah, niscaya Allah akan menolong kalian, dan mengukuhkan kaki-kaki kalian” ( Muhammad:7)

Niatlah pergi program tarbiyah untuk menolong agama Allah. Pasti dan pasti Allah akan menolong kamu. YAKINLAH!

Berkat kamu ke program tarbiyah dengan niat nak menolong agama Allah, maka masa yang tersisa untuk study exam itu lebih berkat, lekat dan ingat di fikiran kamu. Siapa yang tolong?. Allah kan?. Allah saja yang mengizinkan itu berlaku.

Dan lebih penting, pengurusan masa kamu bagaimana? Susunlah masa dengan sebaiknya.

Apakah ia alasan?

Dapat mesej dari murobbiyah,
“Isnin ni ada usrah ye pukul 9 malam di rumah akak macam biasa :)

Reply,
“InsyaAllah kak, kalau tak ada apa2 hal :)

Kalau tak ada apa2 hal??.. Salah reply tu. Seharusnya :-

“Boleh kak, insyaAllah”

JELAS, YAKIN dan MANTAP!

Jawapan “kalau tak ada apa2 hal”, sepertinya mengutamakan hal2 lain yang tak penting. Macam nak kata, hal2 tersebut lebih penting dari usrah.

Lain la jika ada exam pada tarikh dan masa tersebut, itu boleh bincang dengan murobbiah.
Atau kalau keluar rumah ni mak akan mengamuk satu kampung diamuknya, itu boleh bincang dengan murobbiah.
Atau ajak ahli2 usrah buat usrah kat rumah..

Walaupun demam, gagahkan diri untuk hadir usrah walau dalam usrah tu baring je – saya pernah begini!-

Pendek kata, tak ada alasan nak cuti usrah atau program2 tarbiyah!

Kita bukan buat kerja main2!

Tahun demi tahun bersama tarbiyah, baru saya faham mengapa kakak usrah saya 6 tahun dulu dengan tegasnya dia cakap,

“Mana boleh!. Ingat tarbiyah ni buat kerja main2 ke?”

Blup!

**kakak usrah saya tu dah ada anak 2 masuk 3 orang dah
**sahabat saya tu dah nikah dah sekarang :D



Monday, September 16, 2013

Kemana akhirnya ilmu itu membawa kita ?






Memang seronok apabila dapat peluang untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Ia boleh jadi sebagai suatu kebanggaan kepada diri, ibu bapa dan keluarga. Rasa syukur yang tidak dapat dibayangkan ketika dapat surat tawaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Musim adik2 masuk Universiti ni, semester baru sudah bermula. Maka bermulalah azam baru bagi mereka. Kehidupan di universiti, memang menuntut kesungguhan yang luar biasa hebat. Semua perlu dibuat sendiri. Maknanya, ia perlu semangat pengorbanan untuk hidup ditempat orang. Mungkin keluarga di Johor, universitinya pula di Perlis. Mungkin keluarga di Kedah, universiti pula di Selangor. Ada juga tawaran universiti di Johor, keluarga pun di Johor juga hehe. Rezeki masing2.

Alhamdulillah a’la kulli haal.

Macam2 ilmu yang ditawarkan di universiti. Kalau bahasa biasanya orang panggil Kos. Ada kos Sains Komputer, ada kos Kejuruteraan Elektik, ada kos Sains Pembangunan, ada kos Elektrik Perubatan dan banyak kos lain lagi. Tidak kira apa pun ilmu yang kita belajar, termasuk juga ilmu masak2 ke, ilmu buat kuih raya, ilmu buat bangunan, ilmu buat jalan raya. SubhanAllah!.. apa2 saja ilmu, semua dari Allah.

Penting bagi kita menyedari bahawa ilmu2 ini hakikatnya datang dari Allah. Allahlah pemilik ilmu di langit dan di bumi. Allah lah pemilik ilmu didunia dan di akhirat. Tidak boleh tidak, kita memang tidak mampu menafikannya.

Kita sebagai hambaNya seharusnya perlu seimbangkan antara ilmu dunia dan ilmu akhirat.

Ilmu dunia kita belajar sungguh2, hanya kerana nak dapat segulung ijazah, mengapa ilmu akhirat kita ambil endah tak endah?. Seimbangkanlah keduanya. Tarbiyah perlu diseimbangkan dengan belajar. Sibuk kita dengan ilmu dunia, hadir kelas, hadir kuliah hari2 sampai penat kononnya. Buat assignment sampai termimpi2 tapi jika diajak join usrah, join tarbiyah, datang usrah, alasan sebuk dengan assignment?? Adilkah ini ?

Sesuatu yang perlu kita fikirkan.

Sesungguhnya ilmu itu memang boleh membuat duit kepada kita. Apabila kita dah habis belajar nanti, dapat kerja baik, best, seronok. Beli kereta, beli rumah. Kita berhabisan dengan kerja kita. Malam tak tidur, mandi tak sempat, kalau makan pun masih lapar lagi. Pendek kata sibuk memanjang. Kalau kerja jadi arkitek, kita sibuk dengan plan bangunan, lukis sana lukis sini. Kalau kita jadi akauntan, kita sibuk kira akaun company. Kalau kita jurutera, kita sibuk dengan mesin segala. Dapat gaji ribu2. Sampai tak ada masa untuk usrah, tarbiyah ilmu akhirat?!

Bagaimana nanti nak dapatkan rumah disyurga jika kita hanya sibuk dengan ilmu dunia?
Akhirat kita bagaimana sahabatku?

Perlu difahami sejauh mana ilmu itu boleh mendekatkan kita kepada Allah.
Kerana apa?
Kerana, jika kita kejar akhirat, dunia ikut sama. Jika kita kejar dunia sahaja, akhirat say good bye bye bye.

Maka, perlu kita dekatkan diri kita dengan majlis2 ilmu. Dekatkan diri dengan program usrah tarbiyah. Kita tidak rugi walau sedikit, malah kita semakin menjadi orang yang beruntung.

Ingatlah,
Tarbiyyah bukan segala-galanya, tapi tanpa tarbiyyah segala-galanya sia-sia

Semakin berilmunya kita, semakin kita dekat pada Allah.
Semakin berilmunya kita, semakin kita tidak tinggal solat, malah solat awal waktu.
Semakin berilmunya kita, semakin bersyukurnya kita kepada Allah.
Semakin berilmunya kita, semakin kita sedar kewajipan menutup aurat.
Semakin berilmunya kita, semakin kita rajin datang usrah, join program2 tarbiyah.
Kerana, orang yang berilmu sahaja yang menyakini wahyu Allah (Al Quran) yang akan menjadi petunjuk dan pemimpin bagi manusia ke jalan Allah

“Dan orang- orang yang diberikan ilmu berpendapat bahawa (wahyu) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu itulah  yang benar dan memberi petunjuk (bagi manusia) kepada jalan Allah yang Mahaperkasa, Maha Terpuji.” [Saba’ 32 : 6]


Sunday, September 15, 2013

Release Your Dua






Asalaamu alaikum,
We ask the Almighty to grant us goodness and acceptance.
I have a habit. And that habit is we ask Allah subhanahu wa ta’ala things. We are all in need. Every single time we are speaking, it’s important to say the dua or the supplication that is in our mind or on our tongues as soon as we have the opportunity to say it. Once it comes to your mind, just utter it; say it. Let the supplication come out, release it because you don’t know when is the time for acceptance. Dua, when we call out to Allah subhanahu wa ta’ala, we all have needs. One wonders sometimes whether it will be given to us exactly as we are asking for it because the Almighty has heard it without a doubt. He knows. And at the same time He responds but whether or not He gives it to us exactly as we want, only He knows. So it is important for us to choose moments that are more blessed and sometimes the minute you think of something you say it. It is something that would be giving preference to the Almighty over everything else.
So if you notice when I speak, a lot of the times I am in the middle of a lecture and what I would do is I would say, “May Allah grant us goodness. May Allah bless us. May Allah cure those who are sick. May Allah have Mercy on those who have passed away. May He grant us a deep understanding.” May He grant us so much so that people actually call me, ‘Deep understanding’ because I am a person who always says May He grant us a deep understanding. Sometimes the understanding is very shallow. And sometimes people think that, “Oh you’re very knowledgeable”, but the truth is we’re not. We have a little bit of knowledge. It is Allah subhanahu wa ta’ala who is the Owner of all Knowledge and our little knowledge compared to what the other true scholars of deen have is absolutely none. So we need to know; let’s swim in the ocean of knowledge and let’s continue learning, continue correcting ourselves and at the same time call out to the Almighty. Ask Him, tell Him at any given time, when you’re walking, driving, when you’re at home, when you’re in the kitchen perhaps cooking, perhaps helping, just say, ‘Ya Allah, bless my child. Ya Allah, bless me. Ya Allah, protect me from evil.’ Think of these things and the minute you think of it, make a dua, say it out. Talk to your Maker. It develops a beautiful link between you and Allah subhanahu wa ta’ala and this is what we want. This is the sweetness. People feel scared but they forget to say, ‘Oh Allah, protect me from fear.’ People feel so much and they forget to ask Allah subhanahu wa ta’ala things. People are worried about poverty and they don’t say, ‘Ya Allah protect us from poverty.’ People look at some others who perhaps are maimed or who do not have organs or who are sick and ill and they forget to say, or they don’t bother to say, ‘Oh Allah..’ At that split moment, ‘Oh Allah grant me cure from sickness. Oh Allah I thank you for what You’ve given me’. These are some of the words that need to be on our mouths; it is the spicing of the words that we really need through the speech that we have.
So this is a piece of advice that I have for you and the reason I say this is through my journey with the Quran, alhamdulillah, I have learned that Allah subhanahu wa ta’ala has the dua, or the supplications of the previous messengers, as well as Muhammad salallahu alayhi wasalaam, as well as some recommended duas where Allah is instructing Muhammad salallahu alayhi wasalaam to say a specific supplication in a specific way. It is all over the Quran.”رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا” [rabbana 'alayka tawwakalna w 'ilayka 'anabna]  ‘Oh My Rabb, this is what I am asking you. Oh My Rabb, grant me offspring. Oh my Rabb, bless me in this way and bless me in that way.’ So why don’t we learn from that? All over our speech we just need to say a few رَبَّنَا (Rabbana’s), meaning may the Almighty grant us this and grant us that, may Allah subhanahu wa ta’ala, may the Merciful, Oh You who is Most Merciful, help us have mercy on us. Open our doors, grant us guidance; so many different duas.
May Allah subhanahu wa ta’ala really open our doors. At the same time, what we need to know is whenever we would like to read the Quran, let’s be respectful, let’s clean ourselves, let’s make sure that we are dressed appropriately and let’s take it seriously
May Allah subhanahu wa ta’ala bless us all once again, wasalaamu alaikum wa rahmatuAllahi wa barakatuh.


Menulis







Sudah lama saya tidak menulis.

Ia mengambil masa yang lama.

Hampir 7 bulan saya tidak jenguk blog saya ni. Hakikatnya saya memang suka menulis. Kadang mood ada, tapi idea nak menulis tak ada. Idea ada, tapi mood untuk menulis tak ada pulak. Kadang kala jika idea datang bertalu2 dan juga mood yang cool pula, maka 1 hari boleh sampai 2 3 artikel ditulis. Tapi jika sebaliknya ia membawa ke angka 7 bulan. Blog tersadai tanpa sentuhan.

Saya mula menulis pada 2008. Pada ketika itu saya mula disapa tarbiyah. Saya merasakan menulis ini juga adalah salah satu cara untuk kita berdakwah kepada masyarakat. Tetapi sebenarnya, dengan cara menulis ini, ia tidak berapa sampai ke hati2 yang ingin didakwahkan. Hakikatnya, kita perlu bersemuka dengan masyarakat diluar untuk menyampaikan Islam itu sendiri.

Teringat saya ketika saya hadir ke satu kursus kewartawanan. Speakernya adalah seorang wartawan veteran yang agak terkenal di Malaysia. Beliau berkata;

“Orang yang pandai menulis, tidak semestinya pandai bercakap apabila diminta bercakap dan begitulah sebaliknya. Orang yang pandai bercakap, mungkin ia tidak pandai menulis”

Ya. Mungkin betul.

Saya juga tidak pandai menulis dan juga tidak pandai bercakap. Tetapi oleh kerana kehendak yang kuat untuk menyampaikan Islam itu membuatkan saya paksa diri saya untuk pandai bercakap.

Menulis ini adalah saja2, hobilah orang kata kononnya. Hakikatnya menulis juga dakwah. Menyampai sesuatu kepada manusia. Ia terpulang kepada penulis tersebut. Sama ada apa yang ditulis itu mendatangkan pahala atau ia mendatangkan dosa.

Dakwah itu perlu disampaikan hati ke hati. Ia lebih indah jika boleh bersemuka. Ia sebenarnya tidak cukup hanya dakwah di medan maya. Facebook, Twitter?. Dakwah akan teruji jika kita boleh bersama berada didalam usrah, halaqah. Bersama mengajak manusia dekat pada Allah. Berusaha mengajak manusia memahami apa yang sepatut kita lakukan sebagai khalifah dibumiNya.

Jika 7 bulan blog tidak diupdate, ia tidak memberikan apa2 kesan. Tetapi janganlah ditinggalkan dakwah yang sebenar. Iaitu dakwah mata bertemu mata bersama masyarakat. Kerana cara dakwah inilah yang dilakukan oleh Rasulullah saw.

Saya akan kembali menulis insyaAllah. Tidak mungkin akan meninggalkan medan maya ini kerana ia juga mempunyai potensi untuk menyampaikan dakwah. Walau mungkin tidak ramai yang baca, tapi saya mencuba untuk menyampaikannya walau hanya dimedan maya. Yang pasti, saya berharap sahabat2 pembaca tidak meninggalkan dakwah sebenar. Dan juga untuk saya. Mohon doakan saya masih diatas jalan ini.

Siapa yang berminat untuk sama berusrah dimedan sebenar. Boleh contact saya :)

Muslimah sahaja.

Kami mohon ampun Ya Allah.



Saturday, September 14, 2013

Couple Islamik katanya






Ia sungguh menjengkelkan.
Sungguh mengkecewakan.

Bagaimana mungkin seorang yang mengaku pejuang Islam boleh terjebak didalam perlakuan ini?

Cinta anta anti?

Sedih, kecewa, meluat..

Saya perhatikan di rantaian Facebook, ramai yang begini. Apa yang menyebabkan kamu berkelakuan sedemikian?. Status cerita pasal pejuangan, pasal jihad Palestin, Syria, Mesir kononnya tetapi ada juga perihal cinta2 lelaki perempuan. Iktilat tidak dijaga. Kalau mungkin kamu sudah bertunang, ia tidak perlu dihebahkan di Facebook. Lupakah kita dengan hadis Nabi Muhammad saw?

Rahsiakan pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan" (HR Ahmad)

Orang yang ditarbiah

Jika yang begini adalah orang yang belum disentuh tarbiyah, mungkin kita boleh terima dan menjadi tanggungjawap kita untuk menyedarkan mereka bahawa couple sebelum nikah tidak dibolehkan berdasarkan dalil

“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” [17 : 35]

Tetapi jika yang terlibat dalam perhubungan ini adalah seorang yang berkopiah, berserban, bertudung labuh, berniqab, join usrah! Sungguh ia sangat mengecewakan!.

Jangan jadi fitnah

Orang2 yang tidak disentuh tarbiyah, apabila melihatkan situasi ostaz ostazah couple ni, mereka akan melihat ;

“eh couple tak boleh ke? Tapi ada ostad tu couple, saya nampak kat facebook dia ada ikon ^_^ dengan tunang dia, ada icon <3 dengan tunang dia, tunang dia ostazah, dia boleh tak kan saya tak boleh couple kot?”

“alah ostazah tu pon couple jugak, pakai niqob lagi!”

Tepuk dahi!

Orang yang bawa Islam, mohon jangan jadi fitnah kepada apa yang anda bawa. Sungguh ia memalukan. Tak perlu letak status di Facebook anda Engaged to ????. Sampai masa, sebarkanlah perkahwinanmu nanti.

Lelaki dan perempuan bersendirian, yang ketiga adalah ??

Walau hanya di alam maya, walau kamu jauh tidak berdua2 bersama2 tetapi ingatlah yang ke tiga adalah Syaitan!

Dia akan berusaha menyusahkan kamu.

Kita mengetahui kamu memang seorang yang soleh wahai ostaz
Kita mengetahu kamu memang seorang yang solehah wahai ostazah

Tetapi sedarlah bahawa yang ke 3 (Syaitan) itu jahat!

Dia akan berusaha menyusahkan kamu walau kamu baik macam mana pun, walau kamu soleh macam mana pun. Tipu daya syitan sangat halus. Jaga ikhtilat kamu!

Orang couple Islamik yang tak sah taraf ni tak perlulah buat ikon ^_^, <3 sesama sendiri. Rasa nak muntah!

Sekian :)



Apa yang menyebabkan kamu jauh dari Allah ?





Wahai anak Adam!
Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan,  dan aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu!
[Riwayat Ahmad]

Ia membuatkan jiwa tersentak, mata berlinang.
Semoga kita dijauhkan menjadi golongan yang lupa pada Allah.

Kita kadang terlalu sibuk dengan dunia sehingga lupa akan kewajipan kita kepada Allah. Bukankah Allah yang memberi rezeki kepada kita?.

Kita sibuk mencari rezeki sehingga lupa akan solat, bukankah solat itu telah diwajibkan keatas kita?
Bukankah Allah saja yang memberi rezeki kepada kita?.

Kita sibuk mencari rezeki sehingga lupa solat awal waktu, malah melengah2kannya pula. Bukankah azan memanggil kita “Marilah menunaikan solat, marilah menuju kejayaan”, tapi kita masih sengaja melambat2kan solat. Tetapi peliknya, apabila kita berdoa, kita berharap semoga Allah makbulkan doa kita dengan cepat??!. Sifat apakah ini?

Bukankah Allah saja yang memberi rezeki kepada kita?.

Kita sibuk dengan assignment dan kerja2 kampus sehingga lupa menghadirkan diri ke dalam usrah, bukankah jika kita melapangkan diri didalam majlis2 ilmu, nescaya Allah akan melapangkan urusanmu?.

"Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu…” [58 : 11]

Bukankah hanya Allah yang memberi rezeki kepada kita?

Kita terlalu leka dengan trend semasa sehingga lupa menutup aurat dengan sempurna. Walhal Allah telah mewajibkanmu untuk menutup aurat. Mengapa kita buat endah dengan larangan Allah?. Bukankah hanya Allah yang memberi rezeki kepada kita?

“.. dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka… “ [24 : 31]

Kembalilah kepada Allah. Laksanakan segala suruhanNya. Kita tidak mahu menjadi golongan yang terugi. Lapangkan masa untuk beribadat kepada Allah. Apa lagi yang kita mahukan selain mendapat redhaNya.

Allah sedang menantimu wahai sahabatku.


Friday, August 30, 2013

Remaja Merdeka; Belajar dari Usamah Bin Zaid


Image




Siapa Usamah Bin Zaid?

Usamah adalah seorang yang berkulit hitam dan memiliki nama lengkap Usamah bin Zaid bin Haritsah bin Syurahbil bin Ka'ab bin Abd Al-Uzza Al-Kalbi. Ayahnya adalah Zaid B. Haritsah, anak angkat Rasulullah saw yang sangat Baginda saw cintai dan ibunya pula adalah Ummu Aiman, bekas hamba sahaya. Ummu Aimanlah yang menjaga Baginda saw ketika waktu kecil selepas ibunya wafat. Kerana itu dalam kehidupan Rasulullah, baginda hampir tidak mengenal ibunda yang mulia selain Ummu Aiman.

Sejak dari kecil, Usamah sudah diterapkan dengan sifat-sifat mulia sebagai seorang Muslim. Tarbiyah yang diterima terus dari Rasulullah saw dan juga bapanya Zaid B Haritsah telah menjadikan Usamah seorang remaja yang begitu menonjol akhlaknya serta sifat kepimpinannya. Usamah adalah remaja yang sangat mencintai Allah dan RasulNya (saw)

Usamah mempunyai jiwa patriotik yang menebal didalam dirinya. Usamah sangat mencintai kebenaran walaupun cara menegakkannya itu memerlukan pengorbanan yang besar. Usamah mempunyai sifat yang tegas, berani serta berdisiplin. Maka tidak hairanlah jika Usamah menjadi tentera Islam disaat usianya baru menginjak REMAJA. SubhanAllah!.

Kita tengok peperangan yang Usamah sertai,

Ketika Perang Uhud – Apabila Usamah dapat tahu bahawa Rasulullah saw akan melancarkan perang, maka Usamah serta sahabat-sahabat seusianya pergi mengadap Rasulullah saw untuk sama-sama dalam barisan tentera Islam untuk melancarkan jihad. Tetapi Rasulullah saw telah menolak pemohonan mereka kerana faktor usia mereka yang masih muda. Maka berlinanglah air mata Usamah kerana kecewa tidak dapat mengikuti Baginda saw. L

Ketika Perang Khandak – Kali ini Usama bertekad mahu mengikuti pasukan tentera Islam. Ketika proses pemilihan oleh Rasulullah saw, Usamah cuba untuk meninggikan badannya supaya kelihatan sama tinggi dengan orang dewasa dengan harapan supaya Rasulullah saw nampak bahawa dirinya sudah cukup dewasa untuk menyertai pasukan tentera. J Maka khabar gembira datang. Rasulullah saw memilihnya untuk bersama barisan tentera Islam. Usamah memegang pedang untuk ke medan peperangan ini ketika umurnya hanya 15 tahun!. AllahuAkhbar!

Ketika Perang Hunain – Pada saat peperangan ini, tentera Islam menjadi kacau bilau dan terdesak hampir kalah di medan. Tetapi Usamah serta sahabat-sahabatnya yang mulia tetap teguh berdiri mempertahankan benteng Islam. Sedikit pun mereka tidak takut dan gentar walaupun pada ketika itu umurnya jauh beza dengan musuh yang lebih dewasa darinya. Dengan jumlah yang kecil dari tentera Islam, Rasulullah saw berhasil mengembalikan kekalahan kepada kemenangan untuk pihak Islam.

Ketika Perang Mu’tah – Ketika perang ini, pasukan tentera Islam diketuai oleh ayahnya, Zaid B Haritsah. Didalam perang ini juga, Usamah menyaksikan dihadapan matanya sendiri kesyahidan ayahnya yang dicintai. Namun, sedikit pun tidak melemahkan semangat Usamah untuk meneruskan perjuangan ayahnya itu. Ketika ini jugalah Usamah melihat sahabat-sahabat ayahnya syahid seorang demi seorang. Selepas ayahnya Zaid B Haritsah syahid, panji tentera Islam di angkat oleh Ja’afar B Abi Talib. Setelah Jaafar syahid, panji Islam di angkat pula oleh Abdullah B. Jarrah sehingga beliau juga syahid sama ketiga-tiganya. Usamah tetap setia berada di medan peperangan dibawah pimpinan Khalid Al Walid sehingga pasukan Islam yang sedikit itu meraih kemenangan akhirnya.

Ketika Tahun kesebelas Hijrah – Ketika ini, Rasulullah telah mengarahkan Usamah B Zaid sebagai panglima tentera untuk memerangi tentera Rome. Didalam pasukan tersebut terdapat sahabat-sahabat yang besar seperti Abu Bakar ra, Umar Al Khattab ra, Khalid Al Walid ra, Sa’ad B Abi Waqqas ra, Abu Ubaidah B Jarrah ra dan sahabat senior yang lain. Tetapi, disebabkan ketokohan Usamah sebagai seorang panglima yang berani sejak dari remaja telah membuatkan Baginda saw memilihnya sebagai Panglima Islam untuk menentang Rome. Ketika ini usianya belum pun mencecah 20 tahun!. Allahu Allah..

------------------------------

Cerita panjang-panjang ni, apa yang kita dapat?. Apa ibrah yang boleh diambil?

Kita sebagai remaja tidak berangan-angankah untuk menjadi seperti Usama Bin Zaid yang gagah berani untuk agamaNya?

Renungi kata-kata Imam Ghazali ini;

"Jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah keadaan anak muda hari ini" 

Siapa anak muda itu?. Siapa anak muda yang dimaksudkan oleh Imam Ghazali ini? Siapa?

Yaa KAMU wahai REMAJA!

Kita sebagai remaja harus tukar fikiran kita untuk berfikir dengan lebih jauh untuk agama, bangsa dan negara. Usahlah masih lagi mengambil artis-artis barat sebagai idola. Ambillah idola seperti Usamah Bin Zaid ini sebagai contoh didalam kehidupanmu.

Apakah yang ada pada artis-artis barat yang hanya merugikan kita. Tidak sedikitpun memberikan pengajaran yang baik untuk masa depan kita sebagai pewaris negeri.

Jangan biarkan minda kita dijajah oleh unsur-unsur negative ini. MERDEKAkan jiwamu. Jadilah insan yang merdeka jiwanya. Jadilah insan yang menang fikirannya bukan jiwa yang kalah!

Sebagaimana Usamah ini berani mempertahankan agamanya seusai remaja, kita juga harus mempunyai azam seperti itu!.

Kita tidak perlu untuk angkat senjata M16 atau pedang jenama Samurai untuk berdepan musuh . Cukuplah angkat senjata kamu untuk belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan yang cerah. Tanamkan didalam jiwa bahawa Islam adalah segala-galanya!

“Aku belajar sungguh-sungguh ni untuk membantu Islam”
“Aku fokus dalam pelajaran ini adalah untuk Islam”

AllahuAllah.

Lihatlah sekeliling kamu wahai adik-adikku.

Kawan-kawan kita semua masih diulit mimpi. Seronok dengan hiburan. Couple sana sini. Belajar ke mana, aurat kemana. Tidak kira lelaki atau perempuan, masih lagi leka, mimpi, umpama diri didalam syurga.
Serapkanlah jiwamu dengan Islam wahai adik-adikku. Kita sebagai remaja inilah harapan untuk agama Islam kita. Kita seharusnya bangga Islam didalam diri kita. Amalkanlah Islam dengan sebaiknya. Solat jangan tinggal, tutup aurat dengan sempurna, jauhkan dari pergaulan lelaki perempuan, kurangkan jalan-jalan membuang masa di shopping complex. Ingatlah kita ada amanah yang perlu dipenuhi.

Amanah dari ibu bapa kita.

Jangan kecewakan mereka.

Jadilah seperti Usamah Bin Zaid ini.
Remaja yang menjadi kebanggaan ibu ayahnya.
Ramaja yang berjuang demi Islam.
Remaja yang MERDEKA jiwanya.



Saturday, February 16, 2013

Duduk sekejap





Duduk sekejap je.. Tak lama..

Jika kita bandingkan dengan masa kita berfacebook, masa kita pergi shopping complex, masa pergi tepi laut, masa kita tengok cerita Korea, masa kita tengok wayang, masa kita main games!

Kemana masa2 kamu habiskan?

Luangkanlah masa kamu untuk duduk sejenak, dengarlah ilmu2 agama. Hadiri kelas agama. Sertailah kumpulan2 usrah.

Mengapa kita berkira benar dengan Allah?

Saya tak ada masa..
Saya banyak assignments..
Saya banyak kerja kursus..
Saya nak jumpa orang tu..
Saya nak jumpa orang ni..
Saya busy sebab kerja saya berlambak2..
Saya tak sempat..
Saya penat…
Saya.. saya… saya!

Apa masalahnya dengan kita ini kawan2?.. Nampaknya, banyak benar alasan kita.. Bukankah hadiri usrah itu adalah untuk diri kita sendiri?.. Bukan untuk orang lain, bukan untuk jiran tetangga, bukan untuk rakan sekelas, bukan untuk sedara mara, bukan untuk sesapa, tapi untuk DIRI KITA!.. Kita belajar ilmu agama adalah untuk kita dekatkan diri kita kepada Allah. Untuk menjadi hamba yang tahu bersyukur. Usrah atau majlis ilmu kita tak lama. Hanya 2 atau 3 jam saja. Mengapa kita berkira benar untuk kita dekatkan diri kita kepada Allah?

Didalam Al Quran, Allah ada memberi peringatan..

“Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. [Al Mujadilah : 11]

Maka, lapangkanlah masa kamu untuk majlis2 ilmu. Lapang2kanlah masa kamu untuk usrah. Jangan berkira sangat dengan Allah. Bukankah Allah dah janji, jika kamu lapangkan masa kamu untuk majlis2Nya, Allah akan memberi kelapangan kepada kamu. Tidak yakinkah kita dengan janji Allah itu?. Perlu muhasabah diri kita semula. Dimana kita disisi Allah.

اجلس بنا نؤمن ساعة

Marilah kita duduk beriman sekejap


Related Posts with Thumbnails